Si Kidal Yang Kepoh..


Assalamualaikum...

Statistik- Hasil daripada kajian yang telah dilakukan, orang yang menggunakan tangan kiri atau lebih dikenali dengan nama panggilan kidal adalah 15% daripada jumlah keseluruhan manusia di dunia. Disebabkan faktor inilah sekiranya dilihat banyak peralatan dicipta memberi keutamaan kepada orang yang menggunakan tangan kanan yang mewakili majoriti.


Punca tangan kidal- Punca seseorang cenderung untuk menjadi kidal tidak dapat dijelaskan dengan nyata. Ada pakar yang menyatakan bahawa faktor ini disebabkan oleh genetik dan keadaan persekitaran. Tetapi kidal tidak semestinya berlatar belakangkan keluarga, ada juga sesetengah keadaan dimana hanya seorang sahaja yang kidal didalam keluarga tersebut. Antara teori lain yang menyatakan punca kidal adalah disebabkan tekanan hormon testoran yang tinggi ketika bayi didalam kandungan.


Kelebihan – Seorang yang menggunakan tangan kiri dikatakan mampu berfikir dengan lebih cepat jika dibandingkan dengan orang yang menggunakan tangan kanan. Selain daripada itu, hasil daripada kajian yang telah dilakukan oleh Dr Alan Searleman St. Lawrence juga mendapati bahawa tahap IQ orang yang menggunakan tangan kiri adalah lebih tinggi. Kelebihan untuk orang yang menggunakan tangan kanan pula adalah stigma pemikiran masyarakat terhadap mereka adalah lebih positif. Selain itu, orang yang menggunakan tangan kanan juga mudah untuk menggunakan pelbagai peralatan

.

klik untuk tumbubesaran :D



 well aku ada kawan yang kidal. nama dia cik lienda. abaikan tajuk entry tu sebab tu nama pesbuk dia la tu. hehe. indeed dia memang menulis laju. bak cakap lecturer aku orang yg pantas menulis sesuai untuk keja sbgai setiausaha. cewahh lepas ni boleh la apply. hehhehe.. In fact, capital F pun kidal jugak. rata rata memang si kidal penulis yang cepat. how's amazing is that huh? aku pun tak mampu aih nak speed menulis. hurmm kat dalam dunia tak banyak kan alat or benda yang memang khusus untuk orang left handed. mungkin satu hari nanti..

 cik lienda. sumber: curik dr pesbuk
 anyway, raya dah nak dekat. satu haappaa pun aku tak prepare lagi. sibuk dengan study. lepas raya dah nak exam T_____T .. *sigh.. meroyan aku nak kena struggle study  time raya. hurm its okay pengorbanan kan..okay till then papai.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

2 Comments

  1. Suka tgk org kidal ni... :) hihihi... Comel blog awk..lembut jer :)

    ReplyDelete
  2. hahaha kan? istimewanya org kidal kan.. hehe thanks ros.. sy selalu jugak jalan2 tgk blog awk. bnyk info menarik!

    ReplyDelete

Post a Comment

Post a Comment

Previous Post Next Post