Tips Membeli Rumah Pertama Anda


Memiliki rumah pertama adalah idaman dan juga impian setiap orang. Siapa yang tak nak kan memiliki rumah sendiri. Kalau syira memang teringin sangat sebab tak sabar nak deko rumah. Sejak covid, ramai yang terkesan dengan ekonomi yang tidak menentu. Termasuk juga syira, struggle semasa menghadapi covid.

Tetapi untuk memiliki rumah, kita perlu menitik beratkan beberapa perkara sebelum membeli rumah. Mesti ramai kan yang tak pasti apa perlu buat sebelum membeli rumah? Okay, tak pa mari syira kongsikan kepada pembaca mengenai tips membeli rumah pertama anda. 


Tips Membeli Rumah Pertama Anda

- Tentukan bajet anda

Sebelum membuat keputusan untuk memiliki rumah, perkara penting yang perlu anda tentukan adalah bajet kewangan. Bak kata peribahasa ukur baju di badan sendiri. Kita perlu mengira segala kos yang terlibat sebelum membeli rumah mengikut kemampuan. Tepuk dada tanya selera sama ada kita mampu membayar pinjaman perumahan mengikut kemampuan diri sendiri. Boleh juga membuat pengiraan pendapatan terlebih dahulu.

- Pilih lokasi perumahan yang strategik

Selain kita menentukan bajet, kita juga perlu mengira soal lokasi perumahan yang bakal didiami. Lokasi perumahan haruslah strategik dan selamat untuk didiami. Contohnya, terdapat kemudahan yang baik seperti hospital, sekolah, pasaraya dan sebagainya. Penting juga kita memastikan kawasan perumahan itu tidak terdedah kepada bencana alam contohnya banjir. Yang paling penting lawat terlebih dahulu rumah yang diidamkan sebelum membeli.


- Kawasan Kejiranan, Rangkaian Internet dan Telefon

Bunyi macam remeh kan tapi tersangat lah penting supaya kita boleh mengakses internet tanpa kesulitan. Seperti syira, syira bekerja dari rumah. Jadi sememangnya memerlukan akses internet. Soal kejiranan juga harus dititikberatkan memandangkan kita hidup berjiran, kita perlu memastikan kawasan kejiranan yang selamat.

- Membuat pinjaman perumahan

Selepas selesai berbincang mengenai rumah yang ingin didiami, kita harus membuat pengiraan kos ansuran bulanan yang harus dibayar kepada pihak bank. Setelah itu, barulah buat pinjaman perumahan. Dokumen apa yang diperlukan, jangan risau pihak bank akan bagi panduan kepada korang. 

Setelah selesai membuat pinjaman, korang hanya perlu menunggu keputusan daripada pihak bank. Memang banyak perkara yang perlu dititikberatkan namun korang boleh berunding dengan pakar hartanah sebelum membuat keputusan agar tidak terbeban di kemudian hari. 


0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post