Drama Nur TV3 - Sarat Dengan Mesej Mendalam l Terus terang, syira dah jarang sangat tengok drama melayu TV3 terutama sekali drama pukul tujuh hehehhe Ramadan kali ni, syira tertarik untuk layan drama Nur. Lakonan mantap Amyra Rosli, Syafiq Kyle dan ramai lagi. Syira suka drama ni sebab penuh mesej mendalam. Terutamanya pasal Islam.
Hormat ibu
Walau apa pun yang terjadi dekat Adam, Adam tak pernah melawan ibunya. Yang ni syira salute. Yelakan cinta Adam dan Nur kan dapat tentangan hebat daripada ibu dan kakak Aishah. Adam tetap hormat ibunya walaupun betapa kerasnya hati ibu dia untuk menerima menantu dia (Nur) yang pernah menjadi seorang pelacur. Pelacur yang tak pernah berhubungan seks pun tapi tetap dipandang serong.
Seorang ayah yang tidak judgemental
Yang ni serius wehhh syira suka gila watak Datuk Jalaluddin Hassan. Terkesan watak beliau. Cara beliau support Adam supaya membimbing Nur tanpa perlu judge siapa latar belakang Nur. Lebih lebih lagi bila beliau bagi nasihat dekat Adam. Suka betul dengar.
Taat dengan Yang Satu
Nur yang hidup bergelumang dengan dunia lorong tapi dia tak pernah sekali pun lupa untuk bersujud pada Allah. Sungguhpun dia mendapat tentangan ibu dia yang menghalang dia untuk solat tapi dia tetap taat dalam menjalankan kewajipan muslimah. Kesian dia wehhh. Hidup penuh cabaran.
Ini antara mesej yang syira sempat take note. Korang kena layan baru korang merasai apa syira cakap. Giteww. Dalam banyak banyak watak dalam drama ni, watak Ustaz Hamadi la paling syira tak suka. Dia punya munafik tu menjadi betul. Berserban bagai tap kaki pelacur. Geram ja dengan watak ni. Tak habis habis nakkan Nur. Padahal Nur dah jadi biras dia. Hahahahha korang layan la sendiri. Assalamualaikum
Belum ada ikuti walau 1 episod pun....rasa tertarik pulak nak tengok..
ردحذفKena tengok. Best sangat
حذفsarat dengan pengajaran mengenai dunia realiti.. best tgk.. cik en pun tgk gak
ردحذفSekarang tengah bising pasal sup bunjut :D
ردحذفSampai sekarang belum layan drama ni, nanti nak tengok di tonton la...
ردحذفBest cerita ni..setakat ni tak pernah miss lagi
ردحذفإرسال تعليق