Al Fatihah Untuk Ayah..


Assalamualaikum

Pada 19hb Oktober 2016, suppose to be aku balik Kedah sebab husband kena ke Sabah atas urusan kerja. Mula-mula ikut planning nak stay umah akak aku dekat Damansara. Tapi nak jadikan cerita akak aku pulak tak jadi balik ke Damansara. So, ayah aku beria sangat nak aku balik Kedah sebab dia nak jaga aku yang tengah memboyot perut ni. "Hang jadi dak balik ni. Ayah tanya" akak aku whatsapp. Lepas bincang dengan husband, kami setuju sebab kebetulan memang nak balik Kedah pun lepas husband habis kerja dari Sabah. Husband pun pi lah beli tiket bas. Well aku rasa macam adventure pulak sebab tak penah naik bas sorang2.

Malam 18hb Okt sempat la aku dok whatsapp dengan akak aku. "Sapa nak pick up dekat station bus nanti?" tanya aku ringkas. Akak aku kata maybe ayah aku. Then aku cakap la kalau ayah tak larat tak pa lah, naik cab jelah. Rasanya tak lama lepas tu, akak aku whatsapp cakap ayah sakit teruk. Aku apa lagi menggelabah la. Terus call akak aku tanya macam2 pasal ayah. Katanya ayah aku sakit pinggang. Tak boleh bangun. Aku suruh akak aku call ambulans. Sebab macam teruk sangat aku tengok dalam gambar yg akak send dekat whatsapp. Aku cool down dulu. Sebab tak nak pikir bukan2. 

Masa ambulans sampai, ayah dah separa sedar. Tekanan darah ayah sangat rendah. Ayah tak jawab apa2 masa staf nurse tanya. Maybe terlalu menahan sakit. Ayah dibawa ke hospital bertemankan adik bongsu lelaki. Mak dengan adik lelaki aku follow belakang ambulans. Sepanjang malam tu, aku rasa dua jam ja kot aku tidur. Sebab risau sangat. Yelakan aku jauh. Dalam pukul 4.30pagi, mak aku call. Suara mak tenang. Harapan aku ayah okay jelah. Tapi mak cakap ayah perlu dibedah. Keadaan ayah dah 50-50. Ya Allah nak luruh jantung aku dengar. Mak aku cakap pembuluh darah dalam perut bengkak. Tunggu masa nak burst. So ayah perlu dibedah segera. Tapi mak cakap operation tu pun inshaallah 9/10 ja berjaya.

Mak aku call sebab doktor suruh anak-anak buat keputusan. Nak bedah ke tidak sebab kalau tak bedah, ayah cuma ada masa untuk survive dalam 2,3 hari sahaja (aku sebak sangat). Aku terus setuju ayah dibedah sebab pakar bedah tu katanya di hospital Penang. Aku kejut husband aku. Lidah kelu sangat nak cakap. Sumpah aku tak tau nak hadap benda ni macam mana. Tak lama lepas tu, akak sulung call cakap ayah perlu dibawa ke KL sebab pakar yg dekat Penang tu accident pulak. Tapi risiko sangat tinggi sebab doktor takut pembuluh darah tu burst masa dalam perjalanan. Bukan dekat dari Kedah nak ke KL. Doktor suruh kami adik beradik buat keputusan lagi. Aku tak boleh nak bagi keputusan. Aku suruh husband aku yang cakap. Sebab aku sebak sangat masa tu. Majoriti semua tak nak risikokan ayah ke KL. Jadi pagi tu jugak aku, husband, abg ipar shoot balik Kedah. 

Dalam perjalanan tu, aku pulak nak morning sickness bagai. Tak selera nak makan. Actually dah seminggu aku hilang selera tanpa sebab. Ntah kenapa. Akak aku call tanya dekat mana. Then dia cakap ayah dah sedar. Warded di wad biasa. Akak pesan jangan bagitau ayah pasal sakit dia sebab ayah tak tau pun yang dia dah tak dak masa lagi. Ko rasa? Betapa sedihnya aku nak hadap muka ayah lepas tu act like everything was okay. Sepanjang perjalanan memang berhujan dalam kereta sebab aku nangis. Risau.

Kami sampai Sg Petani pukul 1.30 pm terus pi hospital tengok ayah. Ayah aku macam biasa. Gelak2 sembang macam tak dak apa. Aku sebak tengok muka ayah yang tak tau dia sakit apa. Dalam fikiran dia cuma sakit pinggang biasa. Ayah sendiri cakap dia tak sakit. Esok lusa ni boleh kuaq la wad. Hmmmm.. bagi yang tertanya ayah sakit apa. Ayah disahkan penyakit abdominal aortic aneurysm (triple A) leaking. Saluran darah paling besar dalam badan kita senang cita membengkak. Its like a ticking bomb ja nak burst. Bila burst, akan jadi bleeding teruk. Darah tak boleh lagi dipam ke jantung.

Pada malam 19hb Okt ayah aku bakal dibawa ke hospital Kulim untuk jalankan CT Scan sebab dekat hospital sini mesin rosak pulak. Siang tu ayah masih sedar lagi cuma dia mengadu lapar je. Ayah kena puasa sebab nak scan. Ayah cakap ayah nak air kopi dengan nasi kandar kuah banjir. Hmmm sedih bila pikir ayah cakap nak makan nak minum tapi kita tak boleh bagi. Mak pujuk ayah supaya sabar lepas balik dari scan baru ayah boleh makan. Aku dan husband balik umah kejap sebab nak rehat. Badan penat sangat travel. Dalam pukul 12 tgh malam macam tu adik bongsu call cakap suruh mai hospital cepat sebab ayah dah kritikal.

Kami tergesa-gesa pi hospital. Sampai ja dekat wad, abang ipar tengah ajar ayah mengucap. Aku lari pi dekat mak. Mak tengah nangis masa tu. Akak sulung aku di sebelah mak cuba untuk tenangkan mak. Aku rasa lemah sangat masa tu. Terus rebah dia lutut mak sambil nangis. Mak usap ja kepala aku. Adik lelaki aku dah teresak-esak nangis dekat luar wad sebab dia cakap ayah macam meracau sikit tadi. Ayah sesak nafas masa lepas balik dari scanning. Ayah cuba cabut wayar yang ada dekat badan dia. Disebabkan tu, doktor terpaksa komakan ayah. Takut ayah meracau lagi. Tapi ada benda lain yang kami kena dengar, doktor sahkan saluran darah tu dah burst masa perjalanan ke Kulim. Risiko dia sangat tinggi sebab jalan kan tak okay sangat. Jadi ayah hanya boleh diberi ubat tahan sakit dan tukar darah sahaja. Nothing more we can do. Sebab doktor pun suruh kami bersedia dan berdoa.

Satu malam aku tak balik. Aku stay ja dekat wad. Baca yassin. Bisik di telinga ayah kalimah syahadah. Ucapan maaf ni tak payah cita. Aku sendiri tak sedar berapa banyak kali aku minta maaf dengan ayah. Ayah masih boleh mendengar walaupun dia dalam keadaan koma. Pagi 20hb Okt (khamis), ramailah yang berkunjung tengok ayah. Aku nak balik rumah kejap. Nak mandi and so on. Sementara mak pi makan, aku jaga ayah. You know what? Ayah nangis. Air mata dia mengalir. Aku lap, ada balik. Aku balik tak lama. Rehat pun tak. Sebab tak sampai hati tinggal ayah. Aku stay sampai nak dekat magrib jugak, mak suruh aku balik rehat sebab risau aku yg pregnant ni. Aku akur. Aku balik jugak.

Tapi aku sempat bisik dekat telinga ayah "Ayah kalau ayah nak pi, tunggu la hari jumaat. Cek tau ayah kuat. Jangan tunggu cek kalau ayah dah tak mampu tahan lagi". Tepat jam 12.05 pagi jumaat (21hb Okt) adik call cakap ayah dah tiada lagi. Masa pi hospital, setitik air mata pun tak jatuh masa cium ayah. Rasa tenang sangat. Perjalanan ayah dipermudahkan. Ayah selamat dikebumikan lepas solat jumaat. Ramainya yang sembahyang untuk ayah. Hajat cek tertunai, ayah.

Lepas ja selesai tahlil, aku bermalam di umah pak mertua sebab kat umah ramai adik beradik nak tidur. Malam tu aku nangis teresak-esak. Rasanya ini kalinya aku nangis teresak-esak. Sebab aku pendam tak nangis sangat. Ya Allah, sakitnya rasa kehilangan ini. Masuk hari ni dah sebelas hari ayah aku tiada. Rindu ayah sayang. Tenanglah ayah tercinta. Al fatihah.





4 Comments

  1. Takziah,sedih baca cite awak ni.. btw saya dah follow awak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum
      senang sekali saya bisa menulis kisah nyata kami
      dan berbagi kepada teman-teman disini.

      Meski hidup dalam keprihatinan, karena hanya mengandalkan penghasilan dari jual gorengan, namun rumah tangga kami terbilang harmonis. Jika berselisih paham, kami selalu menempuh jalan musyawarah. Hal itu wajib kami terapkan untuk menutupi aib dan segala bentuk kekurangan yang ada dalam rumah tangga kami agar tidak terdengar oleh orang luar. Karena begitulah pesan dari para orang tua kami.

      Hari demi hari aku habiskan hanya untuk bekerja dan bekerja. Hal itu aku lakukan, selain sadar akan tanggung jawabku sebagai orang tua , juga ingin menggapai harapan dan cita cita. Yah, mungkin dengan begitu ekonomi keluargaku dapat berubah dan aku bisa menyisihkan sedikit uang penghasilanku itu untuk masa depan anak-anakku dikemudian hari. Namun semua itu menjadi sirna.

      Selanjutnya kami pun melangkah untuk mencobanya minta bantuan melalui dana gaib tanpa tumbal,alhamdulillah dalam proses 1 hari 1 malam kami bisa menbuktikan.

      Jalan ini akan mengubah kemiskinan menjadi limpahan kekayaan secara halal dan tidak merugikan orang lain.

      Alhamdulillah semoga atas bantuan ki witjaksono terbalaskan melebihi rasa syukur kami,
      saat ini karna bantuan aki sangat berarti bagi keluarga kami.
      Bagi saudara-saudaraku yg butuh pertolongan silahkan hubungi
      Ki Witjaksono di:0852-2223-1459
      Supaya lebih jelas kunjungi blog http://bocorantogelsingapura59.blogspot.co.id

      atau KLIK DISINI

      Delete
  2. Assalamualaikum, salam perkenalan. Entri tempat menarik bercuti di Penang yang bawa fiza jenguk Blog ni. Kemudian sampai ke entri ni. Fiza faham sgt keadaan syiera sebab dulu fiza mengandung 5 bulan masa arwah bapa fiza meninggal. Harap syiera tabah k.

    ReplyDelete
  3. Allah.. sedihnya, teringat my parents kat rumah..
    semoga arwah ayah akak ditempatkan dikalangan org2 beriman.. Amin..

    ReplyDelete

Post a Comment

Post a Comment

Previous Post Next Post