VIRAL! KEMAMPUAN LELAKI OKU BERJIWA BESAR INI BUAT RAMAI RAKYAT MALAYSIA MENANGIS!


Tiada siapa pun yang meminta untuk menjalani kehidupan seperti ini. Namun demi kelangsungan kehidupan, hidup mesti tabah dan kuat. Syira cakap pasal sapa ni ek? Ni haaa.. founder JAMUMALL, Encik Khairul Nizam.

Sapa sangka beliau hanya mampu menggerakkan tiga jari sahaja tapi masih bersemangat untuk menjalankan bisnes. Allah Maha Besar. Moga apa yang syira kongsikan ni dapat memberikan inspirasi kepada korang semua.


Luahan di fb beliau sangat terkesan…. 

Diusia 30 dengann keadaan cacat, aku bersyukur dgn kehidupan. Aku berjaya membina satu syarikat JamuMall Sdn Bhd, dan membina platform jualan JamuMall.com. Aku happy mampu beli ape aku nak. Mampu makan yg mewah. Mampu travel ke Dubai, Korea, Japan, Australia dan banyak negara aku dan sampai. Yang paling best aku dapat sediakan rumah mewah utk keluarga serta tanggung family dan bersedekah setiap hari.

Bukan nak riak ... tapi aku tau ramai sebenarnye org diluar sane nak jadi mcm aku, nak banyak duit mcm aku, nak bahagiakan family mereka macam aku .. tapiii adakah mereka sekuat aku?? 


Lihatlah aku ... 

Kehidupan aku dulu tak macam ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku.. makan perlu disuap , mandi perlu diuruskan , duduk perlu diangkat , dan tidur perlu dijaga , bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian . 

Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari , bukan tiga hari , bukan seminggu , bukan sebulan tetapi bertahun tahun !!! Ade ketika saya rasa sangat terkesan bile ade ketika bile sy haus , lapar , penat , takde org disisi .. tapi takkan aku nak mengharapkan mati??? Allah beri aku nyawa , nafas , sedikit kekuatan jari dan akal mesti ade sesuatu manfaat yg nak aku buat .. 


Aku cube merenung dan mengimbas kehidupan ramai org diluar .. kalaulah aku di beri tubuh fizikal sempurna , boleh berjalan , berlari , melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada org lain ...  

Aku melihat ramai yg malas untuk ubah hidup sendiri  , ramai yg suke bg bermacam alasan bile bekerja, ramai yg cepat giveup bile ade cabaran !! Ramai cube memilih untuk kerja senang , taknak susah , lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat , sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun2 atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan org sekeliling susah, Paling terkesan nak bg duit mak dan ayah, family pun tak mampu ... Aku sedih !!! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka ...  


Jadi aku bangkit!!! Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur .. bersyukur dengan nikmat yg allah beri dan jangan sia2 kan , aku bangkit untuk beri manfaat pada org lain . Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dpt melihat kegembiraan , senyuman ramai org2 disekeliling aku .. 

Kini aku sedar .. untuk berjaya dlm kehidupan , pekerjaan , mahupun bisnes bukan mudah . Tetapi atas keinginan yg kuat , kasih syg yg hebat , keberanian yg tinggi , suka berlajar dan improve diri , dan juga seorang yg berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang .. 


Dan semua value yg ade dlm diri aku akan aku bawakan kedalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit , bersemangat , dan berjaya !!!  

Akhir kata ... kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan org sekeliling .. anda ade berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.. kite je mampu ubah diri kita!!



Terus terang, syira sangat terkesan dengan luahan beliau. Kita yang sempurna fizikal ni pun belum tentu dapat kecapi seperti kejayaan JamuMall. Mind blowing weh bila fikir balik. Hanya jiwa yang kental ja boleh lakukan ini. Tanpa semangat yang kukuh maybe susah nak teruskan hidup.

Syira kagum dengan pendirian beliau yang mengutamakan family. Beliau cuba untuk memberi kesenangan kepada family. Syira sokong! Tanpa mereka sapa lah kita kan. Permulaan kita semua daripada sebuah keluarga. Syira harap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada korang.


Jom follow Khairul Nizam


2 Comments

  1. Terharu dengan semangat beliau yang membuktikan bahawa OKU juga boleh berjaya.

    ReplyDelete
  2. Betul beliau sangat berjiwa besar dan bersemangat kental

    ReplyDelete

Post a Comment

Post a Comment

Previous Post Next Post