Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, dan Procter & Gamble (NYSE: PG), sebuah syarikat barangan pengguna bergerak pantas (FMCG), mencapai prestasi kukuh untuk inisiatif atas talian berpengalaman mereka yang pertama, Show Me My Home. Inisiatif ini mencatatkan peningkatan pesanan lebih daripada 15x pada hari puncak, dan ini merupakan pengaktifan utama di bawah Rancangan Perniagaan Bersama atau Joint Business Plan (JBP) serantau yang ditandatangani baru-baru ini antara Shopee dan P&G. JBP menandakan komitmen bersama antara Shopee dan P&G bagi menambah baik pengalaman membeli-belah atas talian untuk pengguna di seluruh rantau ini, dan bagi menyediakan akses mudah kepada produk FMCG yang berkualiti di Shopee.
Chris Feng, Ketua Pegawai Eksekutif di Shopee, berkata, “Ketika kita berubah kepada kebiasaan baharu, e-dagang menjadi lebih penting dalam kehidupan orang ramai. Pengguna semakin kerap berada atas talian untuk memenuhi keperluan harian mereka, dan adalah penting bagi perniagaan untuk terus bersifat tangkas dan cepat menyesuaikan diri. Kejayaan debut atas talian bagi inisiatif Show Me My Home P&G di Shopee adalah bukti untuk perkara tersebut. Dengan menggabungkan portfolio jenama FMCG terkemuka P&G dan kepakaran Shopee mengenai tingkah laku dan pilihan pembeli atas talian, ini membolehkan kami memberikan pengalaman membeli-belah atas talian dari rumah yang baharu dan bersifat berpengalaman untuk pengguna di seluruh rantau ini. Kejayaan ini telah memberi inspirasi kepada kami untuk terus berinovasi bagi memberikan yang terbaik untuk pengguna kami, dan kami berasa teruja dapat bekerjasama secara rapat dengan P&G.”
Pembeli dapat menikmati lebih kemudahan dengan Show Me My Home
Inisiatif Show Me My Home pada mulanya ialah konsep luar talian yang diterima dengan baik di kalangan pengguna dan peruncit. Dengan visi bersama untuk berkhidmat kepada pengguna digital di rantau ini yang semakin celik, P&G memanfaatkan kepakaran teknologi dan pengetahuan Shopee mengenai pembeli atas talian untuk mengoptimumkan dan meningkatkan pengalaman atas talian. Melalui kerjasama ini, P&G dan Shopee berjaya melaksanakan Show Me My Home versi atas talian, mencatatkan peningkatan pesanan lebih daripada 15x pada hari puncak. Inisiatif Show Me My Home menawarkan lebih kemudahan kerana pembeli boleh mendapatkan apa yang mereka perlukan dengan mudah kerana laman mikro mensimulasikan persekitaran rumah. Cara membeli-belah atas talian yang baharu ini berjaya menarik perhatian pembeli dengan peningkatan keseluruhan bagi trafik untuk P&G.
Memupuk hubungan yang bermakna dengan ciri yang menggalakkan penglibatan pengguna dalam aplikasi Shopee
Memandangkan orang ramai menghabiskan lebih banyak masa atas talian, jenama-jenama juga semakin mencari cara baharu untuk berinteraksi dan mendekati pengguna mereka. Sebagai sebahagian daripada inisiatif Show Me My Home, P&G memanfaatkan ciri yang menggalakkan penglibatan pengguna yang terdapat di Shopee demi menjalin hubungan yang lebih mendalam dan bermakna dengan pengguna mereka.
● Shopee Live: P&G meneroka Shopee Live untuk mendekati pengguna dengan siri penstriman langsung khas yang menampilkan selebriti tempatan popular. Bintang-bintang ternama, termasuk Yuna, Iman Azman dan Preston Kaw berkongsi dengan peminat dan pengguna Shopee mengenai produk P&G kegemaran mereka, serta memberikan tips mengenai cara menggunakannya.
● Shopee Throw: Pengguna mengunjungi Shopee setiap hari untuk bermain Shopee Throw, permainan dalam aplikasi di mana pengguna boleh memenangi baucar dan hadiah eksklusif P&G dengan melemparkan anak panah ke sasaran di aplikasi Shopee. Permainan ini dimainkan lebih daripada 600,000 kali dalam masa 5 hari, menawarkan hiburan dan nilai tambahan kepada pengguna semasa mereka membeli jenama P&G kegemaran mereka.
Show Me My Home menandakan inisiatif pertama di bawah JBP serantau yang ditandatangani baru-baru ini antara Shopee dan P&G. JBP ini bertujuan untuk memberi layanan dan menarik hati pembeli atas talian dengan lebih baik di rantau ini dengan menyediakan akses lancar kepada pelbagai jenama dan produk terkemuka P&G. Perjanjian ini akan menyaksikan P&G memperluas tawaran portfolio pelbagai jenama di Shopee dan memanfaatkan keupayaan analisis data besar Shopee bagi menyediakan perjalanan pelanggan yang diperibadikan melalui pemasaran yang tepat. Sebagai tambahan, P&G akan memanfaatkan Shopee Brands Suite, sebuah set alat sokongan yang komprehensif, seperti Shopee Live, demi membantu rakan jenama menjangkau dan berhubung dengan pengguna secara lebih baik.
“Di P&G, kami terus berusaha mencuba cara baharu untuk memperibadikan dan mendekati pengguna kami di luar talian mahupun atas talian. Hasil memberangsangkan yang kami capai daripada kempen ini membuktikan kerjasama dengan Shopee sangat berjaya kerana kami mampu berinteraksi bersama pengguna dengan lebih bermakna di platform digital. Kami berharap dapat berkembang dengan pelanggan ketika kami bekerjasama secara rapat dengan Shopee untuk melaksanakan inovasi masa hadapan secara atas talian, berkhidmat kepada lebih banyak lokasi dan menambah nilai kepada transaksi digital," tambah Shankar Viswanathan, Naib Presiden, E-Dagang, Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika.
Dengan kejayaan inisiatif Show Me My Home, P&G dan Shopee akan membawanya kembali pada 15 Jun 2020, dengan sekali lagi menampilkan tawaran dan promosi eksklusif daripada jenama P&G popular termasuk Olay, Pantene, dan Ambi Pur.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, layari https://shopee.com.my/universal-link/m/pg-mid-year-sale
Rancak ai shopping kat Shopee since PKP. Btw ai baru follow blog syiera.
ReplyDeletePost a Comment