Kembali Ke Sekolah Dengan Kasut Sekolah Pallas VGRIP

 


Kembali Ke Sekolah Dengan Kasut Sekolah Pallas VGRIP | Pejam celik Medina dah nak masuk darjah dua pada tahun ini. Macam biasa persiapan sekolah mestilah kena buat kan? Selain beg sekolah, haruslah kena ada kasut sekolah. Untuk darjah dua ini, syira memilih kasut sekolah hitam jenama Pallas untuk medina ke sekolah.

Untuk pengetahuan, syira pernah belikan untuk medina pada tahun lepas, memang tahan lasak dan tapak pun tak pecah. Terbaik la Pallas. Pada tahun ini, syira memilih kasut sekolah Pallas VGRIP yang baru sahaja dilancarkan.



Kenapa syira memilih kasut sekolah Pallas VGRIP?

Velcro strap

Syira memang menekankan ciri velcro strap ini kerana sangat memudahkan untuk anak-anak kalau kasut sekolah jenis strap macam ni. Lekat ja strap dah boleh gerak! Sesuai dengan peringkat umur.

Tapak dalam istimewa "Better Rebound"

Bagus untuk kurangkan tekanan semasa memakai. Rasa macam melantun je bila berjalan. Kasut pun terasa lebih ringan bila melangkah.

Arch support (sokongan gerbang)

Dengan adanya insole cushion dengan sokongan gerbang ini, kaki anak takkan rasa tegang otot dan selesa ja bila pakai.

Terbukti ringan X-Light

Tak dinafikan kasut sekolah Pallas sememangnya ringan. Tak terasa berat bila pakai tau. Barulah tak sakit kaki.

Tapak kasut VGRIP

Dengan tapak kasut VGRIP, cengkaman lebih kuat dan lebih selamat. Barulah ibu tak risau kalau jalan agak licin.

Sistem pengudaraan yang baik

Kalau nak tau sistem pengudaraan kasut sekolah Pallas juga bagus. Kaki anak akan rasa lebih selesa dan tak cepat berbau.

Cepat kering (quick drying function)

Korang faham kan, kalau kasut yang lambat kering atau tidak mempunyai pengudaraan yang baik, kasut akan jadi berbau. Tapi.. kasut Pallas memang cepat kering.


Material yang digunakan juga sangat berkualiti dan tahan lama. Kasut sekolah medina pada tahun lepas masih dalam keadaan baik tau sebab kualitinya memang tiptop dan kasut pun sangat selesa dipakai. Sebab itulah syira letak kepercayaan 100 peratus terhadap jenama Pallas ni. Harga pun berpatutan bersesuaian dengan kualitinya.

Berita baik untuk korang, Pallas tengah ada peraduan Jom Beli & Menang dan korang berpeluang memenangi wang tunai RM3000! Wow bestnya. Syira beli secara online je tau sebab malas nak bersesak-sesak di luar. Mudah dan cepat. Tunggu dihantar je. Kalau korang nak tahu saiz kasut sekolah anak, lebih mudah beli online je. Boleh beli kasut Pallas secara online di www.wow2wee.com je atau https://www.pallas.com.my. Boleh juga dapatkan kasut Pallas di AEON, Sogo, Lotus’s, MYDIN Supermarket dan juga kedai-kedai terpilih di seluruh Malaysia.

0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post