Tak mudah wanita untuk berdiri tegak dan teguh jika tak pernah lalui kesusahan. Susah susah dahulu, senang senang kemudian. Mencari rezeki memerlukan pengorbanan.
Tidak dinafikan, wanita mempunyai tanggungjawab besar dalam keluarga dan rumah tangga. Bermulanya wanita sebagai usahawan pasti ada tanggungjawab yang lebih besar dipikul dibelakangnya.
Ramai kata, wanita adalah seorang multitasking. Boleh buat pelbagai kerja dengan mudah dan fokus. Tetapi percayalah, sehebat mana pun wanita, dalam dunia bisnes tanpa ilmu kita tak boleh terus pergi jauh.
Ilmu Bisnes Dari RichWorks International
RichWorks salah satu syarikat keusahawanan yang dalam status tahap berjaya peringkat level no 1 di Malaysia dalam bidang pemasaran dan keusahawanan.
Buktinya, RichWorks telah berjaya membantu seramai 650,000 usahawan dengan program Percuma pada tahun 2021. Ramai usahawan Malaysia mengenali Richworks kerana mengikuti program Percuma dan live yang mereka anjurkan.
Program ini diadakan untuk mengajar ilmu asas dan peringkat lebih tinggi berkaitan sesebuah bisnes.
Siapa Di Sebalik Richworks International
Seorang insan bernama Azizan Osman ini telah banyak diperkatakan seluruh Malaysia. Usahanya terbukti apabila Richworks ditubuhkan. Jika dahulu Datuk Wira Dr Azizan Osman berjuang usaha secara individu, kini Richworks mempunyai ramai staff, ahli kumpulan malah telah membantu ratusan ribu usahawan.
Ratusan usahawan telah berjaya mencapai jumlah jualan lebih dari 1 juta. Rata-rata usahawan jutawan yang dilahirkan Di Richworks adalah wanita. Dari surirumah kini jadi jutawan Richworks. Ramai Wanita dari surirumah dapat bina bisnes berjaya selepas dibimbing oleh RichWorks.
Petikan Perkongsian Dari Datuk Wira Dr Azizan Osman
Terdapat banyak cabaran bisnes selepas pandemik Dan 2022 Yang usahawan perlu tahu. Antaranya adalah cabaran kenaikan harga barangan Di Malaysia. Menurut sumber berita, 30% sehingga 100% kadar inflasi kenaikan harga barang berlaku.
Datuk Wira Dr Azizan Osman berpendapatan tanpa tindakan luar biasa, bisnes takkan sustain seperti dahulu. Zaman Sekarang banyak cabarannya.
Dr Azizan Kongsikan Pemerhatian Dan Kisah Benar Tentang Bisnes
Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi.
Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini.
Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.
Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup.
Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran.
Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?
Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa.
Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'!
Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini.
Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus.
Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang.
Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum.
Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli.
Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'.
Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi.
Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat?
Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi.
Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan.
Bersama dengan saya Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik
bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini.
Jemputan Program Live Session Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman
Datuk Wira Dan Richworks menjemput para usahawan untuk menyertai sesi live voice chat Di telegram Azizan Osman Official. Melalui program ini, peserta dapat lebih memahami situasi dunia perniagaan Malaysia yang sedang ramai orang rasai sekarang.
Jika anda seorang peniaga atau mungkin baru nak berjinak-jinak dengan dunia orang berniaga, luangkan masa untuk raih ilmu terbaik dari Datuk Wira Dr Azizan Osman sendiri.
Jom sertai sekarang sebelum semua kerusi penuh. Lambat-lambat boleh rugi. Cepat-cepat masuk ke channel telegram RichWorks untuk pelbagai ilmu yang berguna dari hari ke hari.
Post a Comment