Bila dah lockdown ni, mulalah mencari bekalan kudap-kudapan. Bukan apa, saja nak mengunyah masa layan movie. Kebetulan ternampak dekat Instagram KokojarShake mengenai keluaran perisa baru produk mereka iaitu Mango Yogurt dan Strawberry Yogurt. Hmmm.. dengar nama pun dah terliur kan.
Apa lagi zap zap terus order dua balang serba satu. Medina pun suka makan kokojar ni. Selalunya dok makan perisa coklat jer kan, so apa kata kita cuba yang lain daripada yang lain pulak. Penghantaran cepat dan selamat sampai.
Perisa Baru Kokojarshake Mango Yogurt dan Strawberry Yogurt
Untuk pengetahuan kalian, produk kokojarshake ini merupakan campuran bubble rice dan mini white crunch. Bersalutkan coklat cair premium. Sebab apa premium? Haaa.. ini istimewanya Kokojarshake ni, walaupun balang ni terdedah dekat luar, coklatnya masih lagi cair tanpa melekat-lekat.
Ada sesetengah koko jar yang syira makan sebelum ni, kena panaskan dulu baru lah cair coklatnya. Selain daripada perisa baru ini, Kokojarshake ni ada juga perisa coklat dan mocha. Tertarik juga nak cuba perisa mocha tapi nanti dulu... Meh syira review dua perisa baru ini dulu.
Sekarang ni tengah musim harum manis ka? Sebabnya syira asyik ternampak orang post pasal harum manis. Itulah yang tertarik nak mencuba Mango Yogurt. Sama rasa macam harum manis! Bagi syira la kan, rasa masam buah mangga tu tidak keterlaluan, just nice dan kurang manis.
Sangatlah sesuai dengan penggemar buah mangga. Bau Kokojarshake Mango Yogurt ni wangi oi. Mak syira ingat tengah makan buah mangga, rupanya Kokojarshake perisa mangga. Haha cadangan boleh dimakan bersama cereal atau oats. Confirm sedap.
Bagi penggemar buah strawberi pula, jangan terlepas peluang untuk merasa Kokojarshake Strawberry Yogurt. Yang ini favourite medina. Dia cakap sedap. Budak-budak suka tu, maknanya betul la. Bukan medina, ibu dia pun suka juga.
Rasa masam buah strawberi sangat seimbang dengan rasa manis. Serius makan tak boleh stop bila dah start mengunyah. So crunchy. Yang paling penting tak muak langsung. Sedap dimakan begitu sahaja atau dimakan dengan kepingan roti.
Kalau tengok dari segi packaging sangat cantik dan balangnya juga besar weh. Sangat berbaloi dengan harga hanya RM18 sahaja. Bahan yang digunakan juga premium dan dijamin Halal. So tak perlu ragu-ragu, boleh terus shake dan makan.
Bagi yang berminat untuk menjana pendapatan bersama Kokojarshake, kalian bolehlah mendaftar sebagai stokis atau agen Kokojarshake. Syira faham dalam keadaan sekarang, ramai dikalangan kita kehilangan punca pendapatan atau ingin mencari extra income, bolehlah try! Mana tau rezeki kan..
Menarik jugak yer perisa mango & strawbery . Kebanyakkan selalu jumpa coklat aje
ردحذفKan puas hati balang besar kan. Ras apun sedap
ردحذفconfirm sedap nih
ردحذفإرسال تعليق