Salam .. ramai tertanya-tanya syira operate apa pulak? Tak sampai setahun takkan dah nak bersalin lagi. Bukan... Bukan.. hahaha! Syira operate buang hempedu. Ada cyst. Macam mana boleh detect? Semuanya kerana covid tahun lepas. Pengalaman covid cat5b pun syira tak kongsikan lagi.
Tapi tak pala, tak semua benda syira dapat kongsikan sebab bagi syira, pengalaman covid tu pengalaman yang menyedihkan. Susah nak lupa dan susah juga nak tuliskan untuk semua pembaca. Anyway, to be clear, syira dapat tau pasal ni semasa buat ultrasound tahun lepas. Kalau tak buat memang sampai sekarang maybe tak tau.
So dari situ syira follow up dengan doktor sampai la decide nak operate tahun ni. Kalau tak operate, doktor cakap nanti lama-lama akan pecah. Demi kesihatan yang lebih baik, kita teruskan je. Lepas ja syira habis consume ubat cairkan darah, baru dapat tarikh pembedahan yang sesuai. Cuma syira cuak sikit sebab diberitahu untuk ditidurkan (intubate) sekali lagi semasa pembedahan.
Kenapa perlu intubate? Disebabkan covid tahun lepas, paru-paru syira dah pernah damage dan agak fragile. Ada yang berparut. Sometimes dekat yang berparut tu oksigen tak sampai sepenuhnya dan semasa pembedahan dijalankan akan dimasukkan gas ke dalam abdomen. Risiko gas tu akan tendang naik ke paru-paru tu ada, makanya itulah risikonya. Kalau oksigen ok, syira akan dicabut terus tiub selepas operasi. Sekiranya oksigen tak ok, syira perlu dipantau di ICU.
6/6/2022
Syira dah siap-siap nak pi hospital. Barang tak bawa banyak sangat pun. Hanya baju untuk discaj dan peralatan mandi serta sudu garfu. Selesai daftar masuk wad di unit hasil, syira naik lift ke wad Kenanga 2. Settle bagi borang dekat nurse, syira kena duduk tepi dulu sebab katil belum ada. Haha
Husband diminta pulang sebab situ wad untuk perempuan. Sedih la juga haha tapi untungnya sekarang dah boleh terima pelawat. So husband boleh la mai melawat pada waktu melawat yang ditetapkan. Dalam 15 minit macam tu barulah dapat katil. Tersorok sikit katil tu sebab wad penuh. Redha jelah. Husband ada tanya nak tukar kelas kedua tak. Syira cakap takpa okay lagi ni.
Sepanjang hari ini, syira tak buat apa sangat sebab esoknya baru operation. Hari ni banyak menjawab soalan bab kesihatan jelah. Syira ditempatkan dalam wad yang semua pesakitnya makcik-makcik haha syira okay ja. Cuma tu la introvert macam syira ni tak boleh nak eye contact dengan orang lain. Yang faham je faham.
Tapi best juga tak la bosan melayan dan dengar cerita makcik-makcik ni. Boleh dikatakan, syira ni antara pesakit yang sihat dan tak ada isu kesihatan seperti kencing manis dll. Punya la bosan, syira jalan satu wad. Haha sampai doktor tegur "u bosan ke ?" Hahahaha.... Sambil-sambil syira tolong makcik-makcik bila depa perlukan apa-apa. Pada malamnya, syira pindah bilik kelas kedua. Rezeki sis. Tak minta pun tapi bila ada kekosongan, nurse bagi je duduk. Sejuk ada aircond hihi alhamdulillah..
Bilik kelas kedua |
7/7/2022
Syira start puasa pukui 2 pagi sebab operation dijadualkan pada 7.30 pagi. Memang sharp depa panggil masuk dewan bedah. Masa masuk dewan bedah tu, kita tak terus masuk untuk dibedah. Syira ditolak ke ruang menunggu untuk ditenangkan. Kat situ ada juga pesakit lain yang tengah tunggu untuk dibedah. Kat situ, syira diperiksa tekanan darah, paras oksigen dan sebagainya.
Doktor juga terangkan sekali lagi pasal intubation tu. Bila semua dah stabil, syira ditolak masuk ke bilik bedah. Sejuk ye sissss... Gigil. Kat dalam bilik bedah tu kena naik katil yang ada lampu besar gedabak atas dia. Haha sekali lagi, syira kena mengeja nama sendiri just to make sure betul ke idok pesakit sekian sekian.
Selepas tu, doktor pakaikan mask yang berisi gas, syira kena sedut gas tu. Dalam pada tu, doktor inform nak masukkan ubat tahan sakit melalui branula, jadi syira akan dimasukkan tiub intubation selepas itu. Bagus doktor perempuan ni.. syira rasa lebih relaks masa tu. Selepas disuruh mengucap kalimah syahadah, syira terus tak tau dah apa jadi. Syira menjalani prosedur laparoscopic cholecystectomy.
Sumber: Google |
Bila sedar, syira dah selesai pembedahan dan berada di ruang pemulihan. Sempat tanya doktor, "saya dekat mana ni?" Hahaha... Maybe sebab kepala pening sangat masa tu. Dan rasa sakit pada abdomen masa tu memang mula terasa. Syira diberikan ubat tahan sakit. Syukur tak perlu intubation. Paras oksigen syira sangat baik semasa operation dijalankan.
Bila dah okay semua, baru ditolak masuk ke wad. Syira dijaga oleh adik ipar malam tu. Kesian adik ipar tidur atas lantai malam tu. Dengan sejuk gedinya. Sabor jelahh.. syira demam sikit malam tu. Tak tinggi sangat suhu. Cuma kerapkan mandi dan minum air.
Masa ni baru lepas bedah. Lali lagi |
8/6/2022
Pagi ni syira dah tak demam lagi. Alhamdulillah.. lega. Tapi tetiba doktor cakap esok baru nak buka plaster. Alaaa baru berangan nak balik hari ni. Oh ya, syira dah start berjalan sejak kelmarin lagi. Penting ye selepas operation perlu bangun dan lakukan exercise ringan supaya tak berlaku pembekuan darah.
Ok sambung balik, dalam pukul 9 pagi macam tu doktor pakar mai round wad. Doktor soal soalan-soalan biasa. Dah makan ke minum. Termasuk dah berak ke kencing. Even kentut pun tanya dah banyak kali ke. Bunyi macam kelakar. Tapi penting untuk depa tau. Lepas tu doktor suruh nurse buka plaster. Eh kata esok baru buka? Hahaha..
Dan doktor pun cakap dah boleh discaj petang ni. Yahuuuuu.. gumbira betul rasa hati. Terus bagitau husband dah boleh balik. Dalam pukul 6 petang macam tu baru siap surat discaj. Jumlah kos? RM84 sahaja. Alhamdulillah.. bersyukur la wahai rakyat Malaysia. Haha
Bulan 8 akan ada follow up balik dengan pakar. Inshaallah semua dah selesai. Syira pun lega dan bersyukur sangat. Ini merupakan kali keempat syira menjalani pembedahan. Setiap kali selesai pembedahan, rasa macam diberikan nyawa baru. Moga kita terus sihat lepas ni. Amin.
kita yang terasa ngilum semoga baik2 saja Syira. semoga diberikaan kesembuhan dengan segera
ReplyDeletesemoga terus sihat okayy....
ReplyDeleteBerapa lama untuk sis, kurang rasa sakit kesan daripada operation tu? Saya hari ni baru hari ke - 3, dahlah, baru 2 bulan lebih czer anak pertama. Doakan saya kuat, sedih, tak dapat nak uruskan anak lagi
ReplyDelete3 minggu dah okay
DeletePost a Comment