Assalamualaikum w.b.t. Syiera tertarik untuk join contest ni
mungkin sebab tajuk bebas. Hehe dah macam karangan sekolah dulu. ‘Tajuk Bebas’.
Tetapi syiera sebenarnya ingin mengabadikan serba sedikit kisah hidup tentang
diri syiera sendiri. Tapi.. sebelum tu, syiera nak hampa baca cerita kat bawah
ni dulu. Boleh kot nah panggil hampa (hampa = korang). Rasanya hampa pernah
terbaca cerita ni di mana-mana. Layan dulu apa-apa pun.
Ada seorang bapa datang ke kedai,
melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik,
laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di
kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak
beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?".
Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling
murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat
belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku
bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia
terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa
nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.
Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung
minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang
semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang
haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok
baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada
anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je -
karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati -
anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x
boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi,
"Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat
dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih
dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar
kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak
payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata
tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.
"Oklah, yang ini." jawab
anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' -
aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya
kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit
kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis
aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi
dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya
meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan -
RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah
mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.
Aku geram kepada anaknya - seperti dia
tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit,
dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati
sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah
dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.
(sumber
: facebook Zizan Raja Lawak)
Pertama
kali syiera baca cerita ini di facebook memang syiera bergenang air mata. Serius
sedih bakhang. Hati sapa yang rock kental pun boleh kuntum aihhh. Ya, syiera
memang letakkan situasi cerita ni macam cerita syiera tapi versi syiera laa. Cara
yang sama macam si ayah dalam cerita ni. Nama ayah syiera ialah Mat Saman Bin
Abdul Razak @ Dak. Orang dulu time sekolah selalu tanya,
“Hang ni ada kaitan dengan
terusan Wan Mat Saman tu ka?”.
Syiera tak larat nak tepis soalan macam ni. Sampaikan
cikgu pun tanya jugak. Haih paling tak tahan hat ni syiera rasa paling tak
boleh blah punya soalan.
“Abang hang Adam AF tu ka? Sebab sama nama bapak.”
Kahkahkahkah
berterabuq gelak ayah syiera bila syiera cerita. Memang tak dak kaitan
langsung. Sebab paling kukuh, syiera takdak abang kandung. Abang ipaq ya ada.
Abang hat lain.. tettt. Umur ayah syiera masuk ja tahun ni dah cecah 71 tahun. Tapi
alhamdulillah kesihatan ayah baik belaka. Cuma biasa la sakit kaki (gout),
kebas sana sini. Sebabnya ayah syiera ni degil sikit orangnya. Bagi ayah, kalau
dia sakit lenguh badan kena buat kerja. Contohnya berkebun. Baru cergas
katanya. Tapi semua tu mitos ja. Mai malam mesti makin teruk ada lah. Kalau kami
adik beradik ada yang demam ka mesti ayah cakap,
“Huh, penyegan (malas) mandi,
macamana la badan nak cergas.”
Hihihi tapi tu pun mitos jugak. Sebab syiera
rajin mandi. Trust me :P Apa yang
nak sama macam cerita di atas tu part yang si ayah nak bayar duit laptop tuh. Ada
duit RM1, RM5, RM10 tu kan. Haa.. ni time syiera sekolah darjah 4. Kanak-kanak
ribena lagi. Satu hari tu, ayah mai sekolah syiera. Nak bayar yuran sekolah. Seingat
syiera masa tu RM40 lebih kot yuran. Tak ingat sangat berapa. Ayah syiera
bayarkan duit yuran syiera dengan semua duit syiling dekat cikgu. Ayah syiera
dulu seorang peniaga pasar malam. Jadi normal lah kalau ada banyak duit
syiling. Yang membuatkan syiera rasa terkilan sikit iaitu pandangan mata makcik
pakcik (waris pelajar lain).
“salah kah ayah bayar guna duit syiling?”
“duit
syiling bukan duit jugak ke?”
Itu antara persoalan yang timbul dalam kotak
pemikiran syiera. Mungkin mereka pikir ayah syiera ni pecahkan duit tabung
untuk bayar yuran. Sebab tu tak guna duit kertas je. Tidak sama sekali!! Ayah syiera
guna duit syiling sebab ayah tak suka pecahkan duit RM50. Katanya nanti
terbelanja lebih. Bukan sebab ayah takdak duit. Dengan rezeki yang Allah
berikan pada masa tu alhamdulillah cukup untuk family syiera.
Pada tahun
2010, penghujung tahun tak salah. Ayah syiera jatuh sakit. Terlantar di
hospital selama hampir sebulan disebabkan sakit saraf di bahagian leher. Puncanya
buah kelapa terjatuh di bahu masa ayah tengah kait. Yaa, hanya Allah saja tau
bertapa sedihnya hati syiera masa tu. Dugaan tiba betul-betul masa syiera baru
masuk degree. Disebabkan tu, keluarga syiera decided yang ayah tak dibenarkan
lagi untuk kerja. Ayah dah tak mampu dengan usia ayah yang sudah semakin
bertambah. Siapa yang tanggung kami sekeluarga? Jawapannya superwomen mak. Mak syiera
seorang tailor.
Sepertimana sedia maklum, pendapatan seorang penjahit baju
tidak tetap. Orang ambil baju, ada la upah. Setengah tu ada yang ambil baju
dulu bayar kemudian. Tunggu gaji la, itu lah. Sampaikan yang tak bayar pun ada.
Sedih bukan dengan orang macam ni. Penat mak bersengkang mata menjahit. Sepanjang
syiera study, alhamdulillah ditanggung sepenuhnya oleh PTPTN. Masuk ja duit
dalam akaun, syiera tak pernah lupa hulur dekat mak. Bukan nak tunjuk yang
syiera ni anak yang baik. Cuma mak perlukan modal untuk menjahit. Nak bayar
yuran adik-adik lagi. Bil elektik yang tertunggak lagi. Semua tu nak kena
pikir. Elektik takdak macamana mak nak menjahit. Tapi alhamdulillah syiera
dapat harungi dugaan ni dengan tabah. Sebabnya ayah pernah cakap dekat syiera,
“dulu
kak hang belajaq dia senang. Sebab ayah boleh dok keja lagi. Mai time hang,
hang susah sebab ayah dah tak keja lagi. Ayah harap hang boleh sabaq”
Kata-kata
ni masih terngiang di telinga syiera. Bergenang lagi air mata. Sebab ayah suruh
sabaq la, syiera berjaya tamatkan pengajian tahun ni. Alhamdulillah, berkat doa
mak ayah, syiera dah habis degree. Bulan Mei ni dah nak konvo. Apa yang syiera
nak cakap, hampa jagalah mak ayah hampa elok-elok. Jaga tak semestinya dengan
duit ringgit. Cukup sekadar hampa ada di samping mereka pun dah cukup besar
bagi mereka. Syiera cakap ni sebab syiera sedar syiera bukan dari kalangan
keluarga yang berada. Pernah jatuh tapi bangkit semula. Walaupun sakit tapi
bangkit tu perlu. Harapan syiera, syiera dapat balas jasa mak ayah syiera. Depa
(mereka) dah cukup susah nak membesarkan anak macam syiera ni. Ketegaq (degil)
serupa macam ayah dia. Hehehe. Akhir kata, terima kasih kerana sudi membaca
coretan yang mungkin tak seberapa ni. Assalamualaikum :)
huhu sepatutnya kita sebagai anak perlu memahami
ReplyDeleteKena lebih memahami sebab mak ayah kita tak pernah putus asa nak paham setiap perangai anak dia :')
ReplyDeletebetul, hargailah pengorbanan ibubapa :)
ReplyDeletegudlak! ^^
Ada harapan tuk menang. Citer menarik. Good job
ReplyDeleteAmin. Terima kasih @PEMIKIR :D
ReplyDeleteThis story really touch my heart. Mata bengkak sebab nanges. Be strong and always be strong.. Insyallah..
ReplyDeleteorang yg pernah merasa peritnya hidup akan lebih menghargai manisnya kejayaan :)
ReplyDeleteepisod2 hidup itu bila kita kumpul dan renung kembali, akan jadi pengalaman yg tak ternilai harganya
wah sedihnya cerita ni.. saya pulak kehilangan ayah masa habis study diploma. time konvo, arwah ayah dah tak ada untuk meraikan kejayaan saya. sedih bila teringat balik. good luck ye!
ReplyDeletemoh baca artikel saya juga
http://masyghulonline.blogspot.com/2014/02/giveaway-contest-gila-buasir-otak.html
-admin-
Assalam hye kak syiera!!
ReplyDeletehusna terjah sini dari rumah tuan penganjur contest..:)
http://husnazahidi.blogspot.com/2014/04/giveaway-contest-gila-buasir-otak.html
p/s-eh kita sama u ea?? tp husna diploma.. itu pon dh hbes dh sem ni.. salam kenal..
Tahniah! Anda telah dipilih sebagai salah seorang pemenang GiveAway Contest Gila #5: Artikel Pilihan Buasir Otak. Mohon emel kepada saya princeofnoob[at]gmail[dot]com untuk menuntut hadiah.
ReplyDeletePost a Comment