AL'ARD Premium Organic Extra Virgin Olive Oil - Pengganti Minyak Lebih Sihat Dan Berkhasiat

 

AL'ARD Premium Organic Extra Virgin Olive Oil 

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Moga kita semua sihat sentiasa. Dalam menjaga kesihatan untuk tahap yang lebih baik, syira mencari alternatif yang bersesuaian untuk kegunaan satu keluarga. Bukan untuk diri sendiri ja, tapi untuk semua.

Kebetulan syira dan suami sedang menjalani pemakanan yang lebih sihat, kami mencari minyak zaitun sebagai pengganti minyak biasa yang digunakan. Baru-baru ni syira google dan terjumpa artikel minyak zaitun iaitu AL'ARD Premium Organic Extra Virgin Olive Oil. Meh syira ceritakan lebih lanjut mengenai minyak zaitun ini.

Mengenai AL'ARD Premium Organic Extra Virgin Olive Oil

AL'ARD Premium Organic Extra Virgin Olive Oil merupakan antara keluaran minyak zaitun yang terbaik di dunia. Dihasilkan dari kota suci Palestine dimana ditanam secara organik mengikut tradisi dan sangat berkualiti tinggi. Untuk pengetahuan kalian, syarikat Al'Ard adalah syarikat pertama yang mendapat pengiktirafan ISO 22000 bagi pembotolan minyak zaitun.

Kandungan acidity juga rendah iaitu kurang daripada 0.5% di mana minyak zaitun yang dihasilkan adalah daripada perahan pertama (cold pressed). Pemilihan buah zaitun juga antara yang terbaik dan diproses pada hari yang sama bagi menjaga kualiti.

Pemakanan Lebih Sihat Dengan AL ARD Premium Organic Extra Virgin Olive Oil

Seperti yang syira maklumkan tadi, syira sedang menjalani pemakanan yang lebih sihat. Syira menggunakan Minyak Zaitun Al’Ard sebagai ganti minyak biasa. Contohnya syira menggunakan sedikit Minyak Zaitun Al’Ard untuk dicampurkan ke dalam salad timun. Menu ni tengah viral, so syira pun teringin nak mencuba. Sedap hangpa, makanan pun jadi lebih beraroma.

Salad timun

Syira gunakan satu sudu AL'ARD Premium Organic Extra Virgin Olive Oil 

Tambahan pula, makanan jadi lebih berkhasiat sebab minyak zaitun kan kaya dengan lemak tidak tepu atau bahasa mudahnya lemak sihat seperti mana yang disebut di dalam Al-Quran. Minyak zaitun juga dapat mengurangkan paras kolestrol dan mengurangkan berat badan.

Disebabkan itu juga syira menggunakan AL'ARD Premium Organic Extra Virgin Olive Oil sebagai alternatif pemakanan sihat. Syira boleh dikatakan sering sakit badan setiap kali datang bulan. Info yang diterima, minyak zaitun sangat bagus untuk sakit sendi dan keradangan. Jadinya syira amalkan setiap pagi. Alhamdulillah masalah sakit badan berkurangan.

Manfaat lain AL'ARD Premium Organic Extra Virgin Olive Oil

- Mengurangkan risiko strok atau sakit jantung
- Membantu pencernaan dan gastrik
- Mengurangkan risiko Alzheimer’s
- Mampu membunuh sel kanser
- Mencegah kanser kulit
- Kurangkan risiko kanser payudara
- Mencegah osteoporosis
- Mengurangkan risiko diabetes
- Mengurangkan masalah obesiti

Selain Minyak Zaitun, Al'Ard juga mengeluarkan produk berkualiti seperti AL'ARD Nabulsi Olive Oil Soap. Kalau nak tau, sabun ini merupakan Sabun Minyak Zaitun 100% Extra Virgin.  Hasil pembuatan tangan 100% oleh koperasi wanita Palestin di sekitar Nalbusi. Sabun Nabulsi olive oil mengandungi pelbagai khasiat antioxidant termasuklah vitamin A dan E.

Sabun Nabulsi Olive Oil

Untuk pengetahuan kalian, sabun Nabulsi olive oil membantu melembabkan kulit dan melambatkan proses penuaan.  Menariknya formula sabun ini adalah yang tertua di dunia semenjak zaman Levant lagi. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur daripada dewasa dan kanak-kanak.  Nak guna sebagai syampu rambut pun boleh!

Yang paling penting bebas daripada bahan terlarang seperti parabens, SLS & SLES, pengawet, dan juga pewarna serta pewangi tiruan. Barulah yakin selamat digunakan lebih-lebih lagi untuk kanak-kanak.

Sekiranya berminat untuk mencuba atau menempah, boleh klik di pautan ini http://alardproducts.my/ dan juga http://alard.my/. Selamat mencuba.

3 Comments

  1. Betul minyak zaitun antara terbaik

    ReplyDelete
  2. Wah menarik betul perkongsian mengenai minyak Zaitun ni .. Banyak betul khasiat minyak zaitun al ard ni ya ..

    ReplyDelete

Post a Comment

Post a Comment

Previous Post Next Post