Review: Jom Sihat Dengan Neotide-S Soy Peptide Powder


Review: Jom Sihat Dengan Neotide-S Soy Peptide Powder l Assalamualaikum dan salam sejahtera! Hello semua, sihat ke korang? Raya dah habis kan. So we’re back to the normal routine. Semakin kita meningkat umur ini, terus terang aspek kesihatan kita sangat penting. Apa yang korang selalu lakukan bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan yang baik? Selain daripada kita melakukan senaman setiap minggu, kita juga boleh mengamalkan pemakanan yang seimbang. Justeru itu, syira nak kongsi dengan korang pasal kebaikan Neotide-S Soy Peptide Powder. Well, sharing is caring kan.

Apa itu Soy Peptide Powder?

Soy Peptide atau dalam Bahasa Melayu iaitu soya peptida adalah merupakan sumber protein daripada kacang soya yang sangat bermanfaat kepada kesihatan tubuh badan. Seperti mana yang kita tahu soya sememangnya sangat berkhasiat terutamanya kepada sistem imunisasi kita.

Fungsi dan kebaikan Neotide-S Soy Peptide Powder

Mengawal darah tinggi/hypertension
Menurunkan paras gula dalam darah
Mampu mengurangkan risiko sakit jantung
Memberi tenaga berpanjangan
Mengawal kadar kolesterol
Meningkatkan produktiviti dan kualiti susu ibu
Meningkatkan tahap sistem imun badan
Testimoni Emak Syiera

Emak syira menggunakan Neotide-S Soy Peptide Powder. Tujuan utama emak syira mengamalkan Neotide-S Soy Peptide Powder adalah untuk menurunkan paras gula dalam badan. Untuk pengetahuan korang semua, emak syira merupakan pesakit diabetes sejak dari tahun 2013. Cuma beliau tidak perlu ambil insulin. Hanya meneruskan penggunaan ubat daripada doktor. Setiap tahun emak syira akan menjalankan pemeriksaan berkala sebanyak dua kali dalam setahun. Kebetulan semasa syira menerima produk ini, jadi syira mengesyorkan emak supaya untuk mencuba sendiri.

Sepanjang dua minggu, emak syira mengamalkan Neotide-S Soy Peptide Powder ini beliau lebih bertenaga dalam menjalani kehidupan harian. Yelakan, pesakit kencing manis ni kalau korang nak tahu mereka cepat letih dan lesu. Kadang kadang emak syira tertidur semasa menjahit (emak syira merupakan seorang tailor) sedangkan beliau selalu tidur awal bila malam. Paling ketara, emak syira dah tak selalu kencing kerap. Alhamdulillah, paras gula dalam darah semakin menurun daripada sebelum ini.  Sebelum emak syira mengamalkan Soy Peptide, bacaan gula emak syira adalah 11.7 mmol/L. bacaan gula yang normal adalah antara 4.4 hingga 7.0 mmol/L sekiranya diperiksa ketika berpuasa.
Sebelum
Selepas
Selepas mengamalkan Neotide-S Soy Peptide Powder ini, paras gula dalam darah emak syiera turun mendadak kepada 5.8 mmol/L. Alhamdulillah syiera happy sangat dengan penurunan bacaan gula emak syiera. Korang pun tau kan? Pesakit kencing manis kena selalu berjaga-jaga supaya kesihatan sentiasa di dalam keadaan yang baik. Tambahan pula, usia emak syiera dah semakin meningkat. Untuk pengetahuan korang, syiera juga turut mengamalkan Neotide-S Soy Peptide Powder ini. Alhamdulillah, susu badan tidak kering dan mampu boost produktiviti susu badan. Syiera selalu memikirkan cara bagaimana untuk meningkatkan kualiti susu badan. Yelakan syiera dah berniat untuk menyusukan medina sehingga medina berusia 2 tahun. Amin, doakan syiera tau.

Cara menggunakan Soy Peptide

Bancuh 1 peket Neotide-S Soy Peptide Powder dengan 120ml air suam sebelum sarapan atau makan malam. Atau boleh dicampurkan dengan minuman yang korang selalu minum. Contoh campurkan dengan minuman oats. Elakkan minum bersama teh ye.
Kami dah cuba. Korang bila lagi? Jom sihat! Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh dihubungi di link berikut:

Nombor Whatsapp: 018-9624369
Email: neotidesupplement@gmail.com
Website: https://www.neotidesupplement.com

12 تعليقات

  1. Peptida sekarang tgh in ye dalam produk kecantikan. Protein monomer ni bagus untuk stimulate penghasilan kolagen. Produk bagus untuk dicuba!

    ردحذف
  2. Bagusnya makanan tambahan seperti ini yg membantu mengurangkan kadar gula dlm badan. Takutlah sekarang nie. Makan pon pakai bantai je. Xjaga. Tahu2 dpt penyakit. Minta kita semua dijauhkan lah yer

    ردحذف
  3. Bagusnya sebab membantu kesihatan. Asalkan selamat dan tidak memudaratkan, elok untuk diamalkan oleh yang memerlukannya.

    ردحذف
  4. Benda baru ni. Baru tau ada produk neotide ni. Tapi kalau based soya, saya ok je nak minum. Soya sedap. Tengok benefit die pun bagus je.

    ردحذف
  5. tinggi jugak bacaan gula mak syiera tu..kena berjaga2...bagus kalau dh jumpa solution kan...peptida skrg popular betul dalam apa jugak product kecantikkan

    ردحذف
  6. waa good to know about your mom, alhamdulillah dia makin getting better yea..moga lebih bertambah baik lepas ni dari hari ke hari..

    ردحذف
  7. Bagusnya , bahaya kandungan gula tinggi dalam darah , nampak perubahan mak awak tu fuhh memang terbaik

    ردحذف
  8. Menarik produk ni..nak cantik memang kena jaga dari dalaman..pertama kali nampak produk ni..kotaknya lawa pulak

    ردحذف
  9. Betul la.. mmg bahaya kalau kandungan gula tinggi dalam darah.. boleh weng weng kepala dibuatnya.. AM pun nak cuba la..

    ردحذف
  10. Oh Peptida pun boleh turunkan gula dalam darah je..nampak ada gak rakan FB yg guna produ ni..produk tgh femes gak ni

    ردحذف
  11. penting sekarang ni makanan tambahan ni.. yela tengok menu menu makanan sekarang macam macam tak tahu khasiatnya..

    ردحذف
  12. bagus produk ni..kena jaga laa kesihatan takut penyakit 3 serangkai nanti singgah

    ردحذف

إرسال تعليق

Post a Comment

أحدث أقدم