Salam. Mungkin ada yang tak tau sepanjang berpantang anak kedua ni, syira berpantang di hospital. Jadi, persiapan berpantang tu ala kadar ja. Berbekalkan dengan stokin yang husband bagi, syira habiskan sisa-sisa hari berpantang sampai la hari ke 43 berpantang, syira dibenarkan pulang ke rumah.
Bila dah balik rumah, barulah pantang betul-betul. Salah satu bab pemakanan la. Mak syira paling strict bab ni. Hehe biasalah orang tua kan ada pantang larangnya. Selain tu, syira menggunakan Nano Bamboo Postnatal Recovery & Support Belly Band - Bengkung Corset sepanjang recovery process ni. Jom syira share pasal ni.
Memudahkan Ibu Czer Berbengkung!
Untuk pengetahuan semua, syira bersalin secara czer. Jadi memula tu risau la jugak nak pakai bengkung disebabkan luka czer kan. Dah habis 45 hari, barulah berani nak berbengkung. Syira suka sangat Mamaway Postnatal Belly Band ni sebab senang sangat nak pakai. Tak perlu nak ikat bagai macam sesetengah bengkung yang lain. Boleh digunakan bagi ibu yang bersalin normal dan czer.
Just tempek kiri kanan dah siap. Mudah sangat. Lagi pula selesa dan tak mengganggu luka czer. Material Nano Bamboo Postnatal Recovery & Support Belly Band - Bengkung Corset adalah natural bamboo charcoal yang mana sangat selesa dipakai walaupun kita berpeluh. Mempunyai far infrared ray yang juga dapat membantu peredaran darah dalam badan juga antibakteria.
Nano Bamboo Postnatal Recovery & Support Belly Band - Bengkung Corset juga berfungsi untuk menyokong perut, rahim dan pelvis sepanjang syira menggunakannya. Bagus kan sebab bila bersalin ni banyak otot yang dah kendur dan jatuh. Jadi dengan Mamaway Postnatal Belly Band dapat memulihkan otot tertentu kembali pulih dan lebih anjal.
Apa yang best pasal Nano Bamboo Postnatal Recovery & Support Belly Band - Bengkung Corset ni senang nak adjust mengikut keselesaan. Syira pakai tidak la ketat sangat, agak-agak selesa dengan perut. Dengan velcro adjustable senang ja nak laras mengikut keselesaan ibu-ibu berpantang.
Bila dah pakai Nano Bamboo Postnatal Recovery & Support Belly Band - Bengkung Corset, apa yang syira boleh katakan sangat selesa dan sangat membantu syira dalam recovery process. Tak sabar nak ramping hehehe ibu-ibu yang rasa ada lemak berlebihan tu boleh la try guna. Confirm lepas ni ramping semula. Selamat mencuba!
Maklumat lanjut:
Purchase link: https://bit.ly/3BjcERb
Official Website: https://my.mamaway.com/
Post a Comment