Produk GKB Z-Well Dan GKB Tiger Milk Mushroom Terbaik Untuk Meningkatkan Imuniti Dan Kualiti Tidur Yang Baik

 

Sebelum ini syira pernah mengamalkan produk GKB ni untuk kesihatan usus dan perut. Kali ini, syira ingin kongsikan lagi dua produk GKB iaitu Z-Well dan Tiger Milk Mushroom. Kebetulan rutin tidur syira agak terganggu, so syira pun beli la dua jenis produk ni. GKB Z-Well dan GKB Tiger Milk Mushroom sebenarnya bagi meningkatkan imuniti dan juga membaiki kualiti tidur.



Mengenai produk GKB dan syarikatnya


GKB adalah jenama suplemen kesihatan dari GK Bio International Sdn. Bhd. dan sudah bertahun-tahun di pasaran. GK Bio mempunyai pensijilan termasuk GMP, MeSTI, ISO 9001, ISO 22000 dan HACCP untuk menjamin keselamatan produk, kualiti dan standard pembuatan yang tertinggi. Produk mereka sangat popular di kalangan pelanggan, ahli farmasi dan doktor terutamanya di tiktok. 


GKB Z-Well Untuk Membaiki Kualiti Tidur


Kalau korang nak tau, syira memang ada masalah tidur yang tidak teratur dan sangat susah untuk lelapkan mata di waktu malam. Jadi, ia memberi impak kepada diri syira terutamanya pada waktu siang. Kebiasaanya syira akan jadi lesu dan pening kerana tidak cukup tidur.



GKB Z-Well melegakan pening, berpeluh, sukar tidur dan melegakan mata yang letih. Diformulasikan 4-dalam-1 sinergistik untuk membantu individu yang mengalami masalah tidur.



Syira suka meletakkan produk ini di atas meja sisi katil saya. Alhamdulillah setelah seminggu syira amalkan produk GKB Z-Well ni 2 kapsul selepas makan sebelum tidur, kualiti tidur syira semakin baik dan lebih mudah untuk lelapkan mata berbanding sebelum ini. Barulah rasa lebih bertenaga dan tak lesu waktu siang.



GKB Z-Well mempunyai status Halal Jakim dan juga mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Mengandungi bahan seperti Fungi Armillariella Mellea, Fructus Lycium Barbarum (Wolfberry) Extract, Fructus Schisandrae Chinensis Extract, dan Fructus Ziziphus Jujube Extract.


GKB Tiger Milk Mushroom Untuk Tingkatkan Imuniti


Sekarang ni macam-macam penyakit yang ada kan? Jadi menjadi kerisauan syira. Jadi syira tak lepaskan peluang untuk beli produk GKB Tiger Milk Mushroom sekali. Cendawan susu harimau atau nama saintifiknya Lignosus rhinocerotis atau Lignosus rhinocerus ni adalah cendawan dari keluarga Polyporaceae yang merupakan cendawan yang sukar ditemui dan mempunyai nilai perubatan yang tinggi.


Banyak tau khasiat cendawan susu harimau ni kalau korang nak tau. GKB Tiger Milk Mushroom dirumus secara tradisional digunakan untuk mengurangkan batuk, selsema dan sinusitis. Juga membantu mengurangkan gejala alahan pernafasan dan juga meningkatkan imuniti badan.




Syira memang ada masalah sinus sejak muda lagi. Kerapkali bersin di waktu pagi sememangnya buat syira tak selesa. Seperti GKB Z-Well, GKB Tiger Milk Mushroom juga diyakini Halal Jakim dan juga mendapat kelulusan KKM. Jadi korang jangan ragu-ragu untuk mencuba.


Selepas mengambil 1 kapsul sekali sehari selepas makan sepanjang dua minggu, simptom bersin di waktu pagi sudah berkurang berbanding dulu. Korang yang ada masalah sinus memang syira recommend untuk gunakan GKB Tiger Milk Mushroom ni.



Fungi Armillariella Mellea dan Cendawan susu harimau yang digunakan dalam produk-produk GKB dihasilkan dengan teknologi penapaian cecair yang dipatenkan, untuk memastikan sebatian bioaktif sangat terpelihara dan tiada sisa terhasil. Sebatian bioaktif yang lebih tinggi untuk keberkesanan yang lebih baik.


Bagi yang berminat untuk dapatkan produk GKB ini, bolehlah dapatkan di cawangan farmasi seperti berikut:


Whole Malaysia: Alpro Pharmacy, Watsons

Central: M CARE Pharmacy, Leo Pharmacy

Melaka: Farmasi Big Tree, Farmasi Limbongan, Farmasi Tanjung Minyak

Penang: MEDS & VITS Pharmacy, Pure Pharmacy, NuCare Pharmacy, Bliss Pharmacy, Guan Pharmacy, Island Retail Pharmacy

Perak: HTM Pharmacy

East Coast: Lau & Tan Pharmacy, Farmasi Nazen, Farmasi Ehsan

Southern: The One Pharmacy, You Pharmacy, AcePro Pharmacy

Sabah: LifePlus Pharmacy, Pearl Pharmacy

Sarawak: Nutrisense Pharmacy, Sing Lee Pharmacy, Kingdom Pharmacy




Ikuti GK Bio di:


Website: https://www.mygkb.com/ 

Facebook : www.facebook.com/mygkb 

Instagram : www.instagram.com/mygkb 

TikTok : www.tiktok.com/@gkbmalaysia 

小红书 ID : 1318211221 (GKB 集康宝) 

YouTube : www.youtube.com/@mygkb01








0 تعليقات

إرسال تعليق

Post a Comment (0)

أحدث أقدم