Memerangi Bintik Hitam Dengan Nanowhite Dark Spot Corrective Serum

Memerangi Bintik Hitam Dengan Nanowhite Dark Spot Corrective Serum l Assalamualaikum dan salam sejahtera! Masalah bintik hitam atau blackheads antara masalah yang sering kali kita dengar bukan? Syira pun tak terlepas jugak dengan masalah bintik hitam. Untuk kali ni syira telah menerima produk daripada Nanowhite. Korang mesti pernah nampak dekat drugstore kan? Ya, betul la tu. Hehe its Nanowhite Dark Spot Corrective Serum.
Sejak sekian lama, ramai wanita bergantung pada pelbagai produk penjagaan kulit untuk memerangi bintik hitam dan parut jerawat. Tetapi bolehkah masalah ini dapat ditangani dalam hanya masa dua minggu? Of course boleh sebab Nanowhite sendiri telah menguji penggunaan produk ini selama tempoh tertentu dan wanita Malaysia mendapati kulit mereka bertambah baik dengan cepat. Wow, menarik kan?
Nanowhite Dark Spot Corrective Serum dengan LumiLite baharu diperkaya dengan tiga bahan pencerah yang membantu mengurangkan bintik hitam, memudarkan parut jerawat dan juga memberikan tona kulit yang sekata. Ia mempunyai gabungan teknologi Nano, Omega White-C dan Ekstrak Semula Jadi untuk membentuk konsentrasi pencerah yang menembusi jauh ke dalam kulit untuk penyerapan bahan aktif yang lebih baik untuk memberikan hasil kulit cerah yang berseri dan kekal lama.
Eh, ini bukanlah kata-kata kosong okay! Ini kerana ianya telah terbukti berhasil dalam ujian penggunaan di rumah yang telah dijalankan. Percubaan tersebut memantau keadaan kulit 50 orang wanita Malaysia yang telah menggunakan serum ini selama 28 hari, melaporkan hasil yang menakjubkan - hampir kesemua (95%) wanita berusia 22 hingga 35 tahun nampak akan pengurangan bintik hitam dan parut jerawat selepas hanya menggunakan produk selama dua minggu!
Menurut hasil ujian penggunaan yang dijalankan, pemulihan paling ketara dapat dilihat di bahagian pipi, dagu dan juga dahi. 84% daripada wanita melaporkan bintik hitam dan parut jerawat yang semakin kurang dalam hari pertama penggunaan serum. Selepas 14 hari, bilangan wanita yang mendapat hasil yang sama meningkat kepada lebih 90%. Dari segi tona kulit sekata, 50% daripada wanita mengatakan mereka nampak penambahbaikan yang ketara dalam tempoh 24 jam pertama selepas penggunaan, dan 60% melaporkan perkara sama selepas dua minggu.
Bagi membantu wanita di luar dalam menyelesaikan masalah kulit seperti parut jerawat serta bintik hitam, Nanowhite dengan ini telah memperkenalkan aplikasi realiti berperantaraan (AR) mudah alih yang baharu iaitu Nanowhite AR+ untuk melihat wajah bebas cela. Apa yang korang perlu buat korang cari dan download aplikasi 'Nanowhite AR+’ dari Apple App Store atau Google Play Store. Kemudian, imbas pembungkusan serum dengan aplikasi tersebut. Then korang boleh la layari pelbagai info mengenai produk Nanowhite.
Kalau korang nak tau syira bukan sahaja terima Nanowhite Dark Spot Corrective Serum tapi satu set lengkap penjagaan kulit wajah daripada langkah pertama sehingga lah ke Nanowhite Dark Spot Corrective Serum.
Langkah pertama - Awakening Snow Wash
  • Tekstur yang lembut dan sejuk di muka
  • Melembapkan kulit wajah
  • Tidak menanggalkan kulit
  • Sesuai untuk kulit normal dan berminyak
  • Diformulasikan dengan teknologi Omega White-C dan Nano
  • Harga RM17.50 (Via Watsons)


Langkah kedua - Refining Treatment Toner
  • Digunakan selepas mencuci muka dengan Awakening Snow Wash
  • Mengecilkan dan mengetatkan pori
  • Berfungsi dalam menyingkirkan lebihan minyak pada kulit
  • Mengandungi omega white-c, ekstrak oren, ekstrak lemon, ekstrak witch hazel, estrak billberry dan juga teknologi nano
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Tak melekit dan ringan. Sejuk ja masa apply
  • Harga RM21.20 (via Watsons)


Langkah ketiga - Dark Spot Corrective Serum
  • Disapu rata pada kulit wajah selepas mencuci dan pakai toner.
  • Cepat meresap ke dalam kulit
  • Harga RM69.90 (via Watsons)


Langkah keempat - Double Action Whitening Gel Cream
  • Melembapkan kulit dan juga mencerahkan
  • Mengurangkan tompok bintik hitam
  • Mengandungi Nanowhite Super Antioxidant (Vitamin E & C)
  • Tidak melekit, ringan pada kulit dan senang diserap ke dalam kulit
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Harga RM37.20 (Via Watsons)



So, macamana? Best kan? Korang boleh dapatkan produk Nanowhite di Watsons dan Guardian yang berdekatan. Kalau nak beli online pun boleh, sekarang kan semua di hujung jari gitu.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut:




4 Comments

  1. Pernah nampak, nampak macam okay tu, maklum le usia dh bertambah ni, jergat singgah aje kann.. nanti bolelah survey-survey ..

    ReplyDelete
  2. mcm menarik jer produk ni..

    salam jengah dari www.umifuzy.com

    ReplyDelete
  3. Singgah jalan2 sini.. Jemput join my GA..:D
    http://www.razanahanis.com/2018/05/mystery-giveaway-by-flavnesz.html

    ReplyDelete
  4. Nice review. Pernah guna Nano White ni. Best ja~

    ReplyDelete

Post a Comment

Post a Comment

Previous Post Next Post