Pelembap Muka Unik Berasaskan Water Based Yang Tidak Berminyak, Senang Meresap Dan Merawat Sunburn l Hansaegee Nature


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca kesayangan syira. Kali ini syira nak share dengan kalian mengenai satu produk best dari Korea. Haa.. Sharing is caring gitu. Produk yang syira maksudkan ialah Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature.

Bagi yang kurang familiar, Hansaegee Nature ini merupakan jenama skincare dari Korea. Syira memang sentiasa teruja kalau skincare dari Korea sebab tau produknya semestinya berkualiti tinggi. Rata-rata syira tengok review semua cakap best dan bagi feedback yang bagus.

Untuk pengetahuan kalian, Aqua Whitening Cream adalah krim pelembap kulit yang bukan sahaja melembapkan kulit tetapi mampu merawat masalah kulit di mana mempunyai efek 'water drop' semasa menggunakannya. Uniknya! So, jom syira ceritakan mengenai Aqua Whitening Cream dengan lebih lanjut. 

Fungsi Aqua Whitening Cream

Fungsi utama Aqua Whitening Cream adalah melembapkan kulit serta merawat kesan sunburn dan kemerahan akibat sinaran matahari. Disebabkan itulah, Aqua Whitening Cream sangat sesuai digunakan semasa cuaca panas terik.

Fungsi lain Aqua Whitening Cream

- Menyegarkan kulit

- Kawalan lebihan minyak / sebum

- Mampu memutihkan kulit

- Kesan hidrasi kepada kulit

- Sesuai untuk kulit kering



Bahan yang terkandung dalam Aqua Whitening Cream

Istimewanya Aqua Whitening Cream ini diformulasikan daripada ekstrak herba di mana mampu menenangkan kulit dan menambah baikkan kelembapan kulit daripada lapisan kulit. Yela kan Malaysia kan kejap panas, kejap hujan. Kulit syira pula memang jenis kulit kering, jadinya memang memerlukan pelembap kulit yang sesuai.

Ia mengandungi bahan utama iaitu Minyak Benih Camellia Japonica yang membantu melembapkan kulit daripada lapisan kulit paling dalam, selain tidak menyumbang kepada tumbuhnya jerawat dan juga tidak menyekat liang pori kulit. Ia juga dapat merawat kulit kering dan sunburn akibat sinaran matahari.


Selain itu, bahan utama yang terdapat juga adalah Niacinamide atau lebih dikenali sebagai vitamin B3 sangat membantu mencerah ton warna kulit, kawalan minyak berlebihan dan juga menegang kembali kulit. Yang bestnya dapat meminimakan liang agar dapat mengawal lebihan minyak pada kulit.

Bahan-bahan lain adalah seperti, Ekstrak Root Angelica Acutiloba, Ekstrak Cicidium Officinale Root, Ekstrak Buah-buahan Florida Gardenia, Ekstrak Ekstrak Paeonia Albiflora, Ekstrak Daun Ekstrak Pinus Densiflora, Prunus Armeniaca (Apricot) Minyak Kernel, Ekstrak Rehmannia Chinensis dan sebagainya.

 

Cara menggunakan Aqua Whitening Cream

Selepas mencuci muka, sapukan krim ini ke seluruh wajah. Sapu dengan jumlah yang mencukupi secara perlahan. Dalam beberapa saat, akan muncul titisan air (water drop). Jangan lap tau! Dap dap je supaya dapat diserap ke dalam kulit. Boleh tengok cara-caranya di bawah.

Apa-apa pun boleh cuba apply dekat tangan dulu untuk tengok sesuai ke tidak. So far sesuai dengan syira yang kulit kering ni. Lepas dah okay, boleh sapu dekat muka pula. Lagi pun krim ini bebas daripada bahan terlarang dan selamat digunakan untuk semua jenis kulit. Boleh digunakan pada siang dan malam.

 

Testimoni syira menggunakan Aqua Whitening Cream

Dah hampir dua minggu syira menggunakan Aqua Whitening Cream ni sebenarnya. Syira nak komen sikit daripada segi tekstur krim ini. Syira jatuh cinta dengan teksturnya yang ringan, tak greasy dan senang meresap ke dalam kulit. Sebab syira ni agak cerewet sekiranya krim itu melekit. Memang akan rasa tak selesa. Bau krim ini juga wangi sangat.

Syira sememangnya mempunyai masalah kulit kering dan kusam. Lebih- lebih sekiranya cuaca terik, memang kulit agak kering dan tampak lesu. Dah pelbagai jenis produk yang telah syira dah cuba, tidak memberi kesan berpanjangan dan efeknya untuk sementara waktu sahaja. Selepas syira menggunakan Aqua Whitening Cream, masalah kulit kering dapat diatasi.

Macam magik pun ada, kulit syira terasa lebih lembut dan lebih fresh sepanjang hari. Sebagai surirumah, syira sentiasa ingin menjaga penampilan dan juga kecantikan kulit, di sinilah Aqua Whitening Cream membantu syira. Kalau duduk rumah, syira jarang mengenakan solekan, jadi syira sapu je krim ni terus instant glowing. Lagipun syira suka sangat dengan efek ‘water drop’ Aqua Whitening Cream ini.

Syira gunakan pada setiap malam dan juga pada waktu siang terutama sekali sebelum mengenakan solekan supaya solekan lebih bertahan lama. Muka pun nampak glowing dan segar semasa mengenakan solekan. Tak risau sangat kalau berhadap dengan cahaya matahari yang terik, sebab kulit syira sentiasa lembap dengan adanya Aqua Whitening Cream ni. Kalau bangun tidur pun, kulit dah kurang berminyak. Rugi tak guna dari dulu.. Kalau tau, dah lama tau order. Hehe

Sekiranya berminat untuk menempah dan ketahui info lanjut mengenai Aqua Whitening Cream, boleh klik pautan di bawah ini. Selamat mencuba!


Brand: Hansaegee Nature
Website: www.hansaegee.com/shop
IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

 

22 تعليقات

  1. Memang bagus produk no sebab sy pun ada pengalaman pakai dan sgt sesuai utk sy yg kulit jenis berminyak ni

    ردحذف
  2. Wow, Memang jelas perbezaan selepas penggunaannya. Terbaik la..

    ردحذف
  3. lama gak nak try produk nih tapi tak sempat manjang ...muka pun dah mula kering sebab asyik berjemur ...nanti nak try jugaklah

    ردحذف
  4. Naim baru tahu ada produk sebegini, maaflah kurang arif penjagaan sebegini. Naim harap kaum wanita akan memlih produk ini. hehe

    ردحذف
  5. Nice to know that Aqua Whitening Cream from Hansaegee Nature works for you. Everyone wants to look fairer right

    ردحذف
  6. Waa..menarik pelembab ni. Jarang sekali ada produk yg keluar water drop bila apply kat kulit

    ردحذف
  7. Wah, nak cuba la! Susah nak jumpa sunblock yang water based ni. Selalu mesti oil/mineral based. Habis berminyak muka.

    ردحذف
  8. Produk hansaegee nature yang ni memeng teringin nak try, sy pernah guna pembersih hansaegee nature mmg best, nnt nak try yg ni pula

    ردحذف
  9. Wahh first time tengok brand ni.. Brand Korea semakin mendapat tempat di Malaysia kan.. Yang bestnya product mereka memang sgt berkesan.. Patutlah muka mereka semua cantik2 jer! Worth trying product ni la...

    ردحذف
  10. wahhhh banyaknya khasiat dan kelebihan menggunakan AQUA Cream nie.rasa macam nak cubalah. thanks for the recommendation

    ردحذف
  11. Jenama yang semakin dipercayai ramai pengguna ..Sis pun gunakannyaa.. sekali cuba serasi terus sukakannya...nampak perbezzan dalam masa seminggu ajaa..

    ردحذف
  12. boleh merawat sunburn. eh menarik ni sis. boleh la cuba nanti. sunburn yang gi tioman lepas x elok2 lagi ni.

    ردحذف
  13. I read many good review about this cream also, will check out the product soon.

    ردحذف
  14. Pernah guna produk ni mmg best. Esp dia mmg cepat serap. X melekit

    ردحذف
  15. Menarik juga cream ni. Lepas tu nampak la perbezaan kulit tu. Tahniah

    ردحذف
  16. nampak bestnya ... sgt2 moist lah kulit jadinya yer syira. org kulit kering mmg sesuai

    ردحذف
  17. menarik produk ni! nampak hasilnya meyakinkan. bolehlah dicuba nanti. terima kasih share ya :)

    ردحذف
  18. hmm, think it would make a good gift for my wife. thanks

    ردحذف
  19. brand fav sangat sangat ni... tapi yang pelembab ni saya tak pernah try pula. Thanks buat review ni... nak try juga nanti...

    ردحذف
  20. Memang best pakai ni.. Pernah review then sesuai dh habis terus beli.. Harga memg not bad tapi dh best tetal beli.. Hehe

    ردحذف

إرسال تعليق

Post a Comment

أحدث أقدم