Assalamualaikum
Sedar tak sedar kurang daripada 30 hari lagi sebelum syira bergelar isteri orang. Maigad!!Nervousnya rasa!! Perasaan bercampur aduk sekarang. Rasa happy sebab ini impian kami berdua. Almost 13 years kami kenal. Quite a long time actually.
Rasa sedih jugak sebab emm maybe syira rasa macam tak lama lagi tanggungjawab ayah dah selesai. So semua nanti husband ja, padahal syira ni memang anak manja ayah. Apa sikit ayah. Dari kecik sampai masuk universiti semua ayah hantar ke mana saja. Ayah tak bagi syira pi sendiri. Hihi sampai macam tu sekali la.
After all, kita hidup mesti nak berpasangan kan? So ini yang dikatakan jodoh dah sampai. Syira ni anak bongsu last dalam family. Bawah syira adik2 lelaki.Preparation alhamdulillah hampir 90% dah siap.
Okay, sekarang ni syira nak cita pasal prosedur borang kebenaran nikah. Benda penting ni. Silap isi tak boleh kawin, tipu ja. Bulan Mei lepas ayah dah ambil borang kebenaran nikah dekat imam kariah. Ambil awal supaya boleh isi awal. Tapi syira tak isi lagi pun. Start bulan jun baru isi.
Kalau ampa duduk Kedah, ampa akan dapat 3 keping borang. Sekeping borang warna kuning dalam rumi. Ampa isi ja yg mana berkaitan. Borang 1 dalam jawi untuk bakal suami ampa isi. Lebih kurang pengakuan belum beristeri gitu. Kena pengesahan imam ye yang ni. Borang 2 dalam jawi jugak, yg ni kedua2 kena isi berserta maklumat saksi. Saksi belah perempuan dan lelaki. Tulis jawi ke rumi? Ikut imam ampa la. Macam syira, rumi semua sebab imam tu kata jawi zaman sekarang dah tak macam dulu.
DOKUMEN YANG PERLU DISERTAKAN
- Salinan kad pengenalan wali
- Salinan kad pengenalan kita dan pasangan
- Salinan dan sijil asal kursus perkahwinan
- Keputusan saringan HIV/AIDS
- Salinan kad pengenalan saksi
Perlu diingatkan borang ni kena hantar SEBULAN sebelum tarikh nikah. Macam syira nak nikah 18 Julai, so dalam 18 Jun pi submit. Sebab borang ni valid sebulan ja daripada tarikh submit. Syira submit hari tu 24 Jun. So valid sampai 24 Julai. Paham ke tak? Hihi. Kenapa ada yg kata 2 bulan awal? Yg tu tak silap syira kalau ampa kawin dengan orang yg tak sama daerah/negeri. Contohnya, kedah dengan penang.
So yg lelaki dapatkan kebenaran dekat negeri ampa dulu pastu bagi dekat gegurl untuk submit. Agak rumit depa kata. Selamat syira satu kariah ja. Senang ja pi sekali. Ada orang cakap kena interview @ temu duga sebelum nikah. Haaa yang ni ikut negeri. Kalau Penang ada, Kedah pun ada. Rasanya laa..
24 jun hari tu, syira dgn tunang pi submit. Seawal 10 pagi jugak kami pi. Alhamdulillah tak ramai orang. Masa sampai ja terus dipanggil di kaunter. Depa check borang kami. Okay lengkap. Kami dikenakan bayaran RM24 dan diberikan sekeping borang ikrar. Yaa! Borang ikrar. Lebih kurang pengakuan nak nikah la. Kedah unik sikit, kena baca ikrar dalam bahasa jawi. So dinasihatkan polish sikit bahasa jawi ampa. Tapi ayat simple ja. Dont worry.
Lepas 5 minit, kami dipanggil masuk untuk berjumpa dengan ustaz. Perasaan masa tu cuak sikit. Sikit jelah. Haha. Duduk ja atas kerusi, ustaz tu tanya “Boleh baca jawi dak?”. Serentak kami dua jawab “Boleh” haha. Then ustaz tu cakap “Kalau macam tu yg lelaki baca dulu baru perempuan”. Tunang syira baca slow ja. Settle. Then syira baca. Syira rasa macam syira rapping sebab laju nau baca. Tak tau mungkin sebab nervous ke apa. Tindakan automatik agaknya kalau nervous.
Dah selesai baca ikrar, ustaz tu belek kalendar. “Okay, nanti 13 Julai mai ambik borang”. Dalam hati syira, “Aik tak kena interview ka?”. Beriya depa dok kata kena interview. Tapi tak tau maybe ustaz ni malas tanya agaknya. Hahahah ampa be prepare jelah kot2 nanti kena tanya tak dak la gabra. Hihi.
See ya!
moga dipermudahkan syira! bagus ni utk org yg plan nak kawin jugak :P
ReplyDeleteSekarang ni kena isi borang nikah online..huhu..tak faham sgt prosedurnya..
ReplyDeletesekarang dah advance semua online.
Deletenak tanya, cam mna nak dptkan borang nikah 2. nak download, apa linknya...
ReplyDeleteMasa saya dulu masih melalui tok imam. Cuba tanya tok imam. Kalau dia kata kena melalui pejabat agama, so kenalah minta dgn depa.
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSalam..nak tanya..kalau orang perempuan ic penang,stay penang..tapi nikah kat kedah..macamana...lelaki pulak org kedah...pening2
ReplyDeleteIkut kariah. Maybe kena rujuk pejabat
Deleteada contoh borang ikrar x
ReplyDeleteBorang ikrar hanya diberi masa kita nak interview sahaja. Ayat simple ja dont worry
ReplyDeleteKlau dh biasa nikah kena ambil ujian darah jugake
ReplyDeleteKlau dh biasa nikah kena ambil ujian darah jugake
ReplyDeleteKlau dh biasa nikah kena ambil ujian darah jugake
ReplyDeleteKlau dh biasa nikah kena ambil ujian darah jugake
ReplyDeleteKalau dah biasa nikah pun kena buat test HIB sebb yg tu perkara wajib dlm prosedur nikah sekarang,dan HIV test valid hanya tempoh 6 bulan sahaja...
ReplyDeletePost a Comment