Beroperasi sejak 30 tahun yang lalu, Kedai Ayamas sememangnya tidak asing lagi daripada ingatan masyarakat kita. Ramai yang pasti mengingati akan kesedapan ayam panggangnya bukan? Sejujurnya, sudah agak lama syira tidak menikmati hidangan ayam panggang di Kedai Ayamas. Kalau dulu semasa kecil, syira pernah merasai hidangan ayam panggang di Kedai Ayamas bersama seisi keluarga. Mengimbau kenangan sangat sebab dulu makan bersama arwah ayah, jadinya ia merupakan salah satu memori manis bagi syira.
Sebelum syira bercerita dengan lebih lanjut, mari syira kongsikan latar belakang Kedai Ayamas. Kedai Ayamas adalah kedai berkonsep moden yang menjual produk-produk berasaskan ayam dan dikendalikan oleh Ayamas Shoppe Sdn Bhd, anak syarikat KARA Holding Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat milik penuh Johor Corporation. Merupakan kedai pertama yang memperkenalkan konsep penjualan ayam segar Halal dan juga produk sejuk beku lain seperti sosej, burger dan banyak lagi.
Kedai Ayamas menerapkan 3H aspek utama iaitu, “Healthy, Hygenic and Halal” yang kini terdapat 61 cawangan Kedai Ayamas di seluruh Malaysia. Terdiri daripada 33 buah kedai yang diuruskan oleh Ayamas Shoppe Sdn Bhd dan juga 28 buah kedai yang dikendalikan oleh pemegang lesen di bawah program Perlesenan Kedai Ayamas.
Berikut merupakan konsep Kedai Ayamas:
i. Kedai - menjual makanan yang dimasak, ayam mentah, pelbagai makanan sejuk beku dan menyediakan ruang untuk makan yang terhad. Fokus pada bawa pulang.
ii. Kios - menjual makanan yang dimasak dan menu adalah terhad. Lebih fokus pada bawa pulang.
iii. Restoran - menjual makanan yang dimasak dan pilihan menu yang lebih banyak. Tetapi tidak menjual ayam mentah dan makanan sejuk beku. Menyediakan ruang yang luas untuk makan di restoren.
Tarikan Menu Utama Ayam Panggang Kedai Ayamas
Terdapat tiga jenis ayam panggang yang dihidangkan di Kedai Ayamas iaitu Golden, Percik dan Pepper. Semua ayam yang dihidangkan dipanggang terus daripada kedai supaya makanan dapat dinikmati panas-panas oleh pelanggan. Masa sampai tu, syira dah terpegun dengan sajian ayam panggang ini. Rambang juga la mata nak memilih yang mana satu. Hihi
Setiap ayam panggang dihasilkan mengikut perapan yang berbeza yang mana sesuai dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Berikut adalah tiga jenis ayam panggang yang tersedia di Kedai Ayamas:
i. Golden- rasa asli ayam panggang dengan rasa manis madu
ii. Pepper- diperap dengan lada hitam terbaik dan segar untuk memberikan rasa pedas-pedas yang menyengat
iii. Percik- Dipanggang dengan sos percik tradisional yang kaya dengan perapan santan, serai, halia dan menjadi kegemaran masa kerana rasa aromatiknya yang unik.
Menikmati Ayam Panggang Di Kedai Ayamas, Sungai Petani, Kedah
Pada 16 Oktober yang lalu, syira sempat mengunjungi cawangan Kedai Ayamas yang terletak di Taman Tunku Haminah, Sungai Petani. Sebenarnya agak sudah lama syira tidak menikmati makanan di Kedai Ayamas. So, syira berkesempatan meluangkan masa bersama keluarga minggu lalu di sana. Hidangan yang syira makan pada hari itu adalah ayam panggang (golden dan percik), spaghetti carbonara, roti hotdog, ayam goreng, set nasi ayam dan juga pastry. Amboi kemain banyak menu yang kami makan pada hari tersebut.
Hidangan yang disediakan semuanya sedap-sedap belaka. Syira sangat sukakan ayam panggang percik kerana rasa yang cukup sedap dan disaluti perapan sos percik yang sempurna. Kalau makan ayam itu sahaja pun dah sedap, apatah lagi jika makan bersama nasi panas. Husband syira pula menikmati set nasi ayam panggang. Husband syira cakap gabungan nasi dengan ayam panggang sangat ngam. Tambahan pula, sup dan juga sos juga sedap. Sesuai juga dimakan oleh kanak-kanak.
Bagi penggemar makanan Itali, kalian jangan terlepas merasa keenakan spaghetti carbonara yang berkrim dan cheesy. Serius, syira terpegun dengan kesedapan kuah carbonara Kedai Ayamas. Portion banyak dan agak mengenyangkan. Rugi kalian tak cuba tau. Kedai Ayamas yang syira kunjungi ini sangat selesa, bersih serta sesuai dikunjungi oleh seisi keluarga dan juga mengamalkan SOP (Standard Operating Procedure) di mana kalian tak perlu risau dalam penjarakan sosial. Staff pun friendly semuanya.
Untuk pengetahuan kalian, Kedai Ayamas juga ada mengeluarkan produk “ready-to-eat” seiring dengan slogannya “More Than Just Chicken”. syira sangat tertarik dengan makanan “ready-to-eat” yang tersedia di Kedai Ayamas ini seperti Nasi Briyani Bukhara Ayam, Nasi Ayam Bulgogi, Nasi Kari Hijau Ayam Thai serta pelbagai jenis produk-produk berkaitan seperti rempah ratus, sos dan pelbagai jenis minuman.
Selain daripada itu, terdapat hidangan lain seperti:
i. Pasta/ western
ii. Kari laksa
iii. Menu kanak-kanak
iv. Snackers
v. Ayam mentah & produk sejuk beku
Jangan Terlepas Promosi “Thursday Special” Kedai Ayamas
Untuk pengetahuan kalian pada 15th dan juga 30th Kedai Ayamas menawarkan diskaun ayam panggang dengan harga lebih berpatutan serta terdapat juga promosi sepanjang hari iaitu set jimat seperti nasi ayam dan air mineral pada harga RM10.90 sahaja. Wow berbaloinya promosi ni.
Sekiranya kalian tidak dapat untuk walk in ke Kedai Ayamas, kalian jangan risau. Order je dengan Grab Food dan juga Food Panda. Abang-abang rider ni sedia berkhidmat untuk kalian. Hihi. Oh ya, terdapat perkhidmatan lain yang disediakan oleh Kedai Ayamas iaitu:
i. Penjualan secara borong
Boleh menghubungi di talian berikut untuk maklumat lanjut berkaitan belian secara borong. Tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.
Mr Hisham-+60 19-323 0478
Mr Ricky- +60 12-387 4133
Mr Ganesh- +60 19-371 5121
Mr Khairudin - +60 19-277 1785
Puan Khadijah - +60 19-661 6159
ii. Francais
Kalian boleh hubungi di talian untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perniagaan Francais Kedai Ayamas
Mr Iswazi - +60 19-267 6200
Mr Zulhilmi - +60 13-393 2465
Sekiranya kalian mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin menempah meja boleh klik di pautan berikut:
Facebook: https://www.facebook.com/AyamasRoasters/?fref=ts
Instagram: https://www.instagram.com/kedai_ayamas/
Youtube: https://www.youtube.com/channel/UCyNzZTe0SFKIm6OM7ghHnug
#kedaiayamas #ayamasroasters #bringbackmemories #makansamasama
Makin banyak produk Ayamas ni kan. Kedai Ayamas dekat tempat Marsha baru buka. Nanti boleh tengokkan makanan frozen. Macam sedap sedap je menu dia.
ReplyDeleteDah lama cx tak makan ayamas dan bukan selalu juga cx dapat makan. Tapi ayamas memang sedap. Perapan dia pelbagai dan ayam lembut sedap makan panas². Baru cx tahu ada dishes lain. Haahhaah aduhai
ReplyDeleteBanyak kenangan dengan Ayamas nie sebab Rawlins sampai Semenanjung masa awal-awal belajar dulu, Ayamas nie popular. Itu la juadah berbuka bila time dapat duit biasiswa haha
ReplyDeleteI also bought chicken from Kedai Ayamas for my family this CMCO. delicious but I wish they reduce price like last time
ReplyDeleteSisyat belum pernah lagi makan kat kedai ayamas. Menu2 tu pun belum cuba lagi. Nampak sedap. Selama ni cuma beli apa saja brand ayamas n masak sendiri kat rumah 😊
ReplyDeleteEh dah lama tak nampak kedai makan ayamas. Ni rasa macam nak kena pegi cari esok ni hehe.
ReplyDeleteRestoran Ayamas dekat jer ngan rumah kak Nina. Memang pilihan sekeluarga terutama bila ada tetamu datang. Menu paling cepat untuk tetamu, kak nina akan take away jer ayam panggang. Mudah dan confirm sedap!
ReplyDeletebagus ada tempat mcm ni.. nak makan dan beli barang pun ada sekali.. dulu saya ada juga ke kedai Ayammas ni di tempat saya.. tapi sekarang dah lama tak ke sana. tak tahu masih buka ke tak kedai tu..
ReplyDeleteBest tau ayam percik and bbq chicken from ayamas, i selalu tapau back home.
ReplyDeleteThey are over of my father's customer back in the time in Penang and dad always bring me to go have dinner there when he was there to check the work. I miss my dad so much and if course the juicy yummy chicken there ..
ReplyDeleteaida membesar dgn produk ayamas ni. dulu kala ayam panggangnya murah je. pastu, kedai ayamas ni dari rumah, jalan kaki je :) hmmmm... selalu la makan. masa tu ada sejenis je, yg golden tu.
ReplyDeletenow, masih lagi aida jadi pelanggan tetap ayamas. beli ayam mentah size M nyer :) sesekali beli set nasi ayam utk anak-anak. tapaw balik sekolah. sedap sgt! recommended. other than that, produk frozen ayaman memang jadik pilihan aida. always.
Semalam malam baru aje beli order FoodPanda hahaha.. beli whole chicken Percik, makan memalam meratah aje Sis.. hehehehe
ReplyDeleteEna suka beli frozen. Mmg puas hati kesedapannya. Tgk spageti carbonara tu portion die mmg nampak mengenyangkan. Favourite tu
ReplyDeleteSedapnya.. Lama betul tk pergi ayamas.. Dulu kecik2 mak ayah rajin bwak. Anak ekne pergi rasa balik ayam dia macam mana. Sedpa tengok.. Ade menu lain erk..bagus sangt
ReplyDeleteProduk Ayamas ni memang terbaik dari yang terbaik. Suka sangat dengan semua produk dia. Lagi2 nugget hehe kalau beli tu sekejap je la abisnya
ReplyDeletebiasa beli produk ayam mas di pasaraya je. x pernah singgah masuk ke dalam kedai ayam mas sendiri. teringin jugak.
ReplyDeleteAi jarang sangat makan kat ayamas. Tapi selalu beli bawa balik rumah. Golden chicken dia sedap.
ReplyDeletePost a Comment