Assalamualaikum dan salam sejahtera readers! Sihat ke tu? Dah makan ke malam ni? Kalau dah, alhamdulillah. Syira dinner spaghetti je hari ni. Alhamdulillah kenyang. Eh, sekarang memang musim orang bersalin ke? Asal scroll dekat Facebook atau Instagram ada ja yang baru bersalin. Alhamdulillah tahniah diucapkan. Selamat berpantang ye korang. Kebetulan junior syira masa sekolah baru je melahirkan seorang bayi lelaki dan syira merancang untuk menziarahi beliau. Dah alang-alang ziarah takkan nak pergi dengan tangan kosong kan, mesti lah nak kena bagi something. Kebetulan tengah search dekat Google, syira tertarik dengan website ini iaitu Lovingly Signed.
Mengenai Lovingly Signed
Lovingly Signed merupakan website yang menyediakan barangan bayi di mana korang boleh personalize nama bayi untuk dijadikan sebagai hadiah istimewa kepada bayi sendiri atau kawan korang. Eh bestnya. Very sentimental value gitu kan. “Not just different, we are unique” merupakan tagline Lovingly Signed. Memang sesuai sangat sebab sememangnya perkhidmatan yang ditawarkan sangat jarang berada di pasaran.
Antara produk yang korang boleh beli di Lovingly Signed adalah seperti selimut bayi, tuala, permainan bayi, pakaian bayi dan sebagainya. Kalau korang tengok sendiri memang rambang mata nak memilih sebab comel-comel belaka. Salah satunya yang menarik perhatian syira adalah hamper hadiah. Orang putih panggil gift hampers. Hehehe
Gift Hampers Pilihan Bijak Untuk Si Manja!
Selamat ada website Lovingly Signed ni, syira dah dapat idea nak hadiahkan apa dekat bayi junior syira. Pemilihan warna pastel yang lembut sangat bersesuaian dengan bayi selain menyejukkan mata si ibu memandang. Terdapat banyak pilihan hamper hadiah yang disediakan. Bagi yang menyukai warna pink, korang boleh la pilih hamper hadiah warna pink. Normally sesuai untuk baby girl la kan. Sempena menjelang perayaan Hari Natal, Lovingly Signed juga menyediakan gift hampers bertemakan Krismas untuk si manja korang. Wah, bagi yang menyambut Hari Natal, bolehlah beli. Good idea. Antara pilihan hamper hadiah Lovingly Signed:
Personalised Bashful Bunny, Blanket and Book Gift Set |
Personalised Elly Elephant and Blanket Gift Set |
Pippet Penguin and Blanket Gift Set |
Haa macam mana? Comel-comel kan. Kalau korang sukakan hamper hadiah seperti di atas tapi korang rasa macam warna macam tak sesuai pulak kan. Don’t worry, boleh personalised warna mengikut citarasa korang. Bestnya. Hehe kalau macam ni, syira nak grab satu set untuk Medina.
Setiap set hadiah yang ditempah oleh pelanggan akan dibungkus dan diletakkan di dalam kotak eksklusif Lovingly Signed. Cantik kan kotak Lovingly Signed ni. Kalau korang berada di Singapura, penghantaran adalah percuma. Bagi penghantaran antarabangsa macam syira pula, dikenakan cas sebanyak SGD $25. Sekiranya korang berbelanja melebihi SGD $250, korang boleh menikmati penghantaran secara PERCUMA! Pembayaran boleh dibuat melalui Paypal atau Googlepay.
Untuk maklumat lanjut:
Facebook: Lovingly Signed
Instagram: Lovingly Signed
Pinterest: Lovingly Signed
Website: https://lovinglysigned.com.sg
alahai comel comelnya, kotak dia pun dah comel <3
ReplyDeleteKotak tu mak mak boleh simpan barang lain nanti hehe
Deletewah bagus ni senang order je secara online terus je di hantar. kak lily tengok produk-produknya pun cantik-cantik belaka kan
ReplyDeleteComelnyaaa...berkenan plak di hati...bulan 1 nanti anak buah baru barn keluar..boleh la SA belikan untuk dia...
ReplyDeleteComelnya gift dari Lovely Signed ni. Berkenan plak tengok design Elly Elephant. Fabrik blanket tu nampak berkualiti sangat. Kalau tidur malam guna aircond ni mesti selesa je baby tidur pakai blanket ni kan.
ReplyDeletesuka tengok wbsite dia sebab barang baby semua comel-comel dan warna pastel lembut tu.comel sangat.harap ada la nak sponser shopping sini baby kita nak keluar ni hahaha
ReplyDeleteAla comel kita suka yang gajah tu hehehe geram tengok rasa macam nak gomol-gomol jer hehehe kita nak beli satu juga lah untuk anak sedara tak pun kita yang guna sendiri wakakakka...
ReplyDeleteOMG! This is perfect for kiddos. Season of joy and giving around the corner this idea is super perfect for gifting.
ReplyDeletecomel bebenor nie.. geram plak AM tengok kecomelan setiap pilihan designnya.. aduhai!! sangat sesuai untuk dihadiahkan buat buah hati pengarang jantung nie.. confirm cair punya!!
ReplyDeleteWahhh baguslah ada perkhidmatan mcm Lovingly Signed nie. Mudah untuk buat kejutan untuk yang tersayang. Paling penting semuanya comel2. Siap balut dgn kotak khas lagi. Comelnya !
ReplyDeleteComel kotak gift tu, dah tak perlu nak dikir banyak untuk pack gift baby.
ReplyDeleteOlolooo comey nya la hai....Terasa nak beli je utk anak-anak. Nasib anak tak la baby sangat, dah besar. Tapi kalau beli pun sat lagi mak budak yg sibuk nak peluk gajah ngan arnab tu hahaha.
ReplyDeleteSuka tengok barangan baby ni. Macam-macam ada ye. Senang tinggal pilih je, comel-comel pulak tu semua, geram je rasa. Dengan kotak yang nampak menarik.memang bagus macam ni boleh bagi dekat merrka yang baru lepas bersalin. Lain daripada yang lain
ReplyDeleteComel dan cute jer geram tengok..warna lembut jer sedap kalau dapat buat peluk2 sesuai buat hadiah jugakan!
ReplyDeleteWah comelnya gift set untuk baby dari Lovingly Signed. Memang sesuai nak bagfi hadiah untuk kawan-kawan yang baru melahirkan. Boleh letak nama tu memang unik dan special.
ReplyDeleteComel-comelnya hamper yang ditawarkan di sini. Rambang mata nak pilih. Tapi yang penting semua cantik dan menarik. Kalau dapat yg pink tu mesti yara happy
ReplyDeleteComel. Ruby setuju kalau sulam nama anak dekat towel tu. Bleh guna dan simpan sebagai kenangan. Sampai besar la mak ni akan simpan. Nnti tunjuk dekat mereka. Hehehe.
ReplyDeletealaaa kite yang dewasa ni tngk pun geram nak jugak cem maneee..
ReplyDeletePost a Comment