Pelbagai Baju Raya Melayu dan Kurta Sehingga 7XL di Butik Aisy Asyraf By Imam Muda Asyraf


Butik Aisy Asyraf (Bertam)

Assalamualaikum hampa, orang kata beli baju raya awal tak kalut. Haa.. betul sangat la. Syira memang sejenis yang suka buat persiapan raya awal sebab malas nak keluar pada bulan Ramadan. Selain itu, takut juga saiz baju raya habis. Hihi yelakan, dah berkenan di hati tapi saiz pula habis.

So, tahun ini syira teman suami shopping di Butik Aisy Asyraf By Imam Muda Asyraf cawangan Bertam. Sedikit info mengenai nama butik digabung bersempena nama beliau dan juga anaknya, Aisy Raihan. Makanya jadilah Aisy Asyraf. Sedap pula nama ini.


Butik Aisy Asyraf mengetengahkan pelbagai koleksi baju lelaki yang berkonsepkan kotempirari moden dan terkini seiring dengan peredaran masa. Sudah berada di pasaran sejak tahun 2015 dengan 5 buah cawangan butik di Malaysia iaitu Bangi (HQ), Shah Alam, Angsana JB Mall, Bertam dan Bukit Jambul, Pulau Pinang. Yang terbaru di Perda. Hampa jangan tak tau Butik Aisy Asyraf ni juga dibuka di Pattani, Thailand.

Pelbagai Baju Raya Melayu dan Kurta Sehingga 7XL di Butik Aisy Asyraf

Suka syira kongsikan buat pembaca, Butik Aisy Asyraf menyediakan koleksi baju yang direka eksklusif dengan potongan istimewa agar pelanggan merasa selesa dan kemas sepanjang hari. Juga terdapat banyak pilihan warna dan design untuk dipilih. Bukan sesuai dipakai pada hari raya sahaja, juga sesuai digayakan untuk majlis seperti kenduri, makan malam dan banyak lagi.

Rambang mata ye nak pilih. Sebab semua design di Butik Aisy Asyraf ini memang cantik dan menepati citarasa suami syira. Secara peribadi, suami syira merupakan penggemar baju kurta tetapi susah pula nak cari kurta yang sesuai dek kerana kebanyakannya potongan slim fit. Tapi.. di Butik Aisy Asyraf, hampa jangan risau. Baju raya di sini mempunyai potongan regular fit.

Bagi yang mahukan kelainan, boleh cuba Kurta Nabeela dan Nahli


Kurta Lawla RM109

Bukan main seronok lagi suami bila ada baju yang regular fit. Barulah best nak memilih. Banyak pilihan kurta terkini seperti Lawla, Izzi, Nasz, Afgan dan banyak lagi. Jubah dan baju melayu juga ada di sini. Saiz pula bermula dari normal saiz S hingga 3XL. Untuk plus size pula bermula dari 4XL hinggalah 7XL. 

Hampa yang sado-sado ni jangan risau, plussize ada terjual di sini. Tiada batasan untuk bergaya di hari raya. Haa gituu.. Tambahan pula, terdapat 27 pilihan warna yang boleh dipilih. Banyak gila pilihan warna. Senang lah nak matching ikut tema tahun ni.

Untuk baju melayu terdapat dua jenis iaitu Baju Melayu Tilka dan Adika. Bezanya pada kolar sahaja. Tilka direka dengan kolar cekak musang manakala Adika pula teluk belanga. Yang mana satu pilihan hati? Terpulanglah untuk hampa.. kedua-duanya cantik dan berkualiti.

Untuk anak-anak lelaki, jangan pening. Di sini ada juga kurta dan baju melayu untuk kids. Comel betul. Nasib anak perempuan, kalau anak lelaki syira dah beli punya. Hihi. Antara baju kurta kids yang ada adalah Syirazi, Lawla, Jauhari dan sebagainya.

Kurta Nasz RM109



Koleksi kurta kanak-kanak

Untuk suami, beliau memilih Kurta Nasz dan Afgan. Kalau hampa nak tau, duta Aisy Asyraf pada tahun ini ialah Dato' Awie selain Fikry Ibrahhim dan juga Angah Raja Lawak. Berkonsepkan 'Back To Basic' dengan design terkini yang lebih simple tapi bergaya. Semua peringkat umur boleh bergaya dengan rekaan baru seperti Kurta Izzi, Kurta Zayne, Kurta Nasz, dan banyak lagi.

Harga baju melayu dan kurta di Butik Aisy Asyraf secara peribadi sangat berpatutan dan mampu milik. Psstttt.. sekarang tengah promosi raya tau! Contohnya kurta Zuhayu RM69 (harga biasa RM119) manakala kurta Syirazi hanyalah RM79 (harga biasa RM129). Sebenarnya banyak lagi harga promosi, hampa kena walk in sendiri. Memang rambang mata.

Antara promosi Raya

Perfume juga ada dijual

Muka happy dah beli baju raya


Cara pembelian hampa boleh walk in ke Butik Aisy Asyraf cawangan Bertam beralamatkan seperti di bawah. Nak cari Butik Aisy Asyraf ni mudah ja. Landmark terdekat adalah berdekatan dengan pasaraya Sunshine. Tapi... Kalau hampa tak boleh walk in, hampa boleh buat pembelian online di website www.aisyasyraf.com

Selamat berbelanja!


📌Butik Aisy Asyraf (Bertam)
No 7-G, 12, Jalan Dagangan 3, Pusat Bandar Bertam Perdana, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang

Landmark: berdekatan dengan Pasaraya Sunshine

📞017-454 7539

Waktu operasi:
Isnin - Ahad
11pagi hingga 8 malam

Cawangan lain boleh rujuk sini⬇️

Instagram: aisyasyraf_hq

#LejenRaya #LejenRayaAA #LejenkanRayamuBersamaAisyAsyraf
#bajuRayaAA #aisyasyrafraya2023



0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post