Praktikal oh praktikal


Assalamualaikum..
Selamat hari raya aidilfitri semua !!! Maaf zahir dan batin ye jika ada tersalah bahasa.
As syiera dah inform, syiera sekarang dah praktikal. Alhamdulillah seminggu sudahhhh.
Tinggal lagi 19 minggu. Walaweh lama lagi kot. Hahahahahha.
Syiera praktikal dekat Park Avenue Hotel. Ada yang penah stay sini tak? 
Kalau dekat sungai petani, hotel ni boleh dikatakan paling awesome lah selain Cinta Sayang Golf & Resort. Bertarafkan empat bintang. Bilik ada lebih kurang 206 total up. Ball room ada 9 semuanya.
Hairan tak macamana boleh tau? Big bos suruh hafal semua benda alah ni. Ada bape hall, bilik bape, pakej tu pakej ni. Hahahaha omg stress mak jemah macam ni.

Okay, selang sebaris. Untuk first 2 months syiera ditempatkan di Sales & Marketing Department. Bulan October nanti rotate ke Finance. Sesuai la dengan course syiera iaitu Marketing. Big boss syiera perempuan melayu, dia cakap dia excited sangat student melayu ambil course ni. Katanya tersangat la jarang nak dapat intern course syiera. Kebanyakannya international business, banking and sort of lah.
Dia banyak bagi nasihat. Well, hotel ni owner dia chinese. So basically, communication kena bagus. For those yang able to speak well memang la owner dia akan respect. Appearance will be the 2nd most important aspect. 

Hahh, bercakap pasal appearance, syiera kena pakai heel. Padan muka syiera la. Dulu memang tak nak belajar pakai menda alah ni. Sekarang mendapat la. Hahahahaha
Naik sakit kaki ni haa berjalan sana sini. Tak sempat nak bajet catwalk dah dengan keja yang memerlukan syiera gerak sana sini. Tapi syiera suka. At least tak da bosan terperuk je dalam office.
Sepanjang seminggu syiera keja okay la so far. Tapi ada jugak syiera dengar gosip gosip yang cakap big boss ni fussy sikit. Idk la betul ke tak. Syiera malas nak ambik port sangat. Maybe sebab yang lain dah keja lama kot. Alaaa, keja tempat mana pun sama jelah. Even dengan bestfriend sendiri pun ada terasa hati bagai kan. Ni kan tempat keja. So nasihat syiera, do not take things too seriously, feelings just put aside dulu. Kadang2 kita dok emo terlebih, padahal orang tu tak da rasa pape pun kan. Menghabehkan boreh den ja. 

Oh ya lupa as for adik misha, sorry la sis tak sempat nak buat tutorial macamana nak buat header tergedik-gedik tuh. Sis guna photoshop je. Hehehehe so sis bagi link jelah ek. Tutorial daripada blogger lain. Harap berguna la ye. Cubit pipi SINI SINI. Yang menang hadiah daripada syiera, hadiah dah packing. Tunggu nak pos je minggu ni. So wait ar. K la papai. 

Raya pertama punya ceritaaa..




1 Comments

  1. kak syiera . kitew kejew dudux dalam office ajew taww . hahahaaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Post a Comment

Previous Post Next Post