Cuka Kurma Ajwa OXYMEL KHAL In-Sãnivir - Pilihan Alternatif Sekeluarga


Cuka Kurma Ajwa OXYMEL KHAL In-Sãnivir - Pilihan Alternatif Sekeluarga | Bagi yang mengenali syira, syira sememangnya sering mengalami batuk sejak dijangkiti Covid19 pada 2021. Kalau dah batuk memang akan berlarutan sehingga hampir sebulan untuk kembali sembuh. Bukan sahaja batuk, malah syira akan berisiko semput akibat daripada batuk berpanjangan.

Of course syira dapatkan rawatan perubatan terlebih dahulu sebagai ikhtiar tetapi masih lagi sama. Syira pun buatlah carian di internet dan terjumpa pautan Shopee mengenai Cuka Kurma Ajwa OXYMEL KHAL In-Sãnivir. Syira tertarik untuk mencuba. Lagipun kawan syira pun pernah mencuba cuka kurma ini. Kebetulan medina tengah batuk, jadi terus syira beli.


Apa Itu OXYMEL Khal In-Sãnivir ?

OXYMEL merupakan sejenis ramuan campuran herba dari turun temurun sejak zaman dahulu kala. KHAL pula adalah perahan buah-buahan terpilih yang akan diperap bagi menghasilkan cuka. Manakala In-Sãnivir adalah ramuan yang di adun khas untuk membantu memberi kelegaan pada orang yang sedang hadapi demam, selesema, batuk dan seangkatan dengannya. Diadunkan khas bersama ketiga-tiga bahan ini bagi menghasilkan minuman cuka yang berkualiti.

Kebaikan Cuka Kurma Ajwa OXYMEL KHAL In-Sãnivir

- sangat bagus dalam merawat selsema, batuk dan demam
- meredakan segala jenis masalah common flu
- meredakan sakit kepala dan pening
- mengurangkan kahak dan mukus di rongga
- melegakan sakit tekak
- bertindak untuk fast response virus berkaitan commin flu
- melancarkan pernafasan tersumbat akibat selsema
- membuang angin di dalam badan

Ini antara kebaikan Cuka Kurma Ajwa OXYMEL KHAL In-Sãnivir yang membuatkan syira tertarik untuk mencuba. Lagi pula, Cuka Kurma Ajwa OXYMEL KHAL In-Sãnivir ini bebas daripada bahan kimia, bahan pengawet, tanpa sebarang gula, tanpa sebarang perisa dan juga tanpa sebarang pewarna tiruan.

Bahan-bahan yang digunakan di dalam proses pembuatan Cuka Kurma Ajwa OXYMEL KHAL In-Sãnivir adalah:

✅ Madu Hutan
✅ Cuka Kurma Ajwa
✅ Ekstrak Pudina
✅ Ekstrak Rumpai Laut

Alhamdulillah semua bahan yang digunakan adalah selamat dan bagus untuk kesihatan diri kita. Sebab itulah, syira tertarik untuk mencuba. Ianya juga Halal dan diyakini suci lagi bersih. Cara penyimpanan juga mudah, hanya perlu disimpan pada suhu bilik tanpa terdedah pada haba panas dan sinaran matahari.


Siapakah Yang Boleh Amalkan Cuka Kurma Ajwa OXYMEL KHAL In-Sãnivir?

Cuka Kurma Ajwa OXYMEL KHAL In-Sãnivir ini selamat diamalkan oleh kanak-kanak seawal umur 4 tahun ke atas dan dewasa. Sekiranya kalian mempunyai alahan, sebaiknya mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak doktor terlebih dahulu.

Cara Penggunaan

✅ Dewasa: 1-2 sudu besar sekali minum, diambil selepas makan. Diikuti minum air putih 2 gelas. Minum dua kali sehari atau bila perlu atau sehingga gejala sembuh.

✅ Kanak-kanak (Untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas): 1 sudu kecil selepas makan diikuti minum air putih 2 gelas. Minum dua kali sehari atau bila perlu atau sehingga gejala sembuh.

Pengalaman Syira Mengamalkan Cuka Kurma Ajwa OXYMEL KHAL In-Sãnivir

Syira sudah mengamalkan Cuka Kurma Ajwa OXYMEL KHAL In-Sãnivir ini selama seminggu. Gejala syira hanya batuk dan sakit tekak. Terlebih dahulu, syira nak jujur sedikit. Syira sememangnya agak skeptikal dengan minuman herba sebab takut tekak tak boleh terima rasa sesuatu produk itu. Namun, sangkaan syira meleset selepas syira rasa cuka kurma ini.

Ya Allah.. sedap rupanya Cuka Kurma Ajwa OXYMEL KHAL In-Sãnivir ni. Rasa manis dan berangin 'minty' sebab ada ekstrak pudina. Rasa mint itu yang best bagi melegakan sakit tekak. Rasa lega ja bila lalu di tekak. Hahaha. Alhamdulillah, batuk dan sakit tekak syira telah reda selepas beberapa hari amalkan Cuka Kurma Ajwa OXYMEL KHAL In-Sãnivir.


Medina pun sudah kurang gejala batuk dan juga selsema. Ternyata bagus dan syira tak menyesal mencuba cuka kurma ini. Untuk pengetahuan anda, cuka kurma juga sesuai dijadikan sebagai penambah rasa masakan dan juga sesuai untuk para preppers.

Syira beli dekat Shopee tau. Harga berpatutan dan tiada tempoh LUPUT ye Cuka Kurma Ajwa OXYMEL KHAL In-Sãnivir ini. Janji simpan di tempat yang betul. Jom dapatkan Cuka Kurma Ajwa OXYMEL KHAL In-Sãnivir ini sekarang!

Shopee: https://shopee.com.my/bknetwork






3 Comments

  1. Memang berkesan hilangkan batuk👍🏻👍🏻

    ReplyDelete
  2. setiap rumah patut ada oxymel ni. mmg sedap dan paling penting berkesan. anak2 jadi tak takut nk makan.. demi kesihatan

    ReplyDelete
  3. dah bawa balik bagi abah kat kg,dia kata menjadi lega batuk berpanjangan dia

    ReplyDelete

Post a Comment

Post a Comment

Previous Post Next Post