AKHIRNYA..KAMI BERTUNANG



As-salam


Alhamdulillah.. syiera dah selamat bergelar tunangan orang pada 27 June yang lalu. Dah masuk tiga hari la kalau ikut pengiraan. Sebenarnya perancangan untuk bertunang last minute. Encik tunang bagitau syiera dua minggu sebelum tarikh 27th tu. Ya Allah.. bila fikir balik sempat ke nak buat persiapan. Syiera relax lagi. Yang terkejut sikit mak syiera. 


"Mak, kalau syiera bagitau ni marah tak?"
"Bagitau apa?"
"Ada orang masuk minang" *sambil muka merah malu*
"Hmm nak marah pasaipa. Masuk lah."

Okay. Mak cool lagi masa ni.. Then..

"Kalau syira bagitau lagi ni marah tak?"
"Apa dia? Habaq la"
"Depa nak mai hujung bulan ni"
"Ha?? Lagi dua minggu??"


Tapi alhamdulillah setelah berbincang dengan famili, semua setuju. Yelah, dah orang nak masuk meminang takkan nak ditolak pulak. Ayah syiera paling cool. Tenang ja masa syiera bagitau. Daddy cool la katakan. Sepanjang persiapan dibuat, syiera banyak dibantu oleh kakak syiera. Dia lah yang bawak syiera ke hulu hilir. Cari barang hantaran dan langsir semua. Bahagian juadah syiera serahkan kepada ayah syiera. Bagi duit dekat ayah, settle. Ayah lagi expert bab kenduri.


Syiera bersyukur sebab ada saudara mara yang baik hati nak sponsor hantaran. Mula-mula syiera nak beli je dulang hantaran, tapi kawan mak cakap tak payah. Guna yang anak dia punya dulu. Alhamdulillah dapat sponsor lagi. Berapa yang syiera belanja untuk tunang? Hampir RM1000 jugak. Tapi alhamdulillah, hasil rezeki sepanjang syiera berbisnes online, so masalah kewangan tu tak timbul sangat. Masa yang menjadi kekangan dalam syiera nak buat persiapan dan bisnes lagi. 


Tiba hari pertunangan, perasaan tu semakin berdebar-debar. Ada juga timbul perasaan ragu-ragu dua tiga hari sebelum tunang. Tapi bila teringatkan pesan mak yang syaitan akan hasut kita supaya timbul ragu dan was-was terus syiera lempar jauh-jauh semua perasaan negatif ni. Mekap pada hari tu, syiera sendiri yang mekap. Sebab encik tunang tak suka mekap tebal-tebal. Baju? Syiera beli yang siap punya. Simple je. Fabrik lycra selesa dan ada manik sikit dekat bahagian perut dan pergelangan tangan baju. Masa rombongan lelaki tiba, sekejap je dorang bincang. Tak silap syiera lepas 10 minit, syiera dipanggil keluar untuk disarungkan cincin. Haaa.. masa ni la Allah je tau betapa gementarnya syiera. Alhamdulillah.. semuanya selesai seperti yang syiera rancang. Finally, we're officially engaged after 11 years. Syukur.

Nervous gila time ni.. hehe

Salam yang agak lama. 
Nak bagi dorang tangkap gambar la katakan. Haish.

Part ni pun lama jugak dok pose macamni..

Ini lah mak syiera. Sama tak muka?

Hantaran daripada kedua-dua belah pihak

Pelamin hasil dekorasi kakak

And lastly......
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Ni lah encik tunang syiera ☺☺




SEKIAN. TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA.







8 تعليقات

  1. Haha hensem ye. Dia control je tu muka. Thanks anyway :D :D

    ردحذف
  2. Alhamdulillah... nt wedding day , jemput akak na..nt kita p arh.. hiks

    ردحذف
    الردود
    1. Inshaallah. Bila dah tiba masanya, akak jemput khas untuk rakan blogger ☺

      حذف
  3. Ya Allah..dah bertunang kakak kitew sorang ni. Tahniah kak syiera! Nanti jangan lupa jemput weeding. Ana doakan moga you all berdua bahagia sampai bebila. ^_^

    ردحذف
  4. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ردحذف

إرسال تعليق

Post a Comment

أحدث أقدم