Superbytes Energy Cubes - Kiub Tambah Tenaga Terutamanya Ibu Menyusu dan Mengandung

Assalamualaikum. Sejak dijangkiti covid tahun lepas, badan syira selalu lesu dan cepat penat. Disebabkan itu, syira kenalah cari alternatif untuk menambah tenaga supaya kekal sihat. Tengah skrol terjumpa satu posting ni mengenai Superbytes Energy Cubes keluaran Supercube. Kalau nak tau, syira pernah minum produk Supercube iaitu Supercube Molasses Herbs Drink. Jadinya, bila tengok je Superbytes Energy Cubes ni terus tertarik nak mencuba.

Superbytes Energy Cubes ini berbentuk kiub yang mengandungi campuran oat dan kurma. Kandungan lain seperti white malt, oat bran, dates, golden raisin, puree dates, golden syrup dan white chocolate compound. Sememangnya sangat berkhasiat dan premium. Sesuai dijadikan sebagai snek sarapan pagi, petang, malam atau bila-bila masa sahaja. Buka dan kunyah begitu sahaja. Sedap sangat. Medina pun suka.


Keistimewaan Superbytes Energy Cubes
- Memberi tenaga kepada ibu mengandung dan menyusu
-Berfungsi sebagai milk booster dan melancarkan pengaliran susu badan
-Boleh diambil sebagai sarapan ringan dan sesuai untuk yang sibuk bekerja
-100% semulajadi, rendah kalori dan rendah indeks glisemik (GI)
-Perut kenyang lebih lama
-Sesuai diambil untuk anak-anak dan pelajar sekolah
-Grab-and-go snack dan memudahkan rutin workout
-Rasa yang sangat menarik dan lazat.  Makan seperti coklat.
-Senang dibawa dan disimpan.

Ibu-ibu wajib cuba Superbytes Energy Cubes terutamanya ibu menyusu dan mengandung!

Suka syira kongsi di sini Superbytes Energy Cubes ini sangat direkomendasi kepada golongan ibu terutamanya ibu menyusu dan mengandung. Kandungan oat dan kurma sangat bagus dalam meningkatkan penghasilan susu badan. Bukan sahaja menambahkan susu, juga memberi tenaga optimum kepada ibu mengandung. Yela kan bila menyusu ni, kita akan cepat lapar dan lesu. Jadi dengan satu kiub Superbytes Energy Cubes dah boleh kenyang.



Kenapa la masa syira pregnant dulu tak jumpa Superbytes Energy Cubes ni kan. Hahaha inshaallah kalau ada rezeki nanti, semestinya syira akan jadikan Superbytes Energy Cubes ini sebagai snek tenaga harian. Setakat sekarang, syira terasa lebih kenyang bila tiba-tiba lapar. Dalam beg pun wajib simpan sebungkus sebab syira juga ada masalah gastrik. Sekurang-kurangnya syira boleh jadikan sebagai alas perut.

Boleh tak nak bagi puji sikit pasal packaging Superbytes Energy Cubes ni? Syabas kepada yang mencipta packaging Superbytes Energy Cubes ni. Lawa sangat dan sangat user-friendly. Didatangi dengan plastik zip lock. Senang nak bawa ke mana-mana. Setanding dengan khasiat Superbytes Energy Cubes. Kalian kalau nak cuba, boleh la hubungi di pautan di bawah:

0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post