(Review) Cabaran 10 Hari Langsing Dengan SlimFast Diet



Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah, syiera diberikan peluang dan kesempatan untuk mencuba produk kurus yang berkesan keluaran My Beauty Herbs iaitu SlimFast Diet. Syiera di antara 40 orang blogger yang terpilih untuk mencuba sendiri serta membuat review selepas penggunaan selama 10 hari. Terima kasih kepada Kak Mialiana dan penaja utama My Beauty Herbs kerana memilih syiera.

APAKAH SLIMFAST DIET?

SlimFast Diet diformulakan secara baik di mana diperkaya dengan kandungan pelbagai seperti fiber oat, ekstrak acai berry, ekstrak garcinia cambogia, esktrak cassia augustifolia, hoodia dan raspberry bagi membantu untuk mengempiskan perut yang buncit, merawat sembelit, memantau selera makan serta membaikpulih kulit muka. Kordial istimewa ini mampu menurunkan berat 3 hingga 6 kilogram dalam masa yang singkat. Produk ini juga merupakan 100 % semula jadi dan produk muslim yang telah mendapat kelulusan Halal JAKIM & KKM. 

CARA MENGGUNAKAN SLIMFAST DIET

- Bancuhkan 1 paket ke dalam cawan
- Tuangkan 1/2 cawan air. Kacau hingga sebati dan minum!

Mudah kan??

Okay, sekarang tibalah masa untuk syiera menjalankan tanggungjawab dengan memberikan testimoni syiera sendiri. Apabila blog syiera diumumkan sebagai salah satu blogger yang terpilih, alangkah bahagianya. 14hb March yang lalu, pos laju sudah menghantarkan parcel daripada My Beauty Herbs. Ini kerana berat badan syiera selalu naik turun secara tidak konsisten dan tidak sekata. Cepat turun, cepat naik. Sebagai individu yang terlibat dalam industri pemasaran, tentulah imej dan penampilan diri adalah sangat penting dalam mempromosikan sesuatu produk dan servis. Syiera seringkali mengalami masalah dalam memilih pakaian yang sesuai ekoran bentuk badan yang agak berisi. Syiera percaya ramai di kalangan wanita yang menghadapi masalah yang sama seperti syiera bukan? Lebih-lebih lagi masalah di bahagian paha dan lengan. Jadi bagaimana cara Slimfast Diet membantu syiera untuk kurus dengan cepat?

Hari pertama iaitu 15hb March 2014, syiera mencuba buat pertama kalinya. Syiera menggunakan shaker untuk membancuh SlimFast Diet. Mungkin lebih sebati jika digoncang. Syiera lebih menggemari membancuh dengan air sejuk berbanding air suam. Ini kerana rasa raspberry yang sangat sedap dan masam-masam seperti minuman jus segar. Kesan pada hari pertama seperti mana yang syiera maklum sememangnya menggesakan syiera untuk ke tandas dengan lebih kerap. Tetapi sebenarnya proses detoksifikasi ini sangat bagus untuk kempiskan perut buncit. Hal ini kerana proses ini merupakan proses pembuangan toksin dari dalam badan kita. Proses detoksifikasi juga secara tidak langsung dapat membantu memperbaiki tahap metabolisme dan kemampuan tubuh badan kita dalam membuang toksin yang terhasil dari dalam tubuh secara baik. Produk SlimFast Diet sememangnya merupakan produk kurus yang berkesan bagi syiera. Perut syiera tidak mudah rasa lapar walaupun dengan hanya minum SlimFast Diet sahaja. Pada sebelah petang baru syiera menjamah nasi. 


Walaupun proses detoks agak kerap namun anda percaya sekiranya syiera katakan SlimFast Diet mampu merawat kulit kita? Ya, SlimFast Diet sangat berkesan bukan sahaja untuk melangsingkan badan tetapi kesan positif terhadap kulit syiera. Dahulu, kulit syiera seringkali berjerawat terutamanya apabila datang bulan. Bagaimana SlimFast Diet bertindak? Dengan pembuangan toksin. Toksin yang berlebihan merupakan salah satu punca kulit berjerawat. Alhamdulillah, kulit syiera semakin baik terutamanya di bahagian dahi. Dengan khasiat daripada buah raspberry, ia mampu menganjalkan kulit serta bentuk badan tampak lebih langsing. Berat syiera sebelum ni 62 kilogram. Setelah menggunakan produk SlimFast Diet, berat syiera sekarang adalah 57 kilogram. Penurunan berat sebanyak 5 kilogram dalam masa 10 hari!! Syiera ulang sekali lagi 5 kilogram dalam masa 10 hari.  Pada hari ketiga, syiera sudah turun 2 kilogram. Dan kelmarin baru syiera timbang, Alhamdulillah, 5 kilogram. Pipi syiera semakin slim berbanding sebelum ini yang agak tembam. Badan terasa lebih ringan dan langsing. Jadi sekiranya anda ingin mengetahui cara kurus dengan cepat, produk SlimFast Diet adalah jawapan yang paling tepat untuk anda.

TESTIMONI SYIERA



TESTIMONI PENGGUNA LAIN



UNTUK TEMPAHAN SILA HUBUNGI

Mesej / Whatsapp : 01128090446

Konsultasi adalah PERCUMA!! 

SYIERA SUDAH CUBA, BAGAIMANA ANDA??


"Back Into Shape. Kembali Langsing"

Giveaway SlimFast Diet dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs dengan hadiah dan wang tunai bernilai RM 3,600 untuk dimenangi.




18 Comments

  1. memang menakjubkan SFD tu..berjaya jugak Syiera , Tahniah dari PCL dan salam singgah.

    ReplyDelete
  2. amazing, tahniah sebab berjaya turunkan berat badan :D

    salam singgah dari blog
    http://www.haneeza.com/2014/03/cabaran-kurus-10-hari-bersama-slim-fast.html

    ReplyDelete
  3. wah, tahniah sbb berjaya turunkan berat badan..
    http://akuvsdiashadhira.blogspot.com/2014/03/slimfast-diet-produk-back-to-shape-yang.html

    ReplyDelete
  4. tahniah
    http://hanimsain-delimasari.blogspot.com/2014/03/slimfast-diet-produk-back-to-shape-yang.html

    ReplyDelete
  5. Wah wah wahh!!!
    Congratulations!!! Hihihi. Qila pun dari Giveaway SlimFast Diet ni jugak heee~
    Harap kita mara lah ke next round kan :D :D :D hihi

    ReplyDelete
  6. Tahniah. Gd luck jg :D http://dindamaisarra.blogspot.com/2014/03/review-10-hari-bersama-slimfast-diet.html

    ReplyDelete
  7. SALAM,
    TAHNIAH kerana berjaya kurangkan berat badan..
    datang dari SEGMEN yang sama...
    http://www.ieyzartdsyahieyr92.my/2014/03/review-slimfast-diet-kurangkan-berat.html

    ReplyDelete
  8. Salam.
    wahh bnyk nya turun 5 kg
    dr segmen yg sama
    http://hazelmerah.blogspot.com/2014/03/kembali-ramping-dengan-slimfast-diet.html

    ReplyDelete
  9. Salam...wahh.. tahniah ya..kerana berjaya mengurangkan berat badan anda dengan meminum slimfast diet Semoga anda berjaya ke pusingan seterusnya. Jalan-jalan blogwalking dari senarai peserta Slimfast diet Mialiana.com - Salam ukhwah dari MyCherita

    ReplyDelete
  10. Tahniah !! Dari cabaran yg sama .. dtg BW sini. Jom BW blog yana ^^

    nazlyizan.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. tahniah ya... http://www.mialiana.com/2014/04/giveaway-slimfast-diet-pengumuman.html

    ReplyDelete
  12. Tahniah dari PCL , Syiera anda berjaya .

    ReplyDelete
  13. tahniah menang.. :D

    ReplyDelete
  14. Hi hi hi kak Syieraaaa
    CONGRATULATIONS YE :D :D HEEE.

    thanks bagitahu qila hehehee <3

    ReplyDelete

Post a Comment

Post a Comment

Previous Post Next Post