SUKA Susu Kambing Cokelat - Sedap Dan Berkhasiat!

 

SUKA Susu Kambing Cokelat - Sedap Dan Berkhasiat! | Kalau bangun pagi, syira memang akan cari minuman panas. Tetapi.. jenama yang syira selalu minum tu, sudah diboikot. Kalau nak minum kopi pun tak boleh minum selalu. Kalau tak minum, rasa lesu pula kan. Jadinya syira mencari alternatif lain. Terjumpa la SUKA Susu Kambing Cokelat ni semasa syira nak membeli Cuka Kurma Ajwa OXYMEL KHAL In-Sãnivir hari itu. Jadi, syira pun order la sekali.

Serbuk susu kambing ini adalah 100% tulen dan organik yang dihasilkan melalui kaedah "spray-dried" untuk menjadikan susu kambing segar kepada 100% serbuk susu tulen. Bahan mentah susu ini diimport juga daripada Belanda. Untuk pengetahuan kalian, susu kambing ini dicampur dengan serbuk Belgian Dark Chocolate 70%, chocolate 45% dan sedikit garam bukit Himalaya serta sedikit gula Melaka.


Sumber Bagus Untuk Sistem Imuniti Anda!

Syira memang sedia maklum dengan kebaikan amalkan susu kambing ni. Tidak dinafikan banyak kebaikannya. Antara kebaikan SUKA Susu Kambing Cokelat adalah:

✅ Merupakan sumber susu terbaik selepas susu ibu
✅ Membantu menguatkan tulang anda (sumber kalsium baik)
✅ Membantu membaiki sistem metabolik dalam tubuh
✅ Sumber magnesium yang tinggi
✅ Baik untuk kesihatan jantung tubuh anda
✅ Membantu meningkatkan imuniti tubuh
✅ Membantu mengurangkan keradangan dalam tubuh
✅ Menyelesaikan masalah kulit yang kronik
✅ Meningkatkan kesihatan otak anda
✅ Membantu menyeimbangkan pH dalam tubuh
✅ Membantu menghindari tubuh daripada anemia
✅ Menyihatkan dan menguatkan rambut anda
✅ Lebih baik berbanding susu lembu
✅ Boleh diminum oleh mereka yang alah susu
✅ Sangat mudah dihadam
✅ Memberi tenaga
✅ Lactose friendly

Bahan-bahan yang digunakan juga bagus untuk kesihatan dan diyakini Halal. Kalau kalian nak tau, SUKA Susu Kambing Cokelat ini tidak perlu ditambah dengan gula ye. Ini kerana sudah ada rasa lemak manis daripada kandungan cokelat.


Cara Pengambilan SUKA Susu Kambing Cokelat

✅ Untuk dewasa. Ambil 3 scoop (30gram +-) kemudian campurkan dengan air suam / panas dalam segelas air. Enak diminum pada waktu pagi dan malam. Minum sebelum memakan makanan berat.

✅Untuk kanak-kanak. Ambil 2 scoop (20gram +-) kemudian campurkan dengan air suam / panas dalam setengah gelas sahaja. Enak diminum pada waktu pagi dan malam. Minum sebelum memakan makanan berat. Cadangan usia, 2 tahun ke atas sahaja.

*Boleh juga dihidangkan sejuk bersama ais.

Pengalaman Syira Minum SUKA Susu Kambing Cokelat

Setiap pagi syira wajib minum segelas SUKA Susu Kambing Cokelat sebelum memulakan hari. Hanya sekali sekala sahaja syira minum pada waktu malam. Syira suka rasa susu kambing ni. Terasa cukup lemak manis. Sedap tau minum panas-panas. Apa yang syira perasan, SUKA Susu Kambing Cokelat ini dapat juga mengenyangkan perut. Sementara nak tunggu waktu lunch, memang tak terasa lapar. Kalau tak, perut dah minta diisi sebelum tengahari.

Lagi pula suka syira nak kongsikan di sini, SUKA Susu Kambing Cokelat juga membantu masalah insomnia. Sebelum ini, syira memang susah nak lelapkan mata. Sejak amalkan pengambilan susu kambing, alhamdulillah senang nak tidur. Kualiti tidur juga semakin baik. Barulah bangun pagi bertenaga sikit. Kalau tak, lemau ja badan. Oh ya, syira juga ada bancuhkan kepada anak syira. Alhamdulillah, medina boleh terima dengan baik. Approved!

Yang tengah mencari alternatif minuman coklat tu, syira memang mengesyorkan SUKA Susu Kambing Cokelat. Kalian jangan lupa cuba SUKA Susu Kambing Cokelat ini. Rugi tak cuba.

Link Shopee Rasmi: https://shope.ee/1Va7KQBYKX


0 تعليقات

إرسال تعليق

Post a Comment (0)

أحدث أقدم