11 Things About Me


11 things about myself 
  • Syiera seorang yang pemalu. Eh? Pemalu dengan orang yang syiera tak berapa rapat. Aiseh. Kalau dengan orang yang rapat, memang syiera ni gila-gila. Hehe  
  •  Syiera pencinta kucing. Ya Allah pendek kata tak boleh nampak kelibat kucing. Especially dekat kedai makan. Banyak kucing yang suka datang minta makan. Kesian je tengok. Mak selalu marah dulu sebab suka kutip kucing bawak balik umah. 
  •  Suka tido kalau tengok cita hantu. Kenapa? Ntah la. Kawan syiera menjerit-jerit. Tapi syiera cepat bosan. Tapiiiiiii !! Kalau cita bunuh-bunuh, tikam-tikam macam cita Saw tuh. Yang tu memang syiera takut sikit sebab syiera nak muntah tengok darah. Weks! 
  •  Syiera suka makan pedas. Extra hot habaq hang. Kalau makan dekat kedai, semua nak pedas. Hehe sampaikan orang yang makan dengan syiera pun pening kalau syiera cakap tak pedas. Wattudu, selera memang macam nih dari dulu. 
  •  Seorang yang kasar duloo duloo. Pernah berkelakuan macam tomboy. Rambut pendek, berseluar memanjang. Tapi alhamdulillah sejak kenal someone tuh dah berubah. Start Form 3 syiera dah mula berhijab. Alhamdulillah. 
  •  Suka pakai inai. Heee dah macam habit syiera pakai inai. Bila dah pudar, letak balik. Inai yang selalu syiera guna jenama Rani daripada Pakistan. Selalu jual dekat kedai jual peralatan umrah tuh.  
  •  Pelajar semester akhir ijazah sarjana muda pentadbiran perniagaan pemasaran. Alhamdulillah pejam celik dah nak habis belajar dekat UiTM Kedah. Dulu masa apply UPU minta Human Resource. Tapi rezeki ke course lain. Mak cakap minat datang kemudian, try dulu baru tau. 
  •  Syiera tak suka pakai tudung yang kaler cerah. Contohnya kuning cair, pink cair, hijau cair. Pendek chegitenyee yang cair-cair neh. OMG stress muka nampak gelap sangat. Yelah, syiera bukan putih sangat. Kuning langsat ja T^T. So selalunya mesti akan pakai kaler gelap sikit macam navy blue, maroon, so on. 
  •  Suka makan tempe. Awww faberet mak jah la tempe ni. Nak kata orang jawa bukan. Tapi suka sebab sedap. Tak payah buat sambal pun tak pe. Just goreng dan makan dengan sos pun dah cukup menyelerakan. 
  •  Syiera tak suka pakai heels. Memang sejak azalinya tak pernah hingin nak pakai heels. Bukan jiwa gua beb. Hehe syiera lebih selesa pakai sneaker or flat ja. Senang bergerak. 
  •  Suka belajar bahasa negeri lain. Contohnya nogori. Ni semua sebab roomate syiera. Beliau asal jempol. Sebab kenal dengan dia la syiera boleh cakap sikit-sikit nogori. Sampaikan kadang-kadang mak tak paham. Yelah kejap cakap kedah, kejap nogori, kejap perak (half perakian).  
The answers for Yana

kenapa terjebak dalam dunia blogging?
Hmm.. sebab masa tuh sibuk betoi la nak try semua benda. Kawan semua ada blog. So terasa kuno sangat. Jadi try la blogging. Hehe
 
kalau korang minat dengan seseorang ,apa yang korang buat ?
Tak buat apa pun. Sebab jarang sangat nak suka orang. Suka kawan je. Eh?
 
kenangan di alam persekolahan yang korang x dapat lupakan ?
Kasut kena rampas. Apa kes? Haha sebab pakai kasut sukan. Cikgu disiplin rampas sebelah je. Selepas habis sekolah gi tuntut dekat pejabat. Dah macam bundle masa tuh. Banyak kasut kena rampas. HAHAHAHA maluuuu :3
 
korang rasa yana nieyh seorang yang macam mana ?
Tengok daripada paras rupa, yana nampak lemah lembut gitu. Tapi mungkin ada kasar dia sikit-sikit. Hehehe betoi tak?
 
berikan pendapat cikit tentang blog yana
Pinkkkk! Suka pink. Ringkas dan comel.
 
pernah tak blog korang masuk mana-mana majalah @ surat khabar
Tak pernah. Majalah sekolah tiap-tiap tahun. Boooooo lah! Hahahaha
 
benda apa yang mendorong untuk korang terus berblogging
Giveaway! Suka masuk contest ^^
 
ada obses dengan apa-apa x? 
Running man! Tak boleh nak skip langsung!
 
berapa lamakah korang terjebak dalam dunia blogging
Since December 2011
 
antara laman sosial yang ada , yang mana menjadi feveret korang ?
Twitter kot. Pesbuk online pun sebab online business.
 
target kawin umo berapa ?
   25 y/o. Insyaallah. Doa-doa la ye :3

  11 questions for YOU, YOU and YOU. *jawab jangan tak jawab 

  • Nama penuh korang apa ? Haaa intro dulu.
  • Ada boyprenggg or girlprenggg tak ?
  • Minat running man ? Kalau minat, minat siapa dalam running man.
  • Dalam sehari, berapa jam online ?
  • Pernah ke luar negara ?
  • Kalau tak pernah, nak pergi mana ?
  • Pernah tak buat keje gila lepas tuh menyesal ?
  • Siapa bias yang korang paling minat ? Kenapa minat ?
  • Lagi 5 tahun rasanya korang macam mana ?
  • Pendapat korang tentang blog syiera. Komen sikit.
  • Teka sikit syiera orangnya macam mana. Hehe 

Tag uolls. Jangan lupa jawab soalan di atas. 
  •  http://amad-jalanan.blogspot.com
  • http://thisismylife-eyka.blogspot.com
  • http://mimbarhatiku.blogspot.com
  • http://secretofshaila.blogspot.com
  •  http://www.qaleshyaumairah.com
  • http://sisepet-kinderbueno.blogspot.com
  • http://alyiafarzana.blogspot.com
  • http://greenhousera.blogspot.com
  •  http://ceritahatikuu.blogspot.com
  • http://ceritaciklebah.blogspot.com
  • http://www.misznadea.com
 Done ! Nanti dah jawab jangan lupa tinggalkan link entry di cbox. Syiera nak baca jawapan korang. Byeee ^^






4 Comments

  1. hye, jom join GA ni. Syarat2nya mudah sj. cepat rebut pluang menang hadiah! :)
    http://nuraqilahmuhamadnazori.blogspot.com/2013/05/1st-giveaway-by-amisya-suraya.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Post a Comment

Previous Post Next Post