Main Game Percuma Di CULINARYSCHOOLS.ORG

 

Waktu cuti sekolah ni mak-mak lega hati la sikit sebab anak-anak bercuti. Jadi ada la masa lapang sikit kan. Jadi syira tak lepaskan peluang untuk bersantai di rumah. Alkisahnya, syira terjumpa satu website permainan atas talian iaitu www.culinaryschools.org. Memang banyak korang game dalam website ni, rambang mata nak pilih. Website ini menawarkan beratus-ratus jenis game untuk korang main. Yelah kan, mak-mak pun kena ada 'me time' untuk lari sekejap daripada dunia realiti. Hahaha


Main Game Mengikut Kategori Di CULINARYSCHOOLS.ORG

Menariknya laman web ini menggunakan reka bentuk web HTML5 yang lebih mesra alam dengan peranti mudah alih dan juga desktop. Jadi korang boleh je guna apa saja peranti yang ada. Macam syira, syira lebih selesa menggunakan tablet. Lagipula, di laman web ini semua permainan telah disusun mengikut kategori masing-masing bagi memudahkan pengguna untuk mengakses pilihan games yang ada.

Food Education Games

Kategori ini mengajar kita mengenali makanan yang sihat dengan makanan tidak sihat. Bagus kan game ni, anak-anak boleh belajar mengenalpasti makanan yang sihat untuk dimakan. Contohnya The Boiled Eggs, pengguna perlu bijak mengawal suhu telur mengikut suhu yang tepat dan juga masa.

Serving Eaters

Manapula kategori game ini lebih kepada simulasi membuat sandwich atau bekerja sebagai pelayan restoran. Syira suka kategori ini sebab pernah main game restoran juga dulu. Game yang syira main adalah Burger Shop iaitu korang perlu membuat pesanan burger mengikut citarasa pelanggan. Apabila pesanan telah dihantar, korang akan dibayar. Yang bestnya boleh 'unlock' bahan istimewa pada setiap 10 pusingan yang berjaya dimain.


Brain Games

Korang suka game yang menguji minda, korang boleh cuba Brain Games. Ia lebih kepada permainan logik, teka-teki dan sebagainya. Yang syira suka main adalah What's Grandma Hiding dimana korang kena mencari objek tersorok di pelbagai tempat seperti dapur, taman, perpustakaan dan sebagainya. Setiap pusingan yang berjaya, korang akan dapat satu 'clue'. Sehinggalah korang dapat rungkaikan cerita di game tersebut. Menarik kan?

Sports Games

Peminat sukan boleh memilih kategor Sports Games ini. Di dalam kategori ini terdapat pelbagai game yang lebih cenderung kepada pergerakan fizikal. Contohnya, game Happy Fishing. Game ini agak ringkas tapi seronok. Korang perlu menjatuhkan cangkuk umpan kepada tepat pada sasaran. Setiap ikan yang berjaya ditangkap, korang akan dapat satu cangkuk. Kalau korang tak berjaya tangkap, akan kehilangan 3 cangkuk. Game ini berterusan sehingga cangkuk habis atau korang tertangkap bom.

Arcade Classic Games

Kategori ini pun menarik juga. Banyak betul game dalam kategori ini. Yang syira main ni, Tom & Jerry Chocolate Chase. Cara nak main pun senang, korang kena bantu Jerry berlari yang dikejar Tom mengumpul biskut coklat sebanyak mungkin dan cuba elak halangan. Kalau tidak, pergerakan Jerry akan jadi perlahan. Habislah si Tom dapat tangkap!

Bagi syira, laman web ini sangat menarik untuk dilayari oleh semua lapisan umur. Banyak permainan yang sesuai dimain oleh kanak-kanak juga. Yang bestnya, tiada iklan semasa permainan dan juga percuma je korang. Jadi kalau korang nak cari hiburan ringan, boleh la layari www.culinaryschools.org sebagai pilihan. Banyak betul pilihan game yang ada di platform ini. Selamat mencuba!






0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post