Assalamualaikum. Pejam celik dah masuk 11 hari kita berpuasa, rasa macam baru ja puasa diumumkan. Hari raya pun bakal menjelma tak lama lagi, semestinya kita semua tak sabar nak menyambut Hari Raya Aidilfitri kan? Syira boleh dikatakan setiap tahun lebih suka shopping persiapan baju raya lebih awal bagi mengelakkan isu size tak dak laa, design tak berkenan dan sebagainya.
Makanya, Pusat Pakaian Hari-Hari menjadi pilihan kami sekeluarga. Di sini bukan sahaja terdapat pakaian sekolah dan harian, baju raya pun ada tau. Sebab tu lah syira terjah sebab sekarang tengah ada promosi. Promosi apa? Satgi syira cerita dengan lebih lanjut.
Pengalaman Shopping di Pusat Pakaian Hari-Hari!
Syira sekeluarga berkunjung ke Pusat Pakaian Hari-Hari cawangan Taman Batik pada 23 April. Mujur tak ramai orang masa kami sampai. Bukan apa malas nak bersesak-sesak di musim pandemik ni. Sampai ja depan pintu masuk, scan dulu MySejahtera. SOP tetap kena patuhi di mana saja kita berada.
Lepas tu barulah, misi mencari baju raya diteruskan. Banyak weh koleksi Raya Hari-Hari 2021 ni. Rambang mata juga nak memilih. Mula-mula, pilih baju si kecik Medina ni dulu. Alahai, ibu geram tengok design baju budak.
Comel gila baju raya budak kat sini. Warna pun cantik-cantik. Design up to date. Kena lah dengan cita rasa medina. Semua baju dia cakap cantik. Medina ni tinggi sikit, nasib lah ada size dia. Kalau tak jenuh jugak nak mencari baju dia.
Seterusnya, baju ibu medina pulak. Baju syira ni paling lama memakan masa untuk memilih. Haha biasalah nama pun perempuan kan, selagi tak berpuas hati betul-betul, selagi tu la tak habis lagi membelek. Sabar jelah staff Hari-Hari melayan mak buyung sorang ni.
Walaupun banyak design yang dah berkurangan size tapi jangan risau ada lagi design yang cantik-cantik yang boleh dipilih. Ibu medina yang rambang mata nak memilih citanya. Haha banyak sangat koleksi, harga pun berbaloi.
Dah selesai baju raya syira, giliran ayah medina pulak. Orang lelaki ni paling mudah la kalau bab pilih baju, siapa setuju? Nampak ja yang berkenan terus cuba. Husband syira ni nasib la tak cerewet bab pakaian.
Nampak segak bergaya tak? Haha. Fabrik baju melayu kat sini semua elok dan tak panas. Nak pakai pun selesa ja. Pilihan warna dan size pun masih banyak. Bukan setakat baju melayu je ada, bagi peminat baju kurta pun ada.
Songkok dan sampin juga dijual di sini. Husband pun memang kebetulan tengah cari songkok. Oh ya, dekat Pusat Pakaian Hari-Hari ni banyak lagi pakaian yang dijual seperti blouse, baju kanak-kanak, kemeja lelaki dan sebagainya.
PERCUMA HADIAH sempena Raya 2021
Macam syira beli ni, pembelian lebih daripada RM200, so dapatlah percuma beg woven purple ni. Lawa tak? Besar pulak tu. Biasalah mak-mak memang suka beg macam ni. Hehe
Oh ya untuk pengetahuan semua, sekarang terdapat 85 cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari. Akan buka lagi 5 di Klang, Kajang, Tampin, Bukit Mertajam dan Kedah dalam tahun ini. Tapi... Kalau tak mau shopping walk in, boleh je buat pembelian online di www.ehari.com atau shopee Hari-Hari dan nikmati diskaun 15%.
Memang berbaloi beli dekat sini. Murah dan semua berkualiti
ردحذفBaru teringat, hari-hari pun ada jual pakaian raya. Boleh lah bawa family kat sini. Yang penting. anak-anak pun boleh masuk sini.
ردحذفإرسال تعليق