Sushi King 1 Million Happy Members - Nak Menang Japan Trip!

 

Sushi King merupakan rangkaian kedai makan sushi Jepun terbesar di Malaysia! Kini Sushi King mempunyai sejuta ahli dalam program kesetiaan melalui aplikasi Sushi King mereka setakat Mac 2023. Untuk menunjukkan penghargaan kepada pelanggan setia mereka terutama ahli program kesetiaan yang digelar Happy Members, Sushi King melancarkan kempen 1 Million Happy Members. Kempen ini merupakan kempen putar dan menang dengan hadiah menarik sehingga berjumlah RM 1,000,000 dari 1 hingga 31 Mei 2023.

Program kesetiaan Sushi King ini dilancarkan pada Januari 2019 yang membolehkan Happy Members mengumpul dan menebus mata ganjaran yang diberi nama Smile Points. Selain itu, Happy Members juga boleh mendapatkan ganjaran hari jadi, kejutan ganjaran, setem Smile, penghebahan promosi terkini dan banyak lagi melalui program ini melalui aplikasi Sushi King.

Dengan pencapaian sejuta ahli, ini membuktikan penerimaan terhadap Sushi King dan budaya makanan Jepun semakin besar. Oleh itu kempen ini juga merupakan salah satu cara Sushi King menunjukkan rasa berterima kasih kepada semua ahli yang menjadikan Sushki King sebagai ‘Happy Sushi Place’. Sebagai tambahan, Sushi King komited dalam menyediakan makanan Jepun berkualiti dan pengalaman terbaik kepada semua.

Encik Hiroki Mori, Pengarah Urusan Sushi King Sdn.Bhd berkata, “Pencapaian sejuta Happy Members ini adalah mustahil tanpa sokongan berterusan daripada pelanggan, kami berasa rendah diri dan berterima kasih sekali. Melalui kempen ini, kami berharap agar dapat memberi balik pengalaman lebih istimewa kepada mereka.”

“Di Sushi King, kami berasa bangga menjadi sebahagian daripada kehidupan pelanggan yang berkongsi semangat yang sama terhadap makanan Jepun bersama sejuta Happy Members. Matlamat kami ialah untuk memberi khan kegembiraan dan senyuman kepada ahli kami dengan pelbagai inisiatif dalam program kesetiaan kami. Sempena menyambut pencapaian ini, kami memandang kehadapan untuk menjamu pelanggan kami dengan pelbagai promosi menarik, menu baharu dan pengalaman makan yang seronok di Sushi King selayaknya bagi mereka”, sambungnya lagi.


Penyertaan dan hadiah kempen putar dan menang 1 Million Happy Members adalah seperti di bawah:

Hadiah kempen 1 Million Happy Members:

1) Trip ke Jepun
2) Telefon Oppo N2 Flip
3) Apple Watch SE
4) 600,000 jumlah Smile Points
5) Dan banyak lagi!

Cara penyertaan putar dan menang 1 Million Happy Members:

1) Muat naik aplikasi Sushi King
2) Daftar menjadi ahli Happy Members
3) Belanja minimum RM 50 dalam satu resit
4) Ahli dapat peluang putar dan menang
5) Buat putar dan menang di aplikasi!

Anda boleh memuat naik aplikasi Sushi King di Google Play Store, Apple App Store dan Huawei App Gallery. Kempen ini sudah pun berlangsung 1 Mei lepas dan akan berlanjutan hingga hujung bulan Mei ni. Jadi, kena pergi segera!

Maklumat lanjut:

Laman web rasmi: www.sushi-king.com

Facebook: www.facebook.com/sushikingasia

Instagram: www.instagram.com/sushikingmalaysia

0 تعليقات

إرسال تعليق

Post a Comment (0)

أحدث أقدم