Set Lengkap Penjagaan Kulit Joielle Baby | Assalamualaikum. Hello korang! Kali ini syira nak kongsi dengan korang set newborn daripada Joielle Baby. Mesti hairan kan syira asyik review barangan baby ja kan? Of course la, demi anak syira sentiasa nak yang terbaik untuk Medina. Set ini berbaloi sangat sebab terdiri daripada baby lotion, baby cream, baby bath, baby shampoo, baby oil dan juga chest and tummy rub. Mari syira share step by step penggunaan set newborn ini dekat korang especially mummies!
Kenapa perlu pilih Joielle Baby?
Sebab set newborn Joielle Baby ni sangat sesuai bagi bayi yang mempunyai masalah kulit seperti ekzema, kulit kering dan sebagainya. Produk Joielle Baby juga diperkaya dengan bahan semula jadi. Terutamanya aloe vera dan vitamin E di mana telah mendapat kelulusan KKM dan 100% halal untuk digunakan. Haaa.. tak perlu was-was okay mummies. Kalau korang nak tau barangan Joielle Baby juga bebas SLS, paraben dan steroid.
Langkah Pertama
Joielle Baby Shampoo dan Baby Bath
Set mandian ini syira dah gunakan seminggu dekat medina. Wanginya ya ampun. Tekstur yang lembut di kulit. Kulit medina lebih lembut dan kekal lembap. Set mandian ini boleh digunakan setiap hari. Jangan kata medina ja guna, ibu pun tumpang sekaki ye sebab boleh ja digunakan untuk orang dewasa. Paling best sebab mampu merawat masalah kulit seperti ruam lampin, ruam panas, ekzema dan sebagainya.
Medina ni ada la jugak kadang jadi ruam sebab cuaca panas. Jadi tak perlu risau dengan adanya Joielle Baby Shampoo dan Baby Bath. Oh ya, Baby Bath ni mampu menyelesaikan masalah kerak kepala. Medina dulu masa tiga bulan ada masalah kerak kepala, jadi newborn baby kalau ada masalah ini boleh gunakan baby bath ni.
Cara menggunakan Joielle Baby Shampoo dan Baby Bath
Baby shampoo: Lapaskan rambut bayi anda kering. Letakkan shampoo di tapak tangan dan gosok dengan air sehingga berbuih. Sapukan dan urut perlahan-lahan di kepala bayi anda. Bilaskan sehingga bersih. Harga RM33.
Baby bath: Basahkan rambut bayi anda. Letakkan baby bath di tangan dan gosok dengan sedikit air. Sapu dan gosokkan baby bath ke seluruh badan bayi dan bilaskan sehingga bersih. Harga RM32.
Langkah Kedua
Joielle Baby Oil dan Baby Lotion
Selepas mandi, syira akan pakaikan Joielle Baby Oil dan Baby Lotion dekat medina. Baby oil ni syira sapukan dan urutkan di kepala dan badan medina supaya medina terasa lebih selesa dan dapat mengekalkan kelembapan kulit. Korang juga boleh letakkan di kepala bayi untuk menghindarkan masalah kerak kepala. Tekstur baby oil ini senang meresap ke dalam kulit dan tidak berminyak.
Selepas itu syira akan sapukan baby lotion dekat medina. Wangi sangat ibu oi baby lotion ni. Tekstur lotion ni ringan ja. Senang meresap ke dalam kulit dan tidak melekit. Bukan takat anak boleh guna, ibu medina pun boleh guna juga lotion ni. Syok weh. Must try! Boleh digunakan untuk harian dan bila-bila masa sahaja.
Cara menggunakan Joielle Baby Oil dan Baby Lotion
Baby Oil: Pastikan badan/kepala bayi kering. Sapukan minyak bayi dan urutkan perlahan-lahan. Harga RM35.
Baby Lotion: Sapukan nipis mengikut keperluan. Bila-bila pun boleh gunakan. Harga RM35.
Langkah Ketiga
Joielle Baby Cream dan Chest & Tummy Rub
Joielle Baby Cream dan Chest & Tummy Rub ini syira gunakan setiap malam untuk medina. Sebelum tidur, syira sapukan baby cream dulu supaya medina selesa tidur. Medina ni selalu sangat kena gigit dengan nyamuk, jadi sesuai sangat kalau gunakan baby cream untuk kurangkan kegatalan. Selain itu, baby cream juga boleh merawat masalah ruam bayi.
Selepas itu, syira sapukan Chest & Tummy Rub. Ini bagi mengelakkan perut kembung ye ibu-ibu. Bila dah sapukan Chest & Tummy Rub ni, kualiti tidur bayi anda pun lebih baik sebab perut selesa ja sepanjang malam. Chest & Tummy Rub juga boleh digunakan sekiranya batuk dan selsema. Boleh juga digunakan setiap hari.
Cara menggunakan Joielle Baby Cream dan Chest & Tummy Rub
Baby Cream: Sapukan baby cream di bahagian yang bermasalah. Boleh juga digunakan untuk harian. Harga RM33.
Chest & Tummy Rub: Sapukan Chest & Tummy Rub di dada dan belakang badan bayi anda. Harga RM39.
Jika korang berminat untuk mencuba set lengkap newborn ini, korang boleh dapatkan di Mom's Care, Happikiddo, Babyland SS2, Pick A Dress (Airul Khairiyah), Baju Mengandung Ibumanja (Husna or Jira), Suri Vision Sdn Bhd (Haza / Lunatots), Mom's House Baby Shop, Butik Tateh, Mothers First Choice, D Baby Care, Mama's Love, Marissa Shoppe, Mamayaya Zone, NurizShar dan MommAZ HouZ. Untuk senarai penuh korang boleh klik sini➡ Find Us!
Oh ya. Harga set newborn ini hanyalah RM199. Berbaloi sangat korang! Berita baik untuk ibu-ibu, korang boleh dapatkan potongan diskaun 10% dengan menggunakan kod "syiera01" semasa check out di website Joielle Baby. Wow bestnya!!
Jangan lupa shopping!!
wahh sukalah set penjagaan kulit baby ni..packaging dia sgt comel..baru ada idea nak belikan hadiah untuk ofismate yang baru bersalin 2 hari lepas..mujur ada diskaun hihi..
ReplyDeleteJoielle Baby ni rasanya bukan setakat baik untuk golongan kanak-kanak, tetapi juga sesuai untuk orang dewasa yang mempunyai masalah kulit sensitif.
ReplyDeletefuyoooh ada produk khas untuk baby. makin advanced ya! kalau ada anak boleh la try yang pasti ianya tidak mengandung barang berbahaya kan
ReplyDeleteOne thing that I know and a must for baby's product - it has to be safe and mild for use. And I know that Joielle ticks all these requirements, right? Enjoy babies.
ReplyDeleteHee comey nye dia bergambar dgn set Joielle ni. Suka lah tu ye. Set Joielle ni macam best kan sbb pakai byk natural ingredients.
ReplyDeletelawanya packaging dia, bagus juga kalau beli set lengkap ni dan hadiahkan dekat kakak zul yang bakal dapat anak kembar tu, mesti dia suka.
ReplyDeleteGambar paling atas tu rasa tenang je nengok nape ek.. comey sangat modelnya tu.. hehehe.. joielle baby ni harum bau syampu dia.. TB try sikit.. hahahahha.. memang bau lembut je.. bila harraz pakai pun rambut jadi lembut n licin ..
ReplyDeleteBagus untuk bayi ye. Packaging pun comel je dalam kotak tu. Nak jadikan hadiah untuk kawan yang bakal timang baby nanti
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
Wahhhh best nya dpt satu set produk baby. Senang nk bawak jalan jauh. Semuanya lengkap dan yg penting organic. Skrg parents byk tumpu perhatian pd produk yg digunakan. Elakkan dri bhan chemical berbahaya
ReplyDeleteWahh cantiklah botol nya. Ala2 body scrub gitu. Hehe.. btol tu. Ena pon mesti nk yg terbaik untuk anak. Lg anak mudah ruam kalau tak serasi. Boleh la cuba kan.
ReplyDeleteSejujurnya pertama kali dengar jenama ni. Dari bacaan, produk ni bagus dan amat sesuai untuk anak anak kannn...
ReplyDeleteBagusnya bebas SLS, paraben dan steroid. Nina sekarang pun memang tengah guna produk yang tak de bahan yang berisiko pada kita. Thanks tau sharing
Produk natural penjagaan bayi memang jadi pilihan Yelah kulit baby kan sensitif .Kena pilih betul betul produk baby kan. Kalau ada rezki dapat baby nak try lroduk ni jugak
ReplyDeleteWow Joielle produk baru untuk baby.. ohh orang dewasa pon boleh guna bagus sungguh, boleh try nanti :)
ReplyDeleteIza pernah guna ni masa anak iza kecik dulu. Best jugak. Bau sabun dia wangi. Lotion dia pun wangi. Tapi sebab banyak sgt orang bg hadiah lepas tu tak beli dah.
ReplyDeleteIs this a new brand? First time hearing about Joielle Baby, looks like a great set for new mummies, will surely introduce this to my mummies friends.
ReplyDeleteComelnya medina posing macam tu! Btw emi ada nampak beberapa org kawan yg lain post pasal jenama ni jugak. Katanya okay.
ReplyDeleteSuka tgk packaging dia cantik. Produk ni memang bagus utk anak. Ramuannya pun nampak sesuai dan terbaik untuk penggunaan kanak2
ReplyDeleteComel sgt model tu.. boleh la beli set ni sbb cukup semua keperluan bayi dlm tu.. klau yg kulit sensitif mmhlg patut dapatkan set ni..
ReplyDeleteBagus n byk kelebihan rupanya produk nie.. Boleh la AM rekemon kan utk adik AM yg baru menimang cahaya mata baru2 nie.. Packaging cantik, buat hadiah pun cantik nie..
ReplyDeleteI pun ada mild ekzema on my arms. I wish this baby products could help to ease my ekzema skin and also dry skin conditions.
ReplyDeleteCx banyak kali dok terpandangkan jenama joielle baby ni tau tapi belum sempat usha pon. Tp bila ke sini, cx dah tahu pasal nya. Baguslah. Sesuai ntk anak² kita. Baby kan kulit sensitif. Ibu bapa bolehlah dpt set ni ntk anak². Packaging dia cantik! Suka. Model tu pon cx suka. Omel². Hehee
ReplyDeleteterjatuh hati pula dengan Joielle Baby produk ni kan..
ReplyDeleteComel tengok anak awak tu. Hehehe. Bagus banyak produk bayi macam ni. Suka botol dia. Transparent. Design warna warni dan botol jenis pump. Cepat skit kita nak mandikan anak. Hehehe
ReplyDeletePost a Comment