Jana Pendapatan Bersama Al'Ard Sambil Membantu Ekonomi Petani Di Palestin


Assalamualaikum semua, sebelum ini syira pernah membuat ulasan mengenai produk Al' Ard. Tetapi kali ini, syira tak nak kongsi ulasan produk. Syira dengan berbesar hati ingin berkongsi mengenai peluang untuk semua menjana pendapatan bersama Al' Ard selain dapat membantu tahap ekonomi petani di bumi Palestin. Tetapi sebelum itu, mari syira cerita dahulu pengenalan mengenai syarikat Al' Ard.

Al' Ard merupakan satu-satunya syarikat tunggal Palestin yang beroperasi di Malaysia. Untuk pengetahuan, pejabat Malaysia yang terletak di Shah Alam, Selangor adalah satu-satunya pejabat operasi mereka di luar bumi Palestin. Berpegang pada polisi Malaysia yang sentiasa menyokong Palestin, Al' Ard berasa yakin untuk beroperasi di Malaysia walaupun produk mereka banyak dipasarkan ke pelbagai negara seperti Arab Saudi, Eropah, Amerika Syarikat, Kanada, Chile, Jepun, Australia, dan Indonesia, Malaysia tetap menjadi pilihan Al' Ard.

Genap Sedekad Beroperasi di Malaysia

Lebih tepat lagi, syarikat Al' Ard sudah sedekad berada di Malaysia dengan bermulanya menerusi sistem ejen. Kalian juga boleh menjana pendapatan sebagai ejen sambil membantu ekonomi petani di Palestin. Untuk pengetahuan kalian, kempen 'Palestin di Setiap Rumah' sedang dijalankan dengan sasaran sumbangan dana sebanyak RM3 juta bakal disalurkan terus ke Palestin.

Sejak bermulanya kempen ini pada awal Disember 2023, Al' Ard sudah berjaya membuat penghantaran dana ke Palestin sebanyak USD 340,000.00 bersamaan RM 1,914,790.00. Alhamdulillah. 


Sokong Produk Asli Daripada Palestin

Syira tertarik dengan kata-kata Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali pada Disember lalu, cara terbaik membantu rakyat Palestin adalah dengan membeli produk asli keluaran mereka. Setuju tak dengan kenyataan ini? Syira sangat bersetuju.

"Rakyat Palestin bukannya hanya mahu meraih simpati. Kami melakukan perniagaan sebagai usaha membangunkan ekonomi yang akhirnya dinikmati setiap lapisan rakyat.”

“Melalui perniagaan jugalah segala sokongan kewangan dapat disalur ke Palestin dengan cara yang telus, tanpa sebarang ketirisan,” tegas beliau.


Sistem Alard Partner Diperkenalkan

Untuk pengetahuan kalian sebelum ini, Alard Malaysia menjalankan kaedah penjualan secara terus kepada pengguna dan juga melalui sistem ejen. Namu demikian, dengan maklum balas yang ada, Al' Ard telah mengambil kira bagi menambahbaikkan sistem penjualan. Maka, Sistem Alard Partner secara rasmi diperkenalkan.

Dengan sistem ini, kini penjual produk Al’Ard boleh melakukan pembelian stok di dalam sistem. Lebih mudah dan efektif dengan adanya Sistem Alard Partner ini yang terbahagi kepada 3 kategori iaitu Gold Partner, Silver Partner dan Bronze Partner. Berikut adalah perbezaan antara Partner Alard:

Gold Partner

-Margin keuntungan sehingga 40%

-Pembelian Pertama RM3,888.00

-Pembelian seterusnya/Pembelian minima RM1,888.00

Silver Partner

-Margin keuntungan sehingga 32%

-Pembelian Pertama RM388.00

-Pembelian seterusnya/Pembelian minima RM388.00

Bronze Partner

-Margin keuntungan sehingga 20%

-Pembelian Pertama RM188.00

-Pembelian seterusnya/Pembelian minima RM188.00

Sales Kit Turut Disediakan Untuk Ejen

Selain itu, pihak syarikat Al' Ard juga menawarkan sales kit atau marketing support seperti Channel Telegram Konten, Gambar/Poster/Video, Flyers Product, T-Shirt Al’Ard, Bunting, Promotion Stand, Non-Woven Bag dan Web Listing. Wah, banyak juga insentif daripada pihak syarikat Al' Ard ini.

Inilah peluang keemasan kalian bagi menjana pendapatan bersama Al' Ard. Sambil menjana pendapatan, kalian juga boleh membantu petani di Palestin. Untuk mendaftar sebagai partner Al’Ard, sila layari laman web www.partneralard.com atau kalian boleh menghubungi nombor whatsapp https://wasap.my/60132615878/SertaiPartnerAlard

0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post