Comel je packaging |
Assalamualaikum. Hello korang! Kali ini syira nak kongsi dengan korang produk Argania Baby. Mesti hairan kan syira asyik review barangan bayi ja kan? Of course la, demi anak syira sentiasa nak yang terbaik untuk Medina. Set ini berbaloi sangat sebab terdiri daripada Top to Toe Cleanser, Natural Soothing Moisturiser, dan Natural Irritable Skin Cream. Mari syira share step by step penggunaan produk Argania Baby dekat korang especially mummies!
Kenapa perlu pilih Argania Baby?
Sebab produk Argania Baby ni sangat sesuai bagi penjagaan semua jenis kulit bayi termasuk orang dewasa. Produk produk Argania Baby juga diperkaya dengan bahan semula jadi. Terutamanya prebiotik.
Haaa.. tak perlu was-was okay mummies. Kalau korang nak tau barangan Argania Baby juga bebas paraffin, paraben dan phenoxyethanol.
Haaa.. tak perlu was-was okay mummies. Kalau korang nak tau barangan Argania Baby juga bebas paraffin, paraben dan phenoxyethanol.
Langkah Pertama
Top to Toe Cleanser
Bertindak sebagai pembersih daripada atas kepala sehingga bawah ini syira dah gunakan hampir seminggu dekat medina. Wanginya ya ampun. Tekstur yang lembut di kulit. Kulit medina lebih lembut dan kekal lembap. Top to Toe Cleanser ini boleh digunakan setiap hari. Jangan kata medina ja guna, ibu pun tumpang sekaki ye sebab boleh ja digunakan untuk orang dewasa. Paling best sebab mampu merawat masalah kulit sensitif seperti ruam lampin, ruam panas, ekzema dan sebagainya. Medina ni ada la jugak kadang jadi ruam sebab cuaca panas. Jadi tak perlu risau dengan adanya Top to Toe Cleanser.
Cara menggunakan Top to Toe Cleanser
Basahkan rambut bayi anda. Letakkan baby bath di tangan dan gosok dengan sedikit air. Sapu dan gosokkan baby bath ke seluruh badan bayi dan bilaskan sehingga bersih
Langkah Kedua
Natural Soothing Moisturiser
Selepas mandi, syira akan pakaikan Natural Soothing Moisturiser dekat medina. Natural Soothing Moisturiser ni syira sapukan dan urutkan di badan medina supaya medina terasa lebih selesa dan dapat mengekalkan kelembapan kulit. Tekstur Natural Soothing Moisturiser ini senang meresap ke dalam kulit dan tidak berminyak. Just in case Medina kena gigit serangga pun boleh sapu Natural Soothing Moisturiser ni sebab dapat mengurangkan kemerahan dan menenangkan kulit. Bukan takat anak boleh guna, ibu medina pun boleh guna juga Natural Soothing Moisturiser ni. Syok weh. Must try! Boleh digunakan untuk harian dan bila-bila masa sahaja.
Cara menggunakan Natural Soothing Moisturiser
Sapukan nipis mengikut keperluan. Bila-bila pun boleh gunakan.
Langkah Ketiga
Natural Irritable Skin Cream
Natural Irritable Skin Cream ini syira gunakan setiap malam untuk medina. Bertindak untuk kekalkan kulit hidrasi, lembap dan selesa. Sebelum tidur, syira sapukan Natural Irritable Skin Cream dulu supaya medina selesa tidur. Medina ni selalu sangat kena gigit dengan nyamuk, jadi sesuai sangat kalau gunakan Natural Irritable Skin Cream untuk kurangkan kegatalan. Selain itu, Natural Irritable Skin Cream juga boleh merawat masalah ruam lampin. Ibu pun boleh guna Natural Irritable Skin Cream ni kalau rasa kulit agak kasar.
Cara menggunakan Natural Irritable Skin Cream
Sapukan baby cream di bahagian yang bermasalah. Boleh juga digunakan untuk harian.
Sekiranya korang berminat untuk mencuba produk Argania Baby ini, korang boleh dapatkan di maklumat berikut:
Jangan lupa shopping!!
Post a Comment