MYLARA Skincare - Rahsia Penjagaan Lengkap Kulit Putih Bersih


MYLARA Skincare - Rahsia Penjagaan Lengkap Kulit Putih Bersih | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca syira. Alhamdulillah, kita sudah memasuki Perintah Kawalan Pergerakan fasa ketiga. Semoga wabak yang melanda ini cepat pergi dari bumi kita. Amin. First and foremost tahniah diucapkan kepada Lara Beauty Global di atas kejayaan dalam menghasilkan produk berkualiti sekali gus membuktikan produk tempatan Malaysia mampu mencipta nama baik sebaris dengan jenama tersohor yang lain. Okay mari syira kongsikan dengan pembaca syira mengenai produk best ini.


MYLARA Basic Whitening 3in1
Di dalam set skincare ini terdapat 3 jenis item iaitu Glowing Cleanser, Matte Perfect CC Cream dan Instabright Night Cream. Kesemua produk ini mendapat lulusan KKM dan juga halal Jakim. Sememangnya selamat digunakan oleh semua jenis kulit.


Glowing Cleanser (60ml)
Pembersih wajah dalam bentuk gel, berbau haruman floral segar, bewarna pink lembut, tidak likat atau melekit dan paling penting ianya berbuih minimal.


Bahan:  Aqua (water), Sodium Lauryl Sulphate, Carica Papaya Fruit Extract, Aloe Barbadensis Extract, Soluble Collagen Cocamidoprophyl Betaine, Cocamide DEA, Sodium Benzoate, CI 77491, Fragrance.

Syira suka pembersih muka ni sebab wangi sangat baunya. Bila lepas guna, rasa segar dan lembut je kulit. Kulit terasa lebih lembap.

Cara menggunakan Glowing Cleanser: Basahkan tangan dengan air. Pamkan 1-2 titis Glowing Cleanser di tapak tangan yang basah dan ratakan ke wajah. Gosok lembut ke seluruh wajah dan dibilas.


Matte Perfect CC Cream (7g)
Mempunyai perlindungan SPF30, cukup untuk melindungi kulit daripada sinaran matahari. Merupakan krim yang berwarna natural skin tone yang sesuai digunakan oleh semua jenis kulit. Matte finish dan berbau almond. Wangi betul!


Bahan: Aqua (water), Glycerin, Pearl Powder, Argan Oil, Titanium Dioxide, PEG/PPG-20/15 Dimethicone, Isononyl Isononanoate, Iron Oxide, Hydroxethyl Urea, Vinyl Dimethicone, Cyclopentasiloxane, Dimethicone Crosspolymer, Prophylene Glycol, CI 77492, Fragrance

Yang paling syira suka Matte Perfect CC Cream ni sebab tidak bercapuk bila guna. Tekstur lembut dan tidak berminyak pada kulit. Lepas tu mesra wuduk. Haaa.. ini yang best!

Cara menggunakan Matte Perfect CC Cream: Sapukan sedikit ke seluruh wajah pada waktu siang


Instabright Night Cream
Bertindak sebagai krim perawatan waktu malam. Bertekstur lembut dan senang meresap ke dalam kulit. Sesetengah krim kan melekit kan. Syira paling suka tekstur macam ni. Senang nak guna. Memberikan kesan pemutihan kepada pengguna tanpa sebarang pengelupasan.


Bahan: Water, Niacinamide, Rosa Centifolia Flower Water, Citric Acid, Honey Extract, Propylene Glycol, Hydroxyethycellulose, Isopropyl Alcohol, Avena Sativia (Oat) Kernel Extract, Butylene Glycol, Centilia Asiatica Extract, Polygonum Cuspidatum Root Extract, Scutellaria Bicalensis Root Extract, Camelia Sinensis Leaf Extract, Elycyrrhiza Glabra (Licorice) Root Extract, Polysorbate-20, Sodium Hyaluronate, Fragrance, Disodium EDTA, Phenoxyethanol, Ethylhexylglycerin.

Cara menggunakan Instabright Night Cream: Sapukan secara nipis (jika tidak terdedah pada matahari terlalu lama) ke seluruh wajah pada waktu malam


Harga
MYLARA Skincare Basic Whitening 3in1
RM75.00 SM / RM80.00 SS

Sebarang pertanyaan dan tempahan, boleh layari:

Instagram: @mylaraskincare
Facebook: Mylara Skincare



0 تعليقات

إرسال تعليق

Post a Comment (0)

أحدث أقدم