Assalamualaikum. Bagaimana dengan persiapan hari raya kalian tahun ini? Rasanya tahun ni baru rasa boleh beraya betul-betul memandangkan kita pun dah memasuki fasa endemik. Walau bagaimana pun, SOP tetap kena jaga okay. Oleh kerana syira memang jenis tak suka membeli baju raya last minute, makanya syira ajak la husband dan mak pergi ke Pusat Pakaian Hari-Hari.
Lokasi Pusat Pakaian Hari- Hari pilihan kami terletak di Taman Batik, Sungai Petani. Tak jauh dari rumah syira. Besar cawangan Pusat Pakaian Hari Hari ni. Ada dua tingkat lagi. Selesa nak memilih baju raya berbanding nak bersesak di bazar aidilfitri. Staf Pusat Pakaian Hari Hari juga friendly dan sedia membantu.
Raya Sakan Dengan Pusat Pakaian Hari Hari
Pilihan baju dan warna juga terbaik, tunggu pilih je yang mana berkenan. Berpeluh weh fitting baju satu-satu. Tak tahu nak pilih yang mana satu. Bagi syira, Pusat Pakaian Hari Hari ni menawarkan pakaian raya yang berbaloi dan berpatutan bersesuaian dengan kualitinya. Kebanyakannya boleh didapati dengan harga bawah RM100. Mampu milik.
Selesai memilih baju raya, syira naik pula ke tingkat atas. Tingkat atas pula terdapat baju basahan harian contohnya track suit, baju kanak-kanak dan sebagainya. Syira pernah membeli baju tidur untuk medina di sini, dah setahun pun masih elok. Kualiti terjamin. Sempat la mak syira beli sehelai blouse. Nak pakai raya katanya.
Berita baik bagi pemegang kad Watsons!
Kalau nak tahu, diskaun sebanyak 10% untuk pemegang kad Watsons tau. Untungnya dapat berjimat. Terdapat juga FREE GIFT bagi pembelian RM100 ke atas free sampul raya dan bagi pembelian RM200 ke atas akan mendapat beg woven Hari Hari percuma! Semua ini bermula 9 April tau! Jangan lepaskan peluang ini sebab kalau membeli secara online juga ada rebat 10%... Bestnya! Jom beli baju raya sekarang! Ada 90 buah cawangan di seluruh Malaysia.
Dah habis shopping. Jom balik |
Check lokasi terdekat di sini www.hari.com.my/locator
Hari-Hari Online Store: www.ehari.com
Cantik gak warna hijau.. harap banyak lagi saiz yang keluar last2 mnute gini.
ReplyDeleteWah tema warna hijau ye. cantik lah..
ReplyDeletePost a Comment