Solekan Harian Ringkas Dan Natural Dengan CC Cream Yang Tak Berminyak Dan Tahan Lama - Hansaegee Nature


Sejak PKP lagi, boleh dibilang dengan jari berapa kali je syira mengenakan solekan. Bukan malas tapi nak cepat. Cukup sekadar memakai foundation dan juga lipstick. Selain daripada itu, disebabkan kita diwajibkan untuk memakai topeng muka ketika berada di tempat awam juga menjadi salah satu faktor syira jarang memakai solekan. Tapi lama-kelamaan teringin pula nak bersolek tapi.. nak tampil ringkas, tak mau terlalu tebal solekannya.

Oleh itu, syira pun buat pencarian sikit mengenai CC Cream yang bersesuaian dengan syira. Sekali terjumpa artikel mengenai Gold Nano CC Cream daripada Hansaegee Nature. Sebelum ini, syira pernah menggunakan produk Hansaegee Nature iaitu Aqua Whitening Cream. So, memang trusted la jenama ini sebab dah biasa guna.

Apakah Gold Nano CC Cream?

Tekstur CC cream adalah lebih ringan dan halus daripada BB cream di mana berfungsi sebagai color corrector yang mampu menyamakan tona kulit pengguna. Bukan sahaja melindungi kulit daripada sinaran UV, CC cream juga mampu mengurangkan masalah kulit seperti kulit kusam, tona tak sekata, dan sebagainya. Sehubungan itu, syira memilih untuk menggunakan Gold Nano CC Cream.


Kandungan Gold Nano CC Cream

Gold Nano CC Cream mengandungi tiga bahan utama iaitu:
i) Mineral Water - mengimbangi PH level dan menganjalkan kulit
ii) Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract - melegakan iritasi kulit, anti bakteria dan juga merawatkan masalah kulit
iii) Nano Gold - melambatkan penuaan, menghalang radiasi infrared dan kandungan antioksidan tinggi



Keistimewaan Gold Nano CC Cream
- Mempunyai perlindungan sinaran UV SPF50 PA+++
- Digunakan sebagai make up base / primer
- Bertindak sebagai color corrector
- Melambatkan penuaan dan anjalkan kulit
- Melembapkan dan melembutkan kulit
- Kulit tampak glowing
- Mencerahkan kulit

Wow banyak kan kelebihan Gold Nano CC Cream. Sebab tulah syira teruja sangat nak guna. Dah genap seminggu syira menggunakan Gold Nano CC Cream. Tambahan pula, Gold Nano CC Cream ini produk yang selamat digunakan oleh semua jenis kulit kerana bebas daripada bahan terlarang seperti paraben, sulfate dan alkohol.

Apa yang syira suka sangat dengan Gold Nano CC Cream ni tekstur krim tidak berminyak dan melekit. Sesetengah krim agak melekit dan tak selesa bila apply dekat kulit. Bila apply je Gold Nano CC cream dekat kulit, terasa ringan dan lembap je. Nak pakai hari-hari pun best ja. Lagipun CC Cream ni cepat meresap ke dalam kulit.



Selain daripada itu, syira nak puji sikit packaging Gold Nano CC Cream ni sebab cantik dan eksklusif. Penutup botol Gold Nano CC Cream juga jenis twist-lock di mana sangat secure dan tidak mengotorkan beg. Lagi pula, sebagai seorang ibu sangat bagus la sebab medina pun tak mudah nak buka penutupnya yang ketat. Saiz Gold Nano CC Cream ini juga travel friendly. Senang nak bawa ke mana-mana dan pakai bila-bila masa yang diperlukan.


Cara Menggunakan Gold Nano CC Cream

Caranya mudah je. Apply Gold Nano CC Cream menggunakan tangan atau jari tanpa perlu berus di kulit muka. Blend rata ke seluruh wajah supaya dapat menyamakan tona warna kulit anda. Tekstur Gold Nano CC Cream ni best sangat sebab tak oily, tak melekit dan ringan di kulit muka. Ni haa.. syira test guna dekat tangan.


Pengalaman Menggunakan Gold Nano CC Cream

Apa yang best sangat pasal Gold Nano CC Cream ini? Warna asal Gold Nano CC Cream ini adalah putih. Akan tetapi setelah apply Gold Nano CC Cream, akan muncul bintik coklat. Selepas syira blend in Gold Nano CC Cream pada kulit, krim ini akan berubah mengikut tona warna kulit syira. Wow interesting right?


Tak payah nak pening kepala nak pakai solekan tebal sebab Gold Nano CC Cream merupakan "all in one day cream". Kulit syira tampak lebih natural tanpa perlu memakai solekan yang tebal. Barulah confident nak keluar macam ni. Just apply Gold Nano CC Cream dan lipstick je.

Kalau kalian nak gunakan sebagai primer pun boleh, just add on foundation sahaja selepas menggunakan Gold Nano CC Cream. Tapi syira jadikan daily use sebab nak cepat dan mahu kelihatan natural ja setiap hari. Biasalah mak-mak sememangnya kena pantas ja tambahan pula mempunyai anak kecil. Hehe

Apa yang syira perasan Gold Nano CC Cream waterproof dan tampak lebih glowing ketika kita berpeluh. Muka tidak bercapuk pun sekiranya syira berpeluh. Ini yang best pasal Gold Nano CC Cream ni, tahan peluh! Kulit pun smooth ja. Syira jatuh cinta betul.


Yang paling best, eyeshadow nampak lebih pigmented dan cantik je. Seriussss! Sebab syira dah uji dekat kulit syira. Memang betul. Make up syira pun lebih bertahan lama. Kalau tak smudge sana sini. Yelaaa kalau dah bercampur dengan peluh sebelum ni, memang akan bercapuk. Tak menyesal guna Gold Nano CC Cream.



So my verdict? Of course akan repeat purchase lagi lepas ni. Kulit syira tampak cerah secara natural dan smooth ja hari-hari guna. Solekan pun lebih tahan lama dan tak bercapuk. Kalau kalian yang tak suka make up atau make up tebal memang recommended sangat cuba Gold Nano CC Cream ni. Confirm jatuh hati.

Untuk sebarang order online boleh purchase dekat link yang syira sediakan di bawah ini sebab semua produk Hansaegee Nature hanya boleh didapati di pasaran online sahaja. So, happy shopping!

Brand: Hansaegee Nature
Website: www.hansaegee.com/shop
IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia


4 Comments

Post a Comment

Post a Comment

Previous Post Next Post