Breakfast Murah Dan Sedap Di Rumah Sarapan, Sungai Petani

Assalamualaikum dan selamat petang lovelies! Dah makan belum ni? Kalau dah, alhamdulillah. Kalau belum meh syira nak kongsi dengan korang mengenai satu port sarapan best di Sungai Petani. Nama kedainya Rumah Sarapan. Ala korang boleh je waze Rumah Sarapan. Betul betul berdekatan dengan Parkson Taman Sejati Indah.


Syira boleh tahu pasal Rumah Sarapan ni sebab tengok di facebook kawan syira. Nampak sangat menarik di mata syira. Kebetulan hari tu hantar adik ipar di stesen bas, so syira dan husband cari makan dekat Rumah Sarapan.

Ruang makan dia ada indoor dan outdoor. Disebabkan hari tu hujan, tempat duduk memang agak full. Kami dapat outdoor punya. Berbumbung ok jangan risau. Boleh dikatakan Rumah Sarapan ni full house kot. Sebab ramai betul orang datang. Konsep rumah kedai. Sebab itu la kot namanya Rumah Sarapan kan.

Menu yang syira order hari tu set kacang pool. Disebabkan syira tak pernah makan kacang pool. So perasaan eager to taste tu membuak buak. Husband pun order sama menu. Untuk medina, syira order mushroom soup with garlic bread.

My first thought of kacang pool? Rasa macam kuah kacang dhal pun ada. Macam kari pun ada. Hehe tapi sedap la. Rasa asli macam dekat Johor kata husband. Isi daging tak kedekut. Dicicah pulak dengan roti bakar yang gila tender. Medina pun enjoy dia punya mushroom soup. Makan banyak betul anak ibu.


A few days later, kami repeat lagi makan kat situ. Sebab janji nak bawak mak makan kat situ. Mak order roti kukus sambal bilis. Quite tempting. Sambal pun tak pedas sangat. Roti lembut. Mak syira pun suka betul makan. Syira pilih big boy plate. Basically roti bakar, hashbrown, cocktail sosej, baked beans with honey. 

Kredit: FB "Jom Breakfast at Rumah Sarapan"

Sedap tapi menarik untuk dicuba. Tapi mocha panas dia sedap gila. Syira suka sangat. Must try! Husband tak boleh move on lagi dengan kacang pool. Medina pulak makan roti bakar cheese. Kemain anak ibu.


Dari segi harga sangat murah dan berpatutan. Bayangkan makan 4 orang baru rm25. Free nasi lemak  lagi. Haaa.. ini yang special pasal Rumah Sarapan. Ada harinya dorang akan bagi free nasi lemak dekat yang makan situ. Kalau tapau kena bayar. Nasi lemak pun sedap! Semua sedap!

Lain lain menu yang ada dekat situ macam nasi lemuni, mee kari, lontong, bubur nasi thai, pelbagai roti bakar dan banyak lagi menu sarapan yang lain. Harga air pun standard lepak gerai. Serius murahhhh weii.

So kalau korang datang Sungai Petani tak tau kat mana nak breakfast, datang lah Rumah Sarapan. Operation hours 7.30pg sampai 11.30pg. Cuti Selasa. Selamat mencuba!

Abaikan muka ibu yang mengantuk 😂

24 تعليقات

  1. pehhhhhhhhni yang rasaaa nakkkkk pi sp niii..ahhhhahhaha..

    ردحذف
  2. kedai tu dua tingkat ke? ke bawah je?

    ردحذف
  3. sedapnya tengok menu2 dia tu..kacang pool dia mengoda..kalau singgah kat sp nanti bolehlah try

    ردحذف
  4. Awat la jauh. Meh la buka kat Selangor nie. Nak gak try - macam best jer. Harga pula memang murah sangat la tu. I is jelly!

    ردحذف
  5. wah meriahnya makanan dekt sini! terasa macam nak cuba makaan dekat sini kalau ada kesempatan. apa favourite dekat sini ya? terliur pula tengok gambar dia !

    ردحذف
  6. Syiok! I balik Sg Petani nanti boleh la singgah makan sini. Sedap nye kacanng pool tu. My favourite sangat. Tak banyak tempat makanan yg best yg I tau kat sini.

    ردحذف
  7. Wah bestnya sarapan die. Menyelerakan sungguh semua jenis menu. Nasib jauh klu dekat dh lama serbu. Kacang pool terbaik. hehehe

    ردحذف
  8. 4 orang makan baru rm25? Eh biar betul ?Murah sangat tuh .Tengok makanan yang dijual semua nampak sedap dan standard restoran 5 star gitu .Memang murah teramat sangatlah

    ردحذف
  9. Wah murah nya mcm tak percaya. Biasa makan 2orang pon dah budget rm20. Haishh kenapa jauh sgt kt utara. Haha.. siap ada sedekah nasi lemak free. Sgguh pemurah hati pemiliknya.

    ردحذف
  10. Tak pernah mkn kacang pool. Tapi tgk gambar nampak tempting sangat! Mushroom soup tu pun nampak sedap.

    ردحذف
  11. Perghhhh... Favorite kita tuuu kacang pool. Allahu.. Terliur nengoknya. Amat menyelerakan. Tapi... Awat laaa jauh nun sana, sila laaa Owner buka satu kat KL pleaseeeeee

    ردحذف
  12. ni memang betul2 rumah sarapan ni sebab operation sampai 11.30 pg je. tapi memang nice la concept diorang. Yang nasi lemak tu free berapa bungkus ekk, sorang satu or satu ada limit?? hehe

    ردحذف
  13. tak pernah amkan kacang pool lagi..macam amna ye rasa dia..wah mocha panas tu memnag nampak sedap..kalau ke sana nanti boleh masuk wishlist tempat ni

    ردحذف
  14. Wow.. First time dengaq psai rumah sarapan ni.. Kalau ada b3lah2 sp nnt boleh la try kan... Mcm sedap ja kacang pool tu.. Kami pun x pernah try lg

    ردحذف
  15. Wow...macam-macam ada. Mau kenyang sampai ke tengahari. Menu semua nampak sedap-sedap. Bagus la owner Rumah Sarapan ni. Sambil berniaga sambil sedekah.

    ردحذف
  16. Mak aih, memang murah betul RM25 untuk 4 orang. Kalau dekat KL ni rasa macam tak dapat dah harga macam tu.

    ردحذف
  17. Wahh sedapnye menu sarapan pagi dekat sini. Tengok kacang pool tu nak meleleh air liur. Enjoy breakfast..

    ردحذف
  18. Wahh kacang pool pun ada. Masalahnya jauh lah pulak..kalau dekat mau sis terjah dah ni

    ردحذف
  19. wow..that kacang pool is something that I have never heard about before, but damn it looks so good. I wouldn't blame anyone for eating that and not being able to move on from it.

    ردحذف
  20. Sedapnya sarapan dia nti kak pg sgt petani nk singgag kat sini

    ردحذف
  21. Wah semua hidangan breakfast kat sana memang nampak sedap sangat and harga pun ok sangat. Nanti sis singgah with famili this weekend.

    ردحذف

إرسال تعليق

Post a Comment

أحدث أقدم