Perumahan Tiara Sendayan ni agak popular ye. Pernah viral di sosial media dengan kawasan perumahan yang cantik dan tenang. Korang!!!! Inilah peluang terakhir untuk memiliki perumahan landed parcel di Tiara Sendayan ni. Katanya ini adalah perumahan landed terakhir. Alaaaa.. inilah masanya! Meh syira kongsikan info dengan korang dulu.
Perumahan Tiara Sendayan berlokasikan di Seremban, Negeri Sembilan dilihat sebagai lokasi yang menarik untuk didiami. Kenapa syira cakap strategik? Sebab Tiara Sendayan mudah diakses menerusi Lebuh Raya Utara Selatan, Lebuh Raya Seremban-Port Dickson dan KLIA Linkage. Lagi pula, perumahan Tiara Sendayan di bawah pemaju terkemuka, Matrix Concepts Holdings Bhd.
Selain itu, kedudukannya yang terletak berdekatan dengan kemudahan yang membolehkan penduduk Tiara Sendayan akses mudah kepada sekolah berhampiran, petrol station, taman riadah dan banyak lagi. Menariknya, Tiara Sendayan berdekatan dengan d’Tempat Country Club di mana merupakan pusat hiburan dan santai terbesar di Negeri Sembilan dengan 34 ekar penuh dengan tarikan, event dan ruangan serta kemudahan sukan ekstrim.
Selain itu, kemudahan lain seperti Tiara Biz, 12-acre Central Park, Medan Tiara, Matrix Global Schools, dan Sendayan Merchant Square. Kesemua fasiliti ini boleh diakses oleh semua residensi di Tiara Sendayan. Bermula sejak 2018 lagi, Matrix Concepts sudah menjual kesemua perumahan di Tiara Sendayan di mana sudah cukup membuktikan Tiara Sendayan sering mendapat sambutan tinggi.
Bakal Melancarkan Perumahan Anara, Calia, Elara di Tiara Sendayan
Bakal melancarkan kawasan perumahan Precinct 14C3-A&B landed terakhir dengan keluasan 1,056 sq.ft. (Single Storey) dan juga 1,576 (Double Storey). Sememangnya Tiara Sendayan ini bersesuaian untuk didiami oleh keluarga besar yang ingin suasana kediaman yang lebih selesa dan luas. Untuk Single Storey akan ada 3 bilik dan 2 bilik air manakala Double Storey pula, 4 bilik dan 3 bilik air. Wahhhh.. cukup nenarik ni.
Seperti mana yang syira bagitahu tadi, terdapat kemudahan seperti 12 ekar Central Park, gelanggang futsal, gelanggang bola keranjang, gimnasium, Parcourse Station, Seating Terrace, Shelter, Children Play Area, dan banyak lagi untuk dinikmati oleh penduduk di sini. Bagi pembeli perumahan Calia dan Elara, korang akan mendapat keahlian kelab d’Tempat Country Club secara percuma dengan 2 hingga 5 terma yang ditetapkan. Bestnya!
Dah la banyak tau fasiliti di Country Club tu seperti spa, gelanggang tenis, bowling, bilik mesyuarat dan sebagainya. Bagi yang suka dengan aktiviti sukan yang lasak, korang boleh akses ke X-Park kerana terdapat sukan seperti ATV, Go Kart, flying fox, paintball, memanah dan banyak lagi. Perumahan di Tiara Sendayan juga menjadi tempat tumpuan bagi pencinta makanan tau. Di sini terdapat food bazaar yang merupakan salah satu tarikan penduduk untuk menikmati sarapan pagi atau makan malam.
Kesemua 336 unit akan dilancarkan ini mengetengahkan konsep 'green space' yang sangat sesuai untuk individu yang cintakan pemandangan kehijauan. Tenang je kan. Juga difahamkan terdapat Matrix Global Schools di sini, korang jangan risau sekolah pun dekat. Dengan semua kemudahan ini, tidak hairanlah setiap penawaran kediaman di Tiara Sendayan sebelum ini mendapat sambutan hangat dengan kejayaan 13 projek laris dalam tempoh 3 tahun.
Harga yang ditawarkan untuk perumahan bermula daripada RM225k (Single Storey) dan RM360k (Double Storey). Haaa.. korang berminat tak? Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman layar ini di https://tiarasendayan.com atau hubungi talian 1-800-88-2688 dan juga boleh mengakses laman web: tiarasendayan.com
#TiaraSendayan #ModernHomes #OwnHome #FirstHomeOwner #DreamHome #NewHome #Freehold #LandedProperty #SelfSustainingCity #PropertyforInvestment #PropertyforSale #PropertyMarket #NegeriSembilan #MatrixConcepts
Instagram: www.instagram.com/matrix_concepts
Facebook : https://www.facebook.com/matrixconceptshomes
peluang terakhir yang perlu di fikir-fikirkan untuk memilikinya ... rugi kalau tak beli di sini :)
ردحذفإرسال تعليق