Sedapnya Sambal Nasi Ayam Penyet Restoran Didesa Sungai Petani



Sedapnya Sambal Nasi Ayam Penyet Restoran Didesa Sungai Petani | Kebetulan ada hari tu barang basah habis, nak pi beli macam tak larat nak masuk pasaraya. Jadinya husband ajak pi makan dekat Restoran Didesa. Sebenarnya syira dah lama nampak nasi ayam penyet restoran ni lalu lalang dekat facebook syira. Cuma tak sempat lagi nak pi merasa.

Agak baru dibuka. Sebelum bulan puasa, restoran ini dibuka. Masa bulan puasa hari tu tak sempat juga sebab takut penuh. Yelakan nak pi kena reserve table. Tertangguh niatnya sampai la last week baru hasrat nak merasa tu tertunai.

Harga not bad
Menu lain pun ada

Suasana restoran ni santai dan selesa. Ada dua section. Untuk makan duduk bersila dan atas kerusi. Syira pilih duduk atas kerusi la jawabnya. Kalau duduk bersila nanti si medina tu berlari sana sini, susah pulak nak makan. Hahaha ala itulah cabaran bila ada anak kecik. Tau nak main ja.

So kami duduk jelah atas kerusi. Menu-menu yang tersedia memang menarik. Rambang juga nak pilih. Oh ya, basically restoran Didesa ni menyajikan hidangan Indonesia dan Thailand. Wah menarik kan gabungan ni. Disebabkan syira memang teringin nak rasa nasi ayam penyet, so syira order  set nasi ayam penyet. Husband order set nasi lele penyet sebab dia peminat ikan keli.

Portion set nasi ni sangat sesuai untuk makan dua orang. Haha syira kongsi dengan medina. Tu pun sengkak perut weh. Ayam penyet dia juicy di dalam dan crispy di luar. Ahhhgituuu. Sup pun sedap. Yang paling syira suka adalah sambal dia. Siap minta tambah weh. Power betul. Bagi syira, sambal dia pedas manja gitu. Mild spicy. Boleh makan la. Idok la pedas berapi.

Nasi ayam penyet

Nasi lele penyet

Set nasi lele penyet pun sedap. Sempat la syira mengorat sikit ikan keli husband. Hehehe pun crispy dan juicy wakkk. Pandainya depa ni goreng. Selalunya mesti kalau crispy mesti dry kan. Tapi ni tak still juicy isi dia. Husband syira cakap boleh makan lagi nanti. Sebab masa dekat Shah Alam dulu suka betul dia makan pecal lele.

Servis agak cepat. Ini yang syira suka. Total kami semua (4 org makan + tapau 1 set) makan hari tu dalam Rm50+. Berpatutan sangat sebab mak dan anak saudara pun ikut sekali. Siap tapau lagi 1 set nasi ayam penyet. Kira murah la juga. Syira rekemen sangat la kalau hampa tak tau nak makan lunch kat mana, silalah berkunjung kat sini.

Posing sikit

Disclaimer: Bukan paid review ye. Hehe

Restoran Didesa
🔽Waktu Operasi
11.00pagi - 11.00malam
(Buka tiap2 hari)
🔽Hotline
🔽Lokasi
C-70 Ground Floor, Lorong 9, Taman Sejati Indah, 08000 Sungai Petani, Kedah




20 Comments

  1. Dengan harga berpatutan, pasti ia menarik minat orang ramai ke sana. Insha Allah Naim nak try lepaih nie. Aloq staq ke Sungai Petani sat ja. hehe

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap tu?..mungkim boleh singgah masa balik Alor Setar nanti 😁

    https://abamkoriee.com/family-time-kat-mykori-dessert-cafe-di-hujung-minggu/

    ReplyDelete
  3. Jauhnya. Nampak sedap!
    Aida sgt suka makan nasi ayam penyet, lele garing, krap krup krap krup bila makan. Harga pun ok ok tu. Sgt murah!

    ReplyDelete
  4. Saya tengok sambal je pun dah tau memang sedap. Dengan warnanya dan rasanya pun sure terangkat

    ReplyDelete
  5. Nampak pun sedap. Kalau dapat makan lagi best ni. Tergoda tengoknya. Cara hidangan pun kemas je. Kalau tersampai di kedah boleh la cuba.

    ReplyDelete
  6. sedapnya nasi ayam penyet tu. terliur kita tengok harga menu boleh tahan murah. kalu BBL ke sg petani boleh la singgah datang makan kat sini. yummy!

    ReplyDelete
  7. Bukan paid review tapi tulis panjang panjang... Mesti sedap dan berbaloi makan kat sini.

    Makanan sedap + harga Okey + service bagus, mesti pelaanggan makin bertambah

    ReplyDelete
  8. Besar juga portion dia. Ni gerenti tersandar kekenyangan ni kalau habis. Tapi yang menarik perhatian sambal dia tu. Memang dapat 2 jenis sambal ke? Sebab biasa makan ayam penyet dapat 1 jenis je, lagi 1 biasanya kicap.

    ReplyDelete
  9. Jauhnyaaaa nun sg petani sana. Nur kat johor sini haaa. Tapi mana tahu ada rezeki ke sana, dapat lah makan kat restoren ni. Murah tu makan 4 orang siap tapau rm50++ je 😊

    ReplyDelete
  10. Dulu Sg Petani ni memang port lah sebab masa tu dok Pengkalan Hulu. Sekarang banyak dah premis makanan yang ada. Dah makin maju dah. Nanti boleh cuba nasi ayam penyet kat sini pula.

    ReplyDelete
  11. Thanks for sharing syiera. Baca pun dah terliur tau.. terbayang crispy dan juicy lauk2 nasi penyet ni . Rasa esok nak g cari nasi ayam penyet lah

    ReplyDelete
  12. Tak pernah lagi jenjalan kat Alor Staq ni..teringin gak nak ke sana. Kalau sampai nanti boleh lah singgah makan kat sini. Harga pun berpatutan, makanan pun nampak sedap2

    ReplyDelete
  13. Ala kenapa kedai Nasi Ayam ni jauh kalau dekat memang kita serbu kerana makanan kegemaran kita ni kalau pergi mana-mana kedai senang cari nasi ni jer sedap pun sedap sini nampak lagi menyelerakan sebab sambal tu hurmmm....

    ReplyDelete
  14. Wah kena cuba ni. Sebab sambal mmg selalui
    Memainkan peranan dalam menyedapkan hidangan. Apatah lagi nasi ayam penyet

    ReplyDelete
  15. Sejam juga lah kalau Nad nak ke sana, kenapa lah jauh SP ni hahah. Rindunyaaa nak makan ayam penyet. Seminggu sebelum berhenti kerja kat KL, seminggu Nad makan nasi ayam penyet. Sebab ni dah pindah Kulim mesti rindu ayam penyet situ TT_TT Tetibe plak baca post Syiera ni huhu.

    ReplyDelete
  16. Fav jugak nasi ayam penyet ni. Sebab yang sedap ayam dengan sambalnya. Tu tarikkan ayam penyet. Harga murah dan ada pelbagai sajian dalam satu pinggan.. tempe wajib ada hihihi

    ReplyDelete
  17. Tengok gambar terus rasa macam nak pergi cari, tapi jauhnyalahh... Nanti next time kalau ke sana boleh la singgah kedai ni. Letak dalam list tempat makan dulu.

    ReplyDelete
  18. teringat bandung , best jugak nih kalau dapat test ...tiap tempat mesti beza2 dia punya rasa kan...saya masa kat bandung pak supir ada ajar jugak cara nak buat sambal ayam penyet cuma belum try lagi

    ReplyDelete
  19. i dont know why, nasi ayam penyet kurang menjadi pilihan. but memang nak cuba, dulu duduk kuching sarawak pun still jugak tak makan-makan. tak baik tak try kan.. mana tahu jatuh cinta plak. so nampaknya have to try jugak la ni

    ReplyDelete
  20. Nasi ayam penyet ni kalau smbal sedap..memag ump terangkat la

    ReplyDelete

Post a Comment

Post a Comment

Previous Post Next Post