Mountain Dew Malaysia menamatkan perjalanan menarik selama dua bulan bersama Dew Challenge dengan acara kemuncaknya yang dianjurkan oleh Geek Events di Depoh Sentul, Kuala Lumpur pada 16 Disember. Acara inovatif ini menggabungkan alam maya dan realiti dan menghimpunkan lebih daripada seribu peminat permainan dari seluruh negara untuk pengalaman yang pasti tidak dapat dilupakan.
Menolak Sempadan: Mountain Dew Meraih Dua Guinness World Records
Pertarungan Antara Wilayah Melahirkan Juara: AZ MYX Mencapai kemenangan, membawa pulang sebahagian daripada jumlah hadiah RM200,000.
Pusingan akhir Dew Challenge yang menyaksikan pertarungan antara wilayah utara, selatan, tengah dan Malaysia timur, telah menampilkan persaingan sengit di kalangan ribuan peserta yang bertarung dalam talian dan juga di kejohanan paintball PUBG.
Perlawanan akhir di Kuala Lumpur menghimpunkan 16 finalis yang layak dari peringkat wilayah. Gelaran juara dicapai oleh AZ MYX dari wilayah utara diikuti oleh Sem9 Junior (Wilayah Tengah) dan Twenty2rich Guerilla (Wilayah Utara) di tempat kedua dan ketiga, masing-masing merangkul sebahagian daripada jumlah hadiah RM200,000.
Menjangkaui Dunia Permainan: Suasana Yang Meriah
Berlangsung dari jam 9 pagi hingga 7 malam, perlawanan akhir Dew Challenge
bukan sahaja satu pesta permainan—ia juga merupakan satu perayaan pengalaman yang pelbagai. Para hadirin dihiburkan dengan pelbagai aktiviti dan
vendor, termasuklah Domino’s BoxKu, Uncle Bob, MBO, kejohanan mini bagi
PUBG mobile, gerai khas mixology Mountain Dew dan permainan karnival yang
menarik. Elemen tambahan ini menambahkan suasana perayaan pada acara
tersebut dan mencipta detik-detik yang tidak dapat dilupakan untuk semua peserta.
“Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada komuniti permainan, penaja, vendor dan rakan kongsi media kami kerana menjayakan acara ini. Dew Challenge sekali lagi membuktikan bahawa Mountain Dew bukan sekadar minuman; ia adalah gaya hidup yang menyatukan orang ramai melalui minat yang dikongsi dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.”
Untuk lihat gambar dan highlights daripada pusingan akhir, sila layari laman web
Dew Challenge (dewchallenge.com) dan halaman Facebook Mountain Dew (https://www.facebook.com/MountainDewMalaysia). Nantikan butiran mengenai
Dew Challenge yang seterusnya.
إرسال تعليق