Review Genki Pants & Tape

Review Genki Pants & Tape | Assalamualaikum korang. Selamat hari raya puasa btw. Maaf zahir dan batin kalau ada tersalah kata daripada syira 🌹 Dah raya ni mesti banyak makan kan? Sama la syira. Habis rosak diet tau. Haha tapi takpa la. Inikan raya. Gituuuu 😂

Dah jadi mak mak ni kan mesti semua barang baby kena survey dan cuba. Syira pun tak terlepas daripada benda yang sama. Terutamanya pasal diaper Medina.

Penting tau pemilihan diaper ni. Sebab salah pilih nanti naik ruam la dekat baby. Medina masa lahir guna Petpet newborn sebab sesuai dengan cutting yang kecik dan design diaper yang menjaga area pusat baby. Lagipun baby baru lahir ni kerap berak. So sesuai sangat kalau beli Petpet sebab murah.

Bila masuk dua bulan macam tu, syira tukar kepada Tesco Love. Bagi syira, jenama tesco agak bagus kualiti. Tebal tapi agak berbau bila dah penuh. Selalu harga dalam RM27+. Then tukar Huggies Pants. Ya ampun bocor wakk. Medina ni kalau poo poo memang sejenis yang banyak🙈 Tebal tapi cutting kecik. So kalau baby korang montok macam Medina ni tak syor sangat guna Huggies Pants😂

Tukar lagiiii. Pakai pulak Huggies Ultra Pants for girls. Yang ni memang puas hati pakai tapi harga kena urut dada kalau nak beli. Selalu dalam RM40++. Nangis mak okay😧 Ada la beberapa bulan jugak syira beli. Sampai la syira cuba Genki Pants. Alhamdulillah serasi dengan Medina.


Medina berak pun tak bocor wakk. Yang ni paling best. Kualiti tip top. Tebal dan lembut. Cutting besar. Sesuai kalau nak travel. Sebab kekal kering je kalau penuh. Selalu kalau dekat Tesco dapat la harga RM33+. Kalau promosi dapat la dalam RM29+. Tapi syira selalu beli dekat Gmart, harga RM27.80. Murah kan?

Kiri Genki Tape. Kanan Genki Pants
Ketebalan Genki Tape & Pants

Tapi kan.. selalu habis size Medina😤 Asal nak beli ja habis. Hahaha so syira terpaksa cari alternatif lain. Kira backup kalau pants habis. Syira beli Genki Tape. Ada 62 pcs. Lebih 12pcs compare to Genki Pants. Harga syira beli dekat Tesco masa promo RM29.99. Cutting besar macam Genki Pants. Lembutnya Masyaallah. Ibu rasa nak buat lapik bantal tau. Over betul 😅

Ketebalan pun sama macam pants. Tapi kena sentiasa pakaikan Medina seluar sebab dia pandai buka tape😑 Sepanjang syira pakaikan dekat Medina, tak mudah bocor. Kering. Cuma cepat penuh pulak. Dia punya londeh tu dah macam bawak karung emas😩 Setiap 2 jam kena tukar. Kalau Pants tahan sampai 4 jam pun still okay takdak hal.

So conclusion-nya, Genki Tape boleh digunakan sebagai backup. Tapi tak sesuai untuk travel. Kalau duduk rumah okay. Kalau keluar gi mana mana kena guna Pants ye Medina. Okay tu jelah nak bebel wak. Semoga bermanfaat ye. 

15 تعليقات

  1. wahhhh murah & berbaloi, separuh harga dari pampers huggies tu

    ردحذف
    الردود
    1. Huggies kalau tesco buat sale dapat la dalam RM55 something for 2 packs 😊

      حذف
  2. Kinah pun guna genki. Tapi kalau stock habis memang beli tesco love. Dua-dua ni pun ok

    ردحذف
  3. Eh ada brand baru untuk sicomel.Nampak comfy and price also not so burden for parent.

    ردحذف
  4. menarik diaper Genki ni, waktu anak-anak masih kecil cuma guna brand Huggies, Mamypoko dan sebagainya dan bilal sales memang beli banyak banyak sebab murah,la ni semua dah besar hehe

    ردحذف
  5. Genki :-)
    Mcm dlm program Harith Iskandar few months ago.
    Diapers anak memang kena bagus. If can harga affordable.
    Aida da abis zaman beli diapers :-)
    Anak2 da besar alhamdulillah...

    ردحذف
  6. Price wise really cheap and affordable I've tried before but I prefer goon over genki, agree that is great as a backup.

    ردحذف
  7. Kita tak ada anak tak tahu pasal pants ni hehehe tapi hari tu sekali keluar ngan sepupu pergi beli pant untuk anak dia baru tahu hehehe genki ni jenama kegemaran anak dia..

    ردحذف
  8. Now mummy can consider different brand for diapers. As long as the baby feel comfortable when wear and it does not leaking easily. Will share with my mummy friend.

    ردحذف
  9. Bestnya murah tu. anak2 dari yang sulung sampailah ke yang kecik ni semua pakai drypers, takut nak tukar brand lain takut melecet. Anak pernah guna brand lain teruk melecetnya kesian. Suami xbagi guna brand lain. Fobia dulu2 tak hilang lagi hahah sabar jeler, so tak merasalah anak nak bergenki2

    www.yanmieonline.com

    ردحذف
  10. wah.. macam nak try je Genki tu.. tapi kena test yang pack kecik dulu.. risau punggung harraz x sesuai pulak.. sekarang dia pakai Drypers and Alhamdulillah serasi.. tapi bila baca Genki ni lembut macam nak buat alas bantal .. teruja pulak nak mencuba. kih3

    ردحذف
  11. ayu mmg keadang2 beli brand ni..sebabnya ayu direkomenkan oelh seorang kawan yg mmg guna brand ni utk anak2 dia..katanya ianya lebih hebat dari *M*******...tapi kdg2 mak2 ni beli ikut promosi murah baru belikan hehehe

    ردحذف
  12. would love to have this KIV.... no children yet.. lolz.. however i believe i would buy for friends who newly delivered..

    ردحذف
  13. terbaek.. good review :)

    Jemput join segmen ejulz jika belum join :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    Entry terkini :
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/saham-akhirat-insyaallah.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/8-jul-2018-majlis-tahlil-arwah.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/surat-cinta-daripada-allah-tentang-solat.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/sesi-blogwalking-julai-tamat-hati-senang.html

    ردحذف
  14. Menarik ni, nanti nak syorkan kat adik...

    ردحذف

إرسال تعليق

Post a Comment

أحدث أقدم