(Throwback) Pengalaman Bercuti Di Tempat Menarik Sekitar Penang

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syira nak throwback sikit atau orang Kedah kata lempaq belakang. Hehe.. Tetapi sebelum itu, kalau korang tengah survey pakej percutian ke luar negara contohnya Pakej Percutian Ke Korea, korang boleh cuba perkhidmatan daripada Arba Travel. Okay moving on, Syira pernah bercuti di Penang pada beberapa tahun yang lepas. Lebih kurang mini honeymoon la.

Husband syira last minute ajak pergi bercuti. Mula-mula tu plan nak ke Langkawi. Pakej tu ada tapi kereta sewa pulak yg tak ada. So, kami pilih Penang jelah memandangkan syira tak explore lagi Pulau Pinang ni.

Hari Pertama


Penginapan kami sepanjang 3 hari 2 malam ni di TH Hotel Penang. Under Tabung Haji. Berdekatan dengan Bayan Lepas. Rate untuk 3 hari 2 malam masa syira booked RM246.74 termasuk tax etc. Totally recommended kalau you guys mai Penang. Bilik tersangat la luas. Serius cakap. Antara facilities yg ada kafe, conference room, courtyard dan banyak lagi. Bilik yg syira stay tu ada aircond, tv, wifi. Tapi.. wifi slow sikit. Sabor jela huhu.

Ini biliknya

Ini la hotel yang kami stayed..

Selepas check in, kami terus pergi Penang 3D Trick Art Museum, Georgetown. Masa kami pergi tu orang tak ramai sangat. So tak dak la crowded dalam tu kalau nak bergambar. Tiket masuk RM15/pax. You guys jangan risau dalam tu ada pekerja yg akan assist kita supaya dapat bergambar dengan betul. Bagi syira memang sesuai kalau pergi dengan family.


Posing sikit
            

Sepatutnya kena berdiri atas titi tu tapi..
            

Over bebenor..


Plan lepas tu nak pusing Padang Kota. Sebelah ja dengan muzium tadi. Hujan rintik-rintik masa tu. So berhujan sikit la kami. Padang Kota dah tak macam dulu. Dah cantik sekarang. Orang cakap kalau mai Padang Kota ni wajib try mee sotong & coconut shake. So here we go!

Selepas penat beratur hampir setengah jam (ramai gila kot) baru dapat pesanan kami. Alhamdulillah memang berbaloi beratur sebab sedap sangat. Sepinggan RM5. Kalau nak tambah extra sotong RM7. Coconut shake RM4.


Padang Kota
            

Coconut Shake
            

Mee Sotong

Selepas makan terus pergi Pesta Penang, Sg Nibong. Masa kami pergi ni hujung tahun. Kebetulan ada Pesta Penang. Saja ja jalan sana. Tapi syira nak cita la kat ampa, jangan parking dekat dengan rumah orang sebab kami terpaksa bayar RM6. Tak tau la kena game ke apa. Huhu

Sepanjang perumahan tu ada tuan rumah yg jaga. Nasib kami laaa sob sob. Pesta Penang ni banyak orang jual barang selain permainan macam fun fair tu. Syira tak main just jalan² cuci mata. Sempat la rembat 2 helai tshirt. Kehkeh.


Tak berani nak naik
             

Cantik lampu-lampu kat sini


Hari Kedua


Sarapan kami hari kedua di Tamcruzz Roti Bakar. Try la roti bakar telur gegar. Memang bergegaq wei sebab sedap gila. Sampai dok teringat lagi rasa roti tu. Nak try? Nanti waze Bayan Cafe, Persiaran Bayan sebab sebelah ja Bayan Cafe. Lepas tu kami pergi Bukit Bendera.

Tiket masuk RM10/pax. Kalau fast lane RM30/pax. Apa beza dia? Alah konon yang fast lane tak payah beratur panjang. Sama ja bagi syira. Syira tak rushing sangat so tak kisah nak beratur. View atas tu priceless. Memang lawa.


Khidmat melukis potret
Sini boleh lock kunci sebagai kenangan
                            
                                     
Ramainya pengunjung yang datang
             
                                     
Lawanya pemandangan
             


Lepas tu plan nak pergi Penang Street Art tapi kecewa sebab parking full. Mungkin peak hour kot masa kami pergi. So terus tukar plan pergi Gurney Plaza. Depan Gurney Plaza ni pantai so boleh la hampa nak chill lepak.

Syira dah biasa lepak so just cari makan ja dalam tu. Sebab kami nak ke Batu Ferringhi lepas tu. Mesti semua tahu kan pemandangan sana memang lawa. Syira just jalan-jalan ja. Sementara tunggu Night Market Batu Feringghi. Syira sempat la belikan ole-ole untuk family. Murah-murah belaka cek habaq.


Konon nak romantik-romantik tapi tak pandang pula..


Cantik sangat pantai dekat sini


Sebelum balik hotel kami perkena Nasi Kandar Line Clear. Kalau mai Penang tapi tak try nasi kandaq memang satu kerugian. The original nasi kandaq kot. Memang layan. Husband syira suka betul dapat makan. Hihi harga tak ingat dah. Tapi standard la lepak makan mamak. Rasa memang sedap. Yang pernah cuba mesti tau rasanya.


Tudiaa
             

Nasi Kandar Line Clear
             


Hari Ketiga


Last day kami terus pergi Snake Temple lepas check out. Dekat ja dengan hotel. Dekat sini view cantik juga dengan rekaan bangunan bertemakan oriental. Dah nama pun temple kan. Dekat sini banyak jenis ular. 

Syira dengan acah berani snap dengan ulaq sawa. OMG gila geli. Acah acah berani jela. Pegang pun sipi-sipi ja. Tak berani sangat hehe. Sebelum balik kami singgah Queenbay. Cari makan lepas tu shopping sikit. Sekali sekala katanya. Haha


Snake Temple

Ular sawa albino

Muka tengah tahan geli


So far, perbelanjaan kami sepanjang 3 hari ni tak lebih daripada RM1200. Okay la kan. Masih di dalam bajet masa tu. Tapi kami enjoy sangat. Tak sangka Penang banyak tempat menarik. Makanan tak payah cakap la. Food paradise. Kalau hampa mai Penang boleh la pergi tempat yg syira cerita tu. Ada lagi tempat yg best macam Wonderfood, Taman Rama-rama dan sebagainya.


Lama tak naik feri.. Jumpa lagi Penang :)

20 تعليقات

  1. Penang ni besttt sgt2. tp kalau dh pegi mesti blur taktau nak p mana hehe

    ردحذف
  2. wow Penang, lama tak pi ooo. Macam-macam tempat makan ada di sini, awesome ek. Lama betul kak lily tak pi Penang jalan-jalan, pi sebab keje selalu lah kan

    ردحذف
  3. Hey, thanx for sharing this travel log with us. Awesome! Sronok dpt vacation di Penang kan? Penang is one of my favorite destination n in Malaysia besides Sarawak and Sabah. There are so many interesting spots to visit in Penang. PLus Penang is a food heaven. My favorite spot in Penang is The Teddy Ville Museum.

    ردحذف
  4. Menarik juga bercuti di Penang. Kalau saya la tak berani nak pegang ular. Apatah lagi lilit kat badan....just nak bagi pendapat. Kalau boleh scroll ke bawah dengan screen lebih besar untuk entry post sebab iklan kat atas tu statik kat situ. Kena scroll ke bawah dan boleh baca screen hanya setengah muka entry ni.

    ردحذف
  5. tq for sharing, syiera.
    next month, after upsr, aida ke penang 2 mlm.
    so membara baca post syiera ni.
    tak sabar! terutama part makan-makan tu tau.
    penang - heaven makanan. food hunting bakal bermula!!!

    ردحذف
  6. Menarik review ini. Terima kasih sudi berkongsi pengalaman anda kepada kami semua (pembaca) . Lepas ini ada tempat hendak menginap lepas ini hehe

    ردحذف
  7. ni baru puaih hati pusing penang. mek dua malam jugak tapi entah apa la yang dibuat. sempat pegi beberapa tempat je. hahahha.

    ردحذف
  8. Lama giler tak datang penang jalan2.
    Dulu masa belajar jela dtg. Cari nasi kandar . Banyak juga tempat menarik boleh plan dekat sana ye. Sebelum ni terbayang2 nasi kandar je penang 😬

    ردحذف
  9. Bercuti
    Mmg seronok. Apatah lagi di Penang yg memang heaven dengan makanan yg sedap-sedap

    ردحذف
  10. penang best.. bnyk tempat2 yg menarik.. kalau setakat pergi sehari dua mmg tak puas.. makanan pun bnyk yg sedap2...

    ردحذف
  11. Pulau pinang mmg banyak tempat menarik, di pulai pun menarik di tanah besar pun byk tempat menarik. Alhamdulillah, rumah parents mmg dekat ja dgn P. Pinang, jadi mmg selalu la jalan2 kt situ.

    ردحذف
  12. Penang memang ada banyak tempat boleh dilawati.. baru last week pergibtapi xsempat nak jalan2 sbb spend 1 night je then dah balik kl. Next nak pergi beberapa tempat yg ada lah..

    ردحذف
  13. Dulu waktu beljr, kerap jalan2 penang.. Lepas kawin tak dpt jalan lagi.. Banyak tempat emnarik ye dekat sana.. Syok oo.. Sekrg pennag ada macam2 dah.. Boleh la nanti ade rezeki p

    ردحذف
  14. Wow a very detailed log for those that have not been there. Penang is a beautiful place. I have been there many times and still never get bored of the place. Love their food especially.

    ردحذف
  15. Syoknya syiera, Penang wishlist qaseh gak tapi pernah pergi sekali cuma tak puas sebab sekejap sangat

    ردحذف
  16. BBL dah lama tak pergi pulau pinang, last time tak silap waktu belajar university. banyak tempat menarik area penang sekarang ni. boleh la letak dalam itinary kalu pergi sana

    ردحذف
  17. Dah lama xpg penang, ladt pegi penang sbb tgk anak buah kawin jd sempatlah round penang and pg expo dorang skli

    ردحذف
  18. Bestnya jalan2 kat penang. Kita teringin nak ke penang yag terkini.. Sbb mcm2 ada... Family day thun ni tepaksa skip sbb de yg xleh jauh2.. Huhu..thanks share.. Nk buat rujukan g penang nnti

    ردحذف
  19. Rindu nya penanh. Penang tempat yang best untuk travel n makan makan. Adudu ular tu geli nye tengok. Awat besar nau perut dia tu.

    ردحذف
  20. Sebenarnya kan, Bella rasa cuti2 dalam negara sendiri macam lagi mahal dari keluar negara. Haha. Haritu pergi Perlis (drive) utk 3 malam pun banyak duit burn. Adehh. Cuma yang bagusnya, kita membantu ekonomi negara dan dapat juga tengok tempat2 menarik Malaysia di negeri lain yang tiada di negeri sendiri

    ردحذف

إرسال تعليق

Post a Comment

أحدث أقدم