Promosi Kembali Ke Sekolah Di Pusat Pakaian Hari-Hari


Promosi Kembali Ke Sekolah Di Pusat Pakaian Hari-Hari | Assalamualaikum.. pejam celik dah nak masuk tahun satu dah Medina tahun 2024 ni. Sekejap ja masa berlalu. Makanya, ibu medina haruslah buat persiapan 'Back To School'. Semestinya kami sekeluarga memilih untuk berkunjung di Pusat Pakaian Hari-Hari. Dekat Sungai Petani, ada dua cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari. Jadi, syira memilih Pusat Pakaian Hari-Hari cawangan Taman Batik bagi membeli-belah persiapan sekolah medina. Dekat Taman Batik ni dua tingkat tau. Lebih besar berbanding cawangan di Pekan Sungai Petani.


Persediaan Persiapan Kembali Ke Sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari

Syira sememangnya sejenis yang suka membuat persiapan awal tak kiralah persiapan hari raya atau persekolahan. Jadi bila medina nak memasuki alam persekolahan kebangsaan ini haruslah kena awal juga. Kebiasaannya apabila adanya Promosi Kembali Ke Sekolah, masa inilah kita boleh berjimat cermat.

Syira juga direkomendasi oleh kawan-kawan sebelum ini, pakaian sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari sangat berkualiti dan harga juga berpatutan. Terdapat jenama yang bagus seperti Johny&Jenny, annil dan sebagainya. Banyak lagi pilihan jenama yang lain.

Jenama Johny&Jenny

Ibu Medina dah pilih baju sekolah dia hihi

Sesi mencuba

Anak tudung pun ada

Syira memilih fabrik koshibo untuk baju sekolah medina. Syira memang suka fabrik yang licin sebab kurang kedut. Kualiti kain juga tak jarang dan sejuk serta bersesuaian dengan cuaca Malaysia yang agak panas. Selain baju sekolah harian, terdapat juga baju untuk sekolah agama, tadika Kemas, baju pengawas dan banyak lagi.

Sempatlah syira grab tiga pasang baju sekolah medina. Agaknya cukup la kot untuk permulaan sekolah ni kan? Kalau tak cukup nanti kita mai lagi borong di Pusat Pakaian Hari-Hari. Stok jangan risau, sentiasa ada. Selain baju sekolah, syira beli juga seluar tracksuit untuk medina.

Di Pusat Pakaian Hari-Hari juga ada pelbagai jenis design kasut sekolah untuk dipilih. Harga bagi syira sangat berpatutan dan saiz juga banyak. Anak saudara syira kebetulan tengah mencari kasut sekolah baru, jadinya beli di Pusat Pakaian Hari-Hari sahaja lah senang.

Pelbagai jenis kasut sekolah

Beg sekolah pun ada

Alat tulis

Tingkat atas

Selain itu, korang juga boleh dapatkan persiapan persekolahan di sini seperti botol air, alat tulis, beg sekolah dan sebagainya. Rambang mata medina nak memilih beg sekolah. Comel-comel belaka. Boleh dikatakan Pusat Pakaian Hari-Hari ini satu pusat yang lengkap untuk korang membuat persediaan anak ke sekolah.

Layanan staf Pusat Pakaian Hari-Hari juga sangat tiptop dan membantu sepanjang proses kami membeli-belah di sini. Tempat juga selesa dan luas. Bahagian tingkat atas juga ada dijual baju tidur, seluar tracksuit, pakaian dalam dan pelbagai pakaian lagi.

Korang jangan lupa berkunjung ke Pusat Pakaian Hari-Hari. Terdapat 109 buah cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari di seluruh Malaysia. Tapi... Kalau korang malas nak bersesak, korang juga boleh membeli di atas talian yang syira pautkan di bawah. Selamat membeli-belah korang!

Location 109 branch : http://hari.com.my/locator

#kbba9
#KBBA9XHariHari
#backtoschool
#pusatpakaianharihari
#MarilahPergiHariHari
#BajuSekolah
#HariHariSekolah
#KelengkapanSekolah

0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post