Sejujurnya syira ada order barang dekat Shopee a few days ago before masalah mogok daripada staff J&T Express lagi. Bila dah jadi macam ni, ahhhhh sudahhhh.. semak kepala la jugak memikirkan masalah ni.
Tujuan syira guna servis J&T Express ni sebab poslaju area rumah syira bermasalah sikit sejak hub depa ni berpindah jauh. Selalu lewat deliver kadang tunggu seminggu. Pernah sekali slip poslaju pun hilang. Adoi..
That's why la.. syira selesa guna J&T Express. Sebab servis J&T Express dekat Sungai Petani agak laju dan cemerlang la setakat ni. Penghantaran tak delay la kiranya. Yang bermasalah dengar khabarnya di KL dan Selangor kan?
Pendapat syira.... Kalau staff J&T Express nak mogok sekali pun jangan lah sampai merosakkan barang customer. Terkedu jugak la tengok barang dicampak dan dibaling sesuka hati. Nak mogok, mogok la tapi jangan jadi tak waras akalnya.
Bayangkan laa.. ada barang berharga yang customer beli. Alih alih sampai dah rosak. Tak ke rugi? Syira ada tengok tadi customer beli monitor tapi bila dah sampai, skrin crack. Sadis gila.
Pada pihak J&T Express, please fix this. Kalau ada masalah dalaman, jangan lah buat macam ni. Kesian la dekat customer. Beli barang bukan pakai air liur. Mungkin duit tu dah dikumpul sekian lama.
Harapnya masalah ni cepat selesai. Syira pun berdebar jugak ni tunggu barang. Harga boleh dikatakan agak mahal bagi syira laa.. sebab kita memang dah target nak beli. Doakan parcel Shopee syira sampai dengan selamat tau! Amin
kesian barang peniaga dan customer, tak pasal2 jadi mangsa..alahai..mogok patut dengan orang atasan je
ردحذفIt's all about attitude. But Alhamdulillah so far barang Ai semua selamat hantar n sampai dari j&t.
ردحذفramai orang boikot sekarang huhu
ردحذفإرسال تعليق