Masalah Lantai? Atasi Dengan Epoxy Flake System

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni syira nak kongsikan dengan semua pembaca syira mengenai satu perkhidmatan yang terbaik untuk lantai korang! Hey, apa ni servis untuk lantai? Eh korang jangan tak tahu ye, ramai di kalangan kita mempunyai masalah lantai bocor dan tak kurang juga masalah lantai yang sental-sental sehabis baik pun masih kotor! Sememangnya sangat tidak menyenangkan bagi pengguna. Kalau syira pun, syira tak boleh tengok lantai kotor. Kan? Jadi, untuk atasi masalah ini, bolehlah guna khidmat Epoxy Flake System.

Mengenai Epoxy Flake System
Bagi korang yang baru pertama kali mendengar Epoxy Flake System ini, ia merupakan perkhidmatan yang menggantikan lantai asal dengan menggunakan epoxy dan flake. Haaa.. lebih jelas lagi, ini merupakan satu kaedah bagi melapiskan permukaan lantai korang supaya lebih cantik, bersih dan tidak bocor lagi.

Kelebihan Epoxy Flake System
1/ Tidak licin
Dengan menggunakan Epoxy Flake System, korang tak perlu risau sebab permukaan lantai anti slip. Bagi yang mempunyai anak kecil seperti syira sendiri, memang amat menitikberatkan soal ini. Bahaya kan kalau licin.

2/ Tidak perlu pecah lantai
Pemasangan akan lebih cepat dan tidak menghasilkan banyak habuk. Korang tahu kan kalau kita pecahkan lantai, dekat situ pun sudah ada kos yang lain yang perlu ditambahkan. Dengan Epoxy Flake System, korang tak perlu risau! Jimat pun jimat.
3/ Kalis air
Tadi syira ada mentioned kan masalah lantai bocor? Haa.. dengan Epoxy Flake System tiada lagi masalah lantai bocor sebab bahan yang digunakan adalah kalis air. Tidak hairanlah lantai tidak licin.
4/ Masa pemasangan sangat cepat dan singkat
Proses pemasangan selalunya mengambil masa selama 3 hingga 8 jam bergantung dengan keluasan kawasan yang nak dipasang. Selepas 24 jam korang dah boleh guna macam biasa!
5/ Tiada masalah kekotoran lantai
Lantai senang dicuci dan masalah lantai yang kotor mudah diatasi.
6/ Mempunyai 19 warna menarik
Terdapat 19 warna menarik untuk korang pilih. Semestinya lantai tampak lebih kemas dan cantik. Warna-warna pilihan seperti di bawah.

UNTUK PELBAGAI BANGUNAN!!
Sebelum terlupa, mari syira perkenalkan pihak yang bertanggungjawab dalam pemasangan Epoxy Flake System iaitu syarikat Crocon Sdn Bhd atau nama penuh Crocon ialah Crocodile Constructions. Crocon menjanjikan perkhidmatan terbaik bagi menyelesaikan masalah lantai bocor atau kotor. Untuk pengetahuan korang, Crocon sudah mempunyai pengalaman selama 3 tahun dalam bidang ini. Korang yang tinggal di Kuala Lumpur dan Selangor bolehlah menggunakan khidmat Crocon.

Keistimewaan servis daripada Crocon Sdn Bhd?
✔ Pelanggan diberikan kepentingan Sales After Services Support di mana sekiranya terdapat kerosakan selepas pemasangan, mereka akan membantu secara PERCUMA
✔ Waranti selama 3 tahun. Wah lamanya. Korang tak perlu risau. Terjamin. Kalau hilang resit pun boleh trace balik menggunakan alamat dan no tel.

Sebarang tempahan dan maklumat lanjut:

Facebook : Crocon Sdn Bhd

Instagram: Crocon
No Hp: 0169199716 (DANIAL) / 0163852017 (SAFLINA)


19 Comments

  1. menariklah epoxy flake ni..memang stress kalau npk lantai kotor kan..sental2 pun tak boleh hilang..penat lebih haha..maybe boleh tukar ke epoxy flake ni..tengok pun warna menarik dn byk design..murah tak haha

    ReplyDelete
  2. Menarik ni...!! Kiranya tak payah renovated rumah untuk baiki lantai rumah Mak yang rosak. Lagi best cepat siap! Bagus bagus... Terima kasih sharing yaaa

    ReplyDelete
  3. Sangat menarik dan sangat membantu kalau kita ada masalah lantai kan,boleh la rujuk kat mereka kalau nak renovate lantai rumah atau bilik nanti..plan tu ada tp lambat lagi rasanya...heheheh

    ReplyDelete
  4. Cantik... Lepas ni tak susah dah la kalau ada lantai bocor ke kan. Memang tak senang duduk kalau ada lantai bocor, rumah pon jadi tak cantik kan...

    ReplyDelete
  5. Wah menarik benda ni. So takperlulah nak pecahkan lantai sedia ada kan. eh ke kl dah ada mozek/parkel nak kena buang dulu? Nak kena kontek Crocon la ni..

    ReplyDelete
  6. saya mmg suka lantai bersih. kalau boleh nak sental sampai berkilat! thank u tau.. dah tahu nak call sapa

    ReplyDelete
  7. This is good. Will be very helpful. Thanks for sharing. Will keep this in mind.

    ReplyDelete
  8. mmg tau pasal nih... and mmg ada plan nak buat jugak satu hari nanti... tapi hahahha bajet utnuk reno dapur dulu nih .. pasnih mmg ada plan nak contact.. ada special diskaun dak i f guna nama syiera?

    ReplyDelete
  9. Perghhhh! warna epoxy flake semua cantik! Bagus jugak ada produk ni, atleast yang jaga kebersihan lantai bolehlah pakaikan. :D

    ReplyDelete
  10. Tahun lepas orang bawah rumah mengadu ade leaking dekat bumbung rumah dia. kiranya air dari bilik air rumah kiteorang lah. dah risau dah time tu sebab kalau nak buat waterproofing semula memang mahal. time tu orang yang datang baiki bagi 2 cadangan lah sama ada nak buat epoxy ataupun nak tampal je. kiteorang try tampal dulu. so far dah tak ada aduan pasal leaking lagi dari orang bawah

    ReplyDelete
  11. Wah menarik sangat sistem ni. Satu inovasi produk dan sistem yang bagus sangat dan praktikal.

    ReplyDelete
  12. Ohh ni sesuai untuk lantai kat bilik air lah kita suka yang nampak meriah ada design yang menarik dan unik ni boleh lah kita pasang kat bilik air rumah kita hehehehe...

    ReplyDelete
  13. Memang menarilah epoxy flake ini. Tak perlular pecahkan sini sana semata-mata untuk buat lantai tandas lebih bersih dan cantik kan. :)

    ReplyDelete
  14. Kat toilet sis pun dah pakai ni..memang bagus. Nak cuci pun senang. Dah setahun lebih rasanya sis tukar lantai ni. Tetamu yang datang pun asyik tanya mana sis buat..hehee

    ReplyDelete
  15. Menarik nie. Yang penting takyah pecah lantai tu yang best. Kalau dah pecah, kena extra cash pula tu. Yang penting waranti 3 tahun tu.

    ReplyDelete
  16. Haa kita pernah nampak mcm ni masa kat Tesco hari tu, Ada booth kat depan tu. Pun cakap ngan husband mcm senang buat camni xyah renovate rumah balik.

    ReplyDelete
  17. Wah menarik info ni so boleh la rekmen kan pada sape2 yg nak tukar lantai hehe..suka olak tengok sebab cantik

    ReplyDelete
  18. Menarik dan memudahkan. Suka dengan pilihan warna yg ditawarkan semuanya cantik. Banyak kelebihan pulak tu bila guna jns lantai ni :-)

    ReplyDelete
  19. ohhh i think this is good for those moving into new house or doing renovation. the epoxy can help to prevent leaking of water, especially from the bathroom floor upstairs.

    ReplyDelete

Post a Comment

Post a Comment

Previous Post Next Post