Set Lengkap Penjagaan Rambut: Asmak Hair Care | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Seperti mana yang kita sedia maklum, rambut merupakan mahkota bagi seorang wanita. Semestinya kita perlu menjaga rambut dengan rapi. Alhamdulillah syira diperkenalkan dengan Asmak Hair Care. Asmak Hair Care ini merupakan produk keluaran MHAM Sdn Bhd.
Sebelum ini, syira lebih familiar dengan salah satu produk MHAM iaitu minyak herba asmak. Syira pernah gunakan minyak herba asmak semasa Medina masih dalam pantang. Asmak Hair Care terdiri daripada Shampoo Bunga Raya Plus (6in1), Hair Moisturizer with Serum dan Sevenis Hair Oil. Jom syira kongsikan satu-satu ye dengan korang.
🌿Shampoo Bunga Raya Plus (6in1)
Bahan yang terkandung dalam Shampoo Bunga Raya Plus adalah minyak jojoba, bunga raya, minyak kelapa, minyak babassu, minyak tea tree dan acerola. Sejujurnya syira selepas bersalinkan Medina, rambut syira sering gugur. Ada yang cakap disebabkan perubahan hormon. Kalau orang tua cakap sebab anak menyembur air liur. Hihi kelakar pula. Sepanjang beberapa hari syira menggunakan Shampoo Bunga Raya Plus ni, rambut syira masih lagi gugur cuma berkurangan.
Selain daripada itu, syira juga mengalami masalah kelumumur. Gatal kepala okay bila ada kelumumur. Bila gunakan Shampoo Bunga Raya Plus ni kurang sikit kelumumur. Korang patut cuba. Syira sangat syorkan. Bau Shampoo Bunga Raya Plus ni pun wangi dan mampu menyegarkan kulit kepala lebih-lebih lagi untuk wanita bertudung seperti syira. Harga Shampoo Bunga Raya Plus (6in1) adalah RM49 SM / RM54 SS (500ml).
Kebaikan Shampoo Bunga Raya Plus
⚘Mengurangkan kegatalan pada kulit kepala
⚘Menyegarkan kulit kepala
⚘Menghilangkan kelumumur
⚘Menghilangkan jerawat kepala
⚘Menyihatkan rambut
⚘Mengurangkan keguguran rambut
⚘Menyuburkan rambut
⚘Membantu masalah uban
Cara Menggunakan Shampoo Bunga Raya Plus
Basahkan rambut sehingga basah kulit kepala. Picit sedikit Shampoo Bunga Raya Plus pada tapak tangan dan urutkan pada rambut dan kulit kepala. Biarkan selama dua minit supaya zat Shampoo Bunga Raya Plus meresap pada rambut. Bilas dengan air sehingga bersih.
Tips Ekstra
⚘Elakkan sikat rambut dengan kasar
⚘Jika rambut sedang basah, balut dengan tuala dan biarkan seketika
⚘Selepas itu, sikat dengan perlahan-lahan
🌿Hair Moisturizer with Serum
Bahan yang digunakan dalam Hair Moisturizer with Serum adalah bunga raya, minyak argan, minyak zaitun, minyak buah rose canina dan minyak kelapa. Apa yang best mengenai Hair Moisturizer with Serum ini, mampu melembapkan rambut syira selepas mencuci rambut dengan shampoo. Rambut syira terasa lebih ringan dan lembut. Malahan senang untuk dirapikan.
Hair Moisturizer with Serum mudah meresap ke dalam rambut dan tidak melekit apabila digunakan. Bau pun wangi je. Keunikan minyak argan mampu melebatkan rambut. Husband syira pun turut menggunakan Hair Moisturizer with Serum bagi melebatkan rambut beliau. Harga Hair Moisturizer with Serum adalah RM80 SM / RM90 SS (300ml).
Kebaikan Hair Moisturizer with Serum
🌼Melembapkan rambut
🌼Menjadikan rambut lebih sihat dan kuat
🌼Melebatkan rambut
🌼Membaiki rambut yang rosak
🌼Vitamin untuk rambut anda
🌼Mengatasi rambut gugur dengan 2x lebih pantas
🌼Rambut mudah diurus dan dirapikan
Cara Menggunakan Hair Moisturizer with Serum
Keringkan rambut terlebih dahulu kemudian picitkan sedikit Hair Moisturizer with Serum lalu urutkan dari akar rambut hingga ke hujung rambut.
Tips Ekstra
🌼Gunakan serum rambut tiga kali seminggu jika anda menggunakan kesemua set penjagaan rambut Asmak.
🌿Sevenis Hair Oil
Sevenis Hair Oil dihasilkan daripada tujuh jenis minyak iaitu minyak tea tree, minyak kelapa dara, minyak kastor, minyak zaitun, minyak argan dan minyak light mineral. Menariknya Sevenis Hair Oil boleh digunakan oleh semua peringkat umur. Haaa.. syira ada apply Sevenis Hair Oil dekat rambut Medina. Yelakan nak bagi lebat sikit rambut Medina. Hihi
Sepanjang syira apply Sevenis Hair Oil dekat rambut Medina, rambut Medina lebih lembut dan tidak mudah kusut atau kering. Apa yang syira perasan rambut Medina sering kering dan mudah kusut. Lebih-lebih lagi selepas tanggalkan getah rambut. Memang senang sangat kusut. Bila gunakan Sevenis Hair Oil, alhamdulillah lebih kemas. Mudah-mudahan cepat lebat rambut Medina. Amin. Harga Sevenis Hair Oil adalah RM29 (150ml).
Kebaikan Sevenis Hair Oil
🍁Melebatkan rambut
🍁Mengurangkan rambut gugur
🍁Mengekalkan kelembapan rambut
🍁Rambut lebih sihat dan bersinar
🍁Melembutkan rambut
🍁Menghilangkan kelumumur
Cara Menggunakan Sevenis Hair Oil
Gunakan selepas rambut separa kering atau sudah kering. Picitkan Sevenis Hair Oil dan gunakan hujung jari untuk urutkan dan ratakan ke seluruh kulit kepala dan rambut.
Tips Ekstra
🍁Sapukan Sevenis Hair Oil sebelum anda tidur dan balut sepanjang malam. Keesokan paginya terus cuci dengan shampoo untuk hasil rambut yang lebih lembut dan sihat.
Untuk Tempahan Dan Info Lanjut
Facebook : Shampoo Bunga Raya HQ
Website: https://mham.com.my | https://asmak.com
Instagram: @asmak.haircare
Hotline: 0199708897
it's great to have a lovely set of haircare... hair is important for everyone to hv a great look and to protect our head..
ردحذفgood to know from you, want to shop for hair care range but thinking which to purchase. Just nice to see your post here can think of this brand as no try before. shall find out this range soon.
ردحذفNk cubalah. Ada mslh keguguran rambut selepas bersalin. Mungkin boleh mengurangkan keguguran rambut ni nanti
ردحذفFirst time hearing Asmak Hair Care. It looks nice to use. It's nice that the price is affordable so everyone can try it out
ردحذفsebelum ni memang pernah dengar tentang minyak herba asmak. Tak silap 2-3tahun lepas la pemes minyak tu.
ردحذفTak sangka pulak sekarang mereka dah ada produk lain ye. Produk penjagaan diri.
Ohhh Asmak Hair Care. Nampak menarik. Kat mana bleh beli dengan mudah? Ada dijual kat Guardian atau Watsons tak?
ردحذفOwhh dah ada hair produk pulak Asmak ni ya. Macam menarik je..sis pun tgh ada prob rambut gugur ni..bolehlah try nanti
ردحذفWah shampoo bunga raya. dulu saya guna lendir daun bunga raya buat lebatkan rambut. Memang menjadi
ردحذفSaya pernah dengar bunga raya sangat baik untuk rambut. Tapi jarang jumpa shampoo dari bunga raya.
ردحذفMacam menariklah.. Kita penah bau minyak rambut dia.. Sedap.. Dan bila guna xberminyak sgt. Takdelah rasa oily je kat kepala kan..
ردحذفrasa macam familiar gn jenama ni. macam3 produk dah ya. bagus betul perkongsian ni. lepas ni dh tau nak beli apa dan brand apa. tq sebab share
ردحذفNampak macam menarik pulak, maklum la sejak2 berumur ni rambut banyak gugur so memang tgh cari haircare yang sesuai
ردحذفAda seleksi penjagaan rambut ye.. liez tahu ada minysk je sbb mmg anak2 guna minyak asmak tu.. bagus ada set penjagaan rambut ni utk kaum hawa mcm kita ni..
ردحذفNi product baru ke? kita x pernah dgr lagi brand ni. Tapi nampak mavcam elok je sbb set dia lengkap dah semua tu.
ردحذفProduk ni memang bagus..masalah rambut ni jangan dibiarkan takut melarat..
ردحذفThanks for sharing, akak memang tengah mencari produk haircare, rmbut ni asyik gugur saja dah tak tau nak buat macam mana lagi, dah coba beberapa produk camtu jugak, boleh coba yang ni pulak lah, siapa tahu serasi
ردحذفCara Nak Mulakan Bisnes Homestay
This is my first time get to know about this hair care brand. I m looking for hair care products for my hair loss problem will check out more about it. Thanks
ردحذفbguslah set lengkap ni.. mcm nak cuba
ردحذفIt is good to have a a complete set of good haircare to make sure our crowning glory is always in good condition. :)
ردحذفOk.. First time dengar pasal asmak hair shampoo ni... Mcm menarik ja yg shampoo bunga raya tu
ردحذفإرسال تعليق