Bisnes Yang Ingin Saya Mulakan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Korang sihat ke? Ke masih lagi mengunyah lemang dan ketupat? Okay takpe, kali ni syira nak cerita pasal bisnes yang ingin syira mulakan. Dah nama pun pelajar lulusan Bachelor in Marketing, so syira sentiasa berminat dalam soal perniagaan. Sejujurnya syira sudah menjalankan perniagaan kosmetik secara kecil-kecilan. Ada la sikit untuk masa depan. Gitu 😊
Sumber Google
Untuk side income atau pendapatan tambahan, syira ingin memulakan bisnes lain. Bisnes yang syira maksudkan adalah perniagaan food truck atau trak makanan dalam bahasa melayu. Sebenarnya sudah lama menjadi impian syira dan suami untuk memiliki perniagaan food truck.

Kenapa food truck? Kenapa tidak buka gerai atau restoran sahaja? Persoalan yang bagus kalau korang tanya sekarang. Sebab kita dapat kurangkan kos sewa kedai jika kita memiliki trak sendiri. Selain daripada tu, sudah menjadi trend sekarang perniagaan food truck yang lebih santai. Antara sebab utama syira memilih perniagaan food truck adalah kerana syira suka makan makanan western. Everybody loves to eat right? Jangan tipu. Hehe.

Makanan yang dicadangkan untuk food truck kami adalah seperti burger dan pelbagai jenis pasta. Antaranya pasta carbonara, pasta aglio e olio, spagetti bolognese dan sebagainya. Kalau suami syira sendiri sukakan burger. Beliau lebih suka makan daging burger yang diperap dan dibakar sendiri. Bukan jenis yang siap frozen tu.

Target market kami ialah di kalangan pelajar dan keluarga. Bagi syira, food is for family. So bila makan bersama keluarga lebih nikmat. Lagi pula di kawasan yang strategik seperti kawasan yang berdekatan dengan universiti amat membantu bagi penjualan food truck. Syira faham sangat keinginan student yang bosan dengan makanan yang disediakan di kafe kolej. Sekali sekala nak jugak makan luar kan?

Bagaimana untuk merealisasikan impian syira ini? Pertama, syira semestinya kena mencari supplier atau pembekal trak makanan. Di Malaysia terdapat banyak pilihan. Untuk memulakan perniagaan kita mesti memerlukan modal yang tinggi kan? Jangan risau sekiranya tiada modal, MARA ada menawarkan Skim Pembiayaan Peningkatan Peniagaan kepada peniagaan bergerak seperti food truck. Selain daripada itu, kaedah pemasaran kenalah gempak. Brand awareness boleh dicipta dengan pemasaran di Facebook, Instagram dan sebagainya.

Macam mana? Korang rasa menarik tak bisnes ni? Hehehe idea biasa biasa ja tapi itulah impian syira. Doakan syira okay? Amin.

Nak tahu tips menarik mengenai perniagaan ? Korang boleh cuba layari The Usahawan 

16 Comments

  1. Food truck senang sebab boleh tukar tukar tempat.hahaha...Semoga impian syira terlaksana dan segalanya di permudahkan ya.

    ReplyDelete
  2. Go syira go! Semoga dipermudahkan segalanya ya. Satu idea yang menarik, lelagi kalau bukak food truck dekat kawasan yg ada student, memang dorang akan carilah.. :D

    ReplyDelete
  3. Kalau food truck ai memang akan cari makanan yang rare. Kalau takde yang rare baru lah ai akan cari western. Kalau goreng-goreng tu tak pernah lagi beli di food truck.

    ReplyDelete
  4. Selamat dan sukses ya bisnis barunya. Semoga berkah. Bisnis makanan dimanapun syg di perlukan. Orang yg aktif bekerja tak sempat masak lagi jadi beli makanan yg jadi saja.

    ReplyDelete
  5. Food truck paling bagus x banyak nak focus..focus kat makanan dan selenggaraan truck jer kan..lagipun kita kena pandai cari tempat yang jadi tumpuan..akak doakan impian syiera tercapai..aminnnn

    ReplyDelete
  6. Salam jumaat, mama singgah bertamu blog sis, modal agak besar nk buka food truck

    ReplyDelete
  7. Food Truck ni satu idea yang bagus kalau kena pada caranya.. TB baru je makan dekat setapak ni ada satu kawasan yang penuh dengan food truck.. best tengok.. sebab food truck nya berwarna warni.. huhu

    ReplyDelete
  8. Bisnes food truck ni tengah in skang..memang berpotense dan kos penyelenggaraan yang lebih rendah..apa-apa pon, good luck to you!

    ReplyDelete
  9. ni kalau bukak area merbok jangan tanya kenapa cepat habis.hahhahaa...

    ReplyDelete
  10. Food truck ! Ok juga tak banyak benda nak fokus sangat. Janji makanan sedap hehe. All these beat ye

    ReplyDelete
  11. Trime kasih, Syiera kerana sudi join contest kami. Rakan blogger yang lain kalau nak menang hadiah best, join la skali. Ni link dia:
    https://theusahawan.com/theusahawan-blogger-contest

    ReplyDelete
  12. Food truck untuk pelajar memang bagus tambah pula kalau sedap dan murah. Memang sentiasa penuh dengan pengunjungnya

    ReplyDelete
  13. good to start. bagus idea dan impian you
    semoga sukses dan berjaya. my fav aglio
    kalau dah statt jangan lupa tag kak nora
    nak dtg terjah support..

    ReplyDelete
  14. Busines yg tgh meningkat naik skrg ni kan. Selalu sis bila makan kat food truck..teringin nak bukak satu..bila pikir balik tak tahu nak masak so batalkan ni tu..hehehe.
    Moga tercapai cita2 dn berjaya dlm apa jua di buat

    ReplyDelete
  15. semoga berjaya sis! Mmg banyak benda nk plan, tpi sis doakan yang terbaik. Nnti roger la dah ada food truck tu, nnti i review gittew. hehe

    ReplyDelete
  16. tahniah Syiera...business food truck ni skrg memang menjadi dan semakin ramai yg suka sebab bersih kan

    ReplyDelete

Post a Comment

Post a Comment

Previous Post Next Post