Eka Heights Kini Menawarkan Kediaman Baru, Meora dan Ferra!


Sebagaimana yang kita tahu, kediaman merupakan kemudahan penting bagi keluarga untuk berlindung. Matrix Concepts sememangnya pemaju yang terkenal dengan pembangunan kediaman yang strategik seperti Bayu Sutera, Lumira dan sebagainya. Kali ini syira ingin berkongsi mengenai hartanah terbaru Eka Heights. Tetapi sebelum itu, syira akan bercerita mengenai Eka Heights terlebih dahulu.

Eka Heights merupakan pembangunan kediaman yang menawarkan tempat perlindungan yang tenang dan diliputi keindahan alam semula jadi yang menghijau serta pemandangan tasik yang sangat cantik. Eka Heights yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan telah mendapat sambutan yang baik apabila mendapat maklum balas positif dengan 80% unit rumah berangkai terjual dalam tempoh sebulan.



Di Eka Heights juga terdapat 25 unit komersial iaitu deretan bangunan pejabat dan kedai yang merangkumi kedai, restoran, fasiliti untuk membeli barangan keperluan dan sebagainya. Penghuni Eka Heights juga dapat mengakses kawasan riadah dan membeli-belah yang berdekatan seperti Sendayan MetroPark, Tiara Biz, dan Sendayan Merchant Square.

Menariknya penghuni Eka Heights juga berpeluang untuk menikmati gaya hidup yang dikelilingi dengan rekreasi di Taman Mageka seluas 15.5 ekar. Antara aktiviti yang boleh dilakukan iaitu futsal, bola keranjang, badminton, laluan jalan refleksologi dan banyak lagi.

Tambahan pula, penghuni Eka Heights juga tidak bimbang dengan keselamatan kerana adanya pagar keliling selain Pondok Rukun Tetangga. Sudah tentulah keselamatan penghuni terjamin dan korang boleh hidup dengan keadaan selesa dan tidur lena.

Eka Heights merupakan dalam pembangunan Malaysia Vision Valley (MVV) dilihat sebagai kawasan yang strategik kerana berdekatan dengan pelbagai kemudahan yang ada selain berdekatan dengan lebuhraya iaitu North-South Expressway dan KLIA Linkage.

Seperti yang syira maklum, seluas 15.5 ekar Taman Mageka menyajikan keindahan alam semula jadi dan tasik yang cukup memukau. Terdapat taman permainan yang boleh dinikmati seperti buaian gergasi, sangkar rumah pokok dan arca arnab yang bersesuaian dengan kanak-kanak. Juga terdapat Sundial Plaza yang boleh dijadikan tempat untuk beriadah bersama keluarga serta bertemu dengan rakan-rakan.

Kediaman Terbaru Eka Heights - Meora dan Ferra

Kini Eka Heights menawarkan kediaman terbaru iaitu Meora dan Ferra kepada bakal penghuni. Meora yang berkeluasan 22’ x 70’ / 2,245 kaki persegi menjanjikan kehidupan moden serta keindahan semula jadi kepada bakal penghuninya. Kediaman bebas yang juga lengkap dengan sistem 'Smart Home' mempunyai 4 buah bilik dan 4 buah bilik air. Cukup besar untuk keluarga besar. Juga dijanjikan kemudah komuniti eksklusif.


Manakala Ferra pula bercirikan kotemporari yang juga mempunyai sistem 'Smart Home'. Ferra merupakan kediaman yang boleh diubahsuai mengikut kesesuaian yang berkeluasan 20’ x 70’ / 2,142 kaki persegi. Mempunyai 4 buah bilik dan 3 buah bilik air dan rekabentuk rumah terbuka. Bakal penghuni akan menerima keahlian kelab secara percuma.


Jadi yang mana satukah pilihan korang? Bagi korang yang berminat dengan kediaman Meora ata Ferra, korang boleh menghubungi di talian WhatsApp berikut: https://wa.link/ghtaxx



#EkaHeights #Meora #Ferra #TheHeartofaThrivingCommunity #MagekaPark #NatureatYourDoorstep #MatrixConcepts

0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post